Bab 21

8.2K 229 15
                                    

"Akak. Kenapa boleh luka ni". Aira menerpa ke arah kakak iparnya yang sedang dirawat oleh seorang jururawat. Buru-buru dia ke hospital apabila mendapat panggilan dari kakak iparnya. Mujur dia sudah bersama dengan Doktor Fateh.

"Abang Aidil tak sengaja tertolak akak tadi. Jadi akak terjatuh dan terlanggar bucu meja". Jawab Hana.

"Abang ni memang melampau la pula. Suka-suka hati dia sahaja tolak akak sampai jatuh macam ni". Marah Aira.

"Janganlah marah-marah macam ni. Akak memang betul-betul dah okay. Aira beli tak makanan yang abang nak tu?". Tujuan sebenar Hana meminta adiknya datang adalah semata-mata untuk bawakan nasi ayam yang di minta suaminya.

"Banyak songeh betul abang ni. Akak jaga diri akak ni dahulu sampai betul-betul sihat barulah jaga perut mengada-ngada abang tu. Tak dapat nasi ayam sampai tolak akak sampai luka macam ni". Aira memang betul-betul geram dengan perangai abangnya. Sengaja dia tidak belikan apa yang dipesan oleh kakak iparnya. Biar padan muka dia tu.

"Aira... Akak tanya ni. Beli tak?". Gesa Hana lagi.

"Ya. Akak duduk sini diam-diam. Jaga diri dan baby. Abang tu Aira uruskan sampai esok pagi. Aira nampak akak pergi ke wad abang siaplah akak nanti. Aira betul-betul mogok dengan akak tau". Tegas Aira.

"Yalah. Akak tak kemana-mana dan jaga anak-anak sahaja". Akur Hana.

"Sayang akak sangat-sangat. Bye bye anak saudara ucu semua. Jangan buli ibu tau". Tutur Aira kepada anak-anak saudaranya.

'Jagalah kau abang. Aku akan bagi kesedaran sikit dekat kau nanti'. Aira mempunyai agenda tersembunyi untuk abangnya Aidil. Segera di berlalu ke wad yang menempatkan abangnya itu.

Pintu dikuak perlahan. Aidil sedang berjalan sekitar katilnya. Sekejap-sekejap dia berpaut pada katil mencari sokongan.

"Aku taknak makan. Lama sangat sampai selera aku dah mati". Marah Aidil tanpa menoleh ke belakang. Sengaja dia meminta Hana carikan nasi ayam untuknya tetapi dia betul-betul tidak sengaja tertolak Hana sampai jatuh dan terkena bucu meja.

"Eloklah kalau dah mati. Mati terus pun tak apa. Takdelah nak menyusahkan sesiapa". Sindir Aira.

"Kau? Mana perempuan tu?". Tanya Aidil.

"Perempuan yang kau maksudkan itu isteri dan ibu kepada anak-anak kaulah abang. Kau tengoklah". Aira hulurkan sebuah kotak kepada abangnya. Sebelum ke hospital dia sempat singgah di rumah untuk mengambil beberapa barang untuk membantu abangnya ingat kembali.

"Apa ni?". Aidil memandang pelik.

"Dalam tu terdapat semua bukti keburukkan perempuan yang abang anggap masih lagi isteri abang. Ambil masa dan teliti satu-satu. Semua benda mengenai Kak Hana pun ada, termasuk buku check up baby yang jelas tertera nama abang sebagai suami sah Kak Hana". Aira berpeluk tubuh memandang abangnya yang berkerut dahi apabila melihat gambar-gambar Kak Nelly bersama dengan lelaki lain dalam keadaan yang mencurigakan.

"Untuk pengetahuan abang. Gambar-gambar tu bukan Aira curi-curi ambil dengan ekori mereka. Gambar tu Aira ambil dari instagram Kak Nelly. Kalau abang tak puas hati juga abang boleh tengok sendiri nanti". Aira sudah duduk di kerusi sementara Aidil bersila di katil.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now