(1) pertemuan pertama

28.4K 442 8
                                    

Hana membawa diri selepas kematian suami dan anak-anaknya. Hidupnya sunyi dan sepi tanpa gelak ketawa insan kesayangannya itu. Hana merantau jauh ke bandar meninggalkan kampung halamannya.

Di bandar Hana cuba mencari kerja dan tempat tinggal. Namun dua minggu berlalu dia masih lagi menginap di hotel murah. Hana semakin buntu kerana peluang kerja tiada ruang untuknya. Berusia 35 tahun rupanya susah juga untuk mendapatkan pekerjaan di bandar yang serba moden dan canggih.

Hana masih lagi termenung di hentian bas tanpa hala tuju. Merenung nasib dan masa depannya nanti. Matanya tertumpu kepada seorang lelaki muda memimpin seorang anak perempuan sambil menolak "stroller" baby. Mudanya dah beranak dua. Getus Hana di dalam hati

"Akak" tegur lelaki muda itu. Hana terkesima kelu tanpa kata. Tapi laju menjawab ya saya.

"Boleh akak tengokkan anak-anak saya tak? Saya nak tampal kertas iklan ni sekejap". Permintaan yang tidak dijangkakan.

"Ya boleh apa salahnya". Terus Hana mendekati mereka. Ya Allah comelnya anak ini. Si kakak tersenyum manis adik tidur nyenyak sekali dengan puting mickey mouse di mulut.

"Siapa nama?". Tegur hana dengan penuh sifat keibuan.

"Nama kakak Airis, adik pula Aidan". Jawab si kakak.

"Ibu mana sayang?" Hana bertanya lagi.

"Ibu dah tinggalkan kami". Sedih sungguh wajah comel Airis.

"Maafkan acik ya sayang sebab tanya pasal ibu". Rambut Airis paras belakang yang di ikat tocang itu di belai manja. Tiba-tiba Airis memeluk erat Hana sambil menangis teresak-esak. Terkedu Hana dengan tindakan Airis yang tiba-tiba itu.

"Maafkan anak saya ya kak. Airis lepaskan acik ya. Ayah dah siap tampal ni. Kita dah boleh balik sekarang ya". Si ayah cuba memujuk tetapi makin kuat tangisan dan pelukannya.

"Tak mengapalah". Perlahan Hana bersuara. Lelaki muda itu mengambil tempat di sebelah Hana. Hana cuba memulakan perbualan setelah suasana terasa canggung.

"Muda-muda lagi anak dah dua ya dik?". Sapa Hana

"Panggil Aidil je kak. Jodoh saya awal kak". Beritahu Aidil.

"Kak Hana ya". Hana pula memperkenalkan dirinya.

"Ibu mereka dah tak ada ya?". Terkejut Aidil dengan pertanyaan itu lantas berpaling ke arah Hana. Bertentang mata seketika sebelum Hana menundukkan wajahnya.

"Airis yg bagi tahu ya kak Hana?". Hana hanya mengangguk perlahan.

"Susah saya kak. Minggu depan dah kena masuk kerja tetapi anak-anak enggan ke taska. Sekarang cuba mencari pembantu rumah. Saya tak nak warga asing. Jadi sampai sekarang masih tak dapat". Penuh minat Hana mendengarnya. Hatinya berdoa dengan penuh harap dia berpeluang.

"Apa syarat-syarat yang Aidil nak?". Tanya Hana.

"Syarat apa kak?" Bingung Aidil mendengarnya.

"Syarat sebagai pembantu rumah la". Jawab Hana perlahan.

"Oh! Ingat apa tadi. Saya nak yang berumur 30 hingga 40 tahun tetapi tak nak yang berkeluarga. Sebab saya nak dia terus tinggal bersama kami nanti". Aidil memberitahu syarat yang dia tetapkan untuk pembantu rumahnya nanti.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now