Bab 14

10K 252 11
                                    

"Happy adik akak sorang ni. Baru lepas dating dengan doktor kacak tadi ke?". Tegur Hana apabila melihat senyuman manis terukir di bibir Aira.

"Tak adalah. Akak ni suka usik Aira tau. Doktor tadi tu senior sekolah lama sebelum Aira masuk ke MRSM. Bukan taste Aira la. Tua sangat". Bukan taste konon. Padahal sepanjang sepuluh tahun hatinya tak pernah di isi oleh lelaki lain.

"Tua apanya. Sesuai sangat dengan Aira yang comel ni". Usik Hana.

"Akak!". Aira sudah menarik muncungnya. Geram dengan usikan kakak iparnya.

"Merajuk dengan muncung macam ni pun masih comel. Patutlah Doktor Fateh sanggup tunggu Aira sampai sepuluh tahun". Hana ketawa kecil memandang Aira yang terkejut dengan kata-katanya.

"Mana akak tahu ni?". Tanya Aira pelik.

"Tadi Doktor Fateh datang jumpa akak. Dia dah ceritakan semuanya. Lepas tu dia minta no telefon dan alamat rumah Aira". Jelas Hana.

"Apa? Lepas tu akak bagi ke?". Tanya Aira. Terus dia berhenti menolak kerusi roda yang dinaiki Hana.

"Maaf Aira. Akak nampak keikhlasan di dalam diri Doktor Fateh. Jadi akak bagilah dekat dia tadi". Jelas Hana lagi.

"Kenapa...". Aira tidak sempat menghabiskan kata-kata kerana telefon yang berada di dalam poket kardigannya mendendangkan lagu tema kartun BoboiBoy.

"Assalamualaikum sayang". Sapa si pemanggil.

"Apa sayang? Siapa sayang awak. Awak salah nombor". Lantang Aira bersuara.

"Saya tak salah nombor. Sayang saya si Aira dan saya pula abang sayang dia Fateh". Usik Doktor Fateh.

"Hisy! Menyampah". Terus Aira putuskan talian kemudiannya tersenyum.

"Tengok tu. Bukan taste konon". Usik Hana.

"Akak!!". Aira menghentak kaki tanda geram dengan usikan kakak iparnya. Hana pula hanya ketawa kecil melihat telatah manja Aira. Perwatakan Aira dengan Airina sungguh berbeza walaupun mereka adalah adik beradik kandung.

"Comel sangat adik akak sorang ni. Patutlah Doktor Fateh sanggup tunggu sampai sekarang". Puji Aira.

"Ye ke comel?. Akak lagi comel tau tak. Sentiasa nampak muda. Aira tak sangka sebenarnya abang Aidil pilih akak. Dulu dia tu terlampau sayangkan Kak Nelly sampaikan apa pun perkara yang berlaku dia tetap setia. Yang paling Aira tak sangka Airis dan Aidan bukan anak kandung abang. Sampai hati betul Kak Nelly buat abang macam tu sekali". Luah Aira.

"Sudah jodoh kami Aira. Akak yang patut bersyukur kerana abang Aira sudi menerima akak yang lebih berusia daripadanya". Balas Hana.

"Aira sayang akak sangat". Aira tiba-tiba memeluk Hana.

"Akak pun sama. Sayang Aira sangat-sangat. Buka hati Aira untuk Doktor Fateh ya. Akak tahu Aira pun sukakan dia kan". Sempat lagi Hana menasihati Aira supaya menerima semula Doktor Fateh.

"Akak ni. Sempat lagi ya. Tengoklah macam mana nanti. Nak kena uji sedikit. Aira kena pastikan dia betul-betul ikhlas ataupun tak. Jom kita jenguk abang pula". Aira kembali menolak kerusi roda Hana.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now