Bab 27

10.2K 261 27
                                    

Majlis solat hajat dan tahlil disudahi dengan jamuan makan serba ringkas. Hana hanya mendengar sahaja dari tingkat atas dan patuh dengan pesanan Aidil supaya duduk dengan anak-anak di dalam bilik sahaja.

Bagi mengisi masa terluang sementara mata terlena, Hana menghabiskan masanya dengan membaca novel. Helaian demi helaian dia belek sehingga tidak sedar novel yang sederhana tebal itu sudah melorot ke bawah.

Jam menginjak ke angka 12 tengah malam barulah Aidil menapak naik ke bilik tidur. Sebaik sahaja memasuki bilik, figura Hana yang sedang tidur mengiring menjengah pemandangannya. Langkah diatur menghampiri susuk tubuh itu. Melabuhkan duduk di birai katil. Wajah yang sedang lena itu diteliti dari kening yang terukir semulajadi dan kemudiannya sepasang mata yang terpejam rapat . Lingkaran hitam di bawah mata jelas ketara kalau berdekatan seperti ini. Namun sama sekali tidak menjejaskan kecantikkan yang dimiliki Hana.

Melalui tindakkan luar jangkaannya, Aidil mengelus lembut pipi kanan Hana dan kemudiannya jari telunjuknya pula meniti bibir merah merekah milik isterinya. Terpesona seketika Aidil dengan panorama yang cukup indah itu. Hana cukup tenang dalam lenanya sehingga tidak menyedari bibirnya dijamah oleh bibir Aidil. Walaupun hanya beberapa saat bertemu, namun ianya cukup mendebarkan Aidil. 

"Allah! Apa aku buat ni?". Keluh Aidil. Mukanya diraup kasar.

Hana tersedar dari lenanya apabila mendengar suara seseorang di sampingnya. Matanya dibuka perlahan-lahan untuk melihat pemilik suara yang mengganggu lenanya. Suara itu milik suaminya Aidil yang sedang duduk dengan tapak tangan menekup muka, siku pula menongkak paha.

"Abang.... Dah lama ke abang masuk bilik? Maaf tak tunggu abang. Hana penat sangat sampai tertidur". Hana segera bangun. Oleh kerana dengan mengejut dia hampir rebah semula, tetapi sempat berpaut pada bahu suaminya.

"Kenapa ni?". Aidil bertindak pantas dengan memeluk erat pinggang isterinya.

"Tiba-tiba rasa pening". Jawab Hana perlahan.

"Lapar ke? Kalau nak makan apa-apa saya ambilkan". Tanya Aidil. Hana mengangguk perlahan.

"Abang buatkan milo ya. Nak cicah dengan biskut kering". Pinta Hana. Bukan tak boleh buat sendiri, semua sudah lengkap di dalam bilik tetapi teringin hendak bermanja dengan suami.

"Hmmm...". Walaupun ini sahaja balasan dari suaminya, Hana tetap tersenyum bahagia.

"Abang tak minum sekali ke?". Tanya Hana apabila Aidil menyuakan mug berisi air milo.

"Tak. Kenyang makan nasi tadi". Jawab Aidil. Bantal dan selimut dicapai dan melangkah lemah ke sofa. Belum tiba masanya hendak kembali tidur sekatil dengan isterinya. Hana memandang sepi tanpa kata. Biskut yang sudah lembut selepas dicicah air terasa tersekat di lehernya. Terasa dengan tindakan Aidil yang tetap mengambil keputusan untuk menjauhinya.

✴✴✴✴✴

"Sekejap lagi Mak dengan abah dah nak balik ke rumah kami. Entah apa jadi dengan Airina kat rumah tu. Apabila diajak kemari banyak sungguh alasannya". Beritahu Puan Hajar ketika mereka sama-sama bersarapan.

"Cepatnya mak. Taknak ke duduk sini sehari dua lagi ke?". Tambah Hana.

"Kami sebenarnya kak, nak bagi masa dekat akak dengan abang bermesra lebih sedikit. Lama-lama kami kat sini macam mengganggu pula". Becok mulut Aira menokok tambah.

"Tahu pun kau ni menyibuk". Perli Aidil pula.

"Mak! Tengok abang ni". Bentak Aira.

"Hisy... Kosongkan mulut tu baru bercakap. Kalau mak tegur jangan bercakap sambil makan kamu sindir mak kembali". Ambil kau Aira. Puan Hajar pun dah beringat kalau berurusan dengan bakal isteri Doktor Fateh ni.

"Padan muka". Aidil sambung gelakkan adiknya.

"Benci abang. Kak tengok suami akak tu. Gelakkan Aira pula". Hana hanya tersenyum mendengar aduan adik iparnya. Tangannya mengusap lembut kepala Aira. Manja betul.

"Sudah-sudah la tu. Depan rezeki janganlah nak bergaduh pula. Kamu berdua ni tak habis-habis, dari kecil sampai sudah beranak pinak asyik bertekak sahaja kerjanya". Celah Encik Hamid pula. Mati kata terus Aira apabila bekas tentera bersuara. Tahu pun takut. Aidil  tersengih mengejek adiknya.

"Bila kamu mula kerja Aidil". Tanya En. Hamid.

"Tak tahu lagi abah, sebab Aidil masih lagi cuti sakit sampai hujung bulan ni. Tunggu keputusan dari doktor nanti". Jawab Aidil. Kalau boleh dia hendak sahaja segera kembali bekerja. Boleh lari dan tenangkan diri dari semua yang berlaku. Bukan niat untuk mengabaikan keluarga, tetapi buat masa terdekat ini mengelakkan diri adalah yang terbaik.

"Kamu tak nak minta tukar kerja di daratan ke? Abah rasa macam tak sesuai kalau kamu hendak tinggalkan anak isteri kamu sampai dua tiga bulan. Kalau Airis dan Aidan tak apalah sebab mereka dah besar. Ini mereka bertiga tu masih kecil benar nak kamu tinggalkan seperti selalu". Cadang En. Hamid. Bercanggah dengan apa yang bermain di dalam fikiran Aidil.

"Tak tahulah abah. Aidil suka berada dekat laut. Nanti Aidil fikirkan". Jawapan yang selamat mampu Aidil berikan setakat ini.

"Abah harap kamu fikir yang terbaik untuk anak dan isteri kamu walaupun kamu masih tak ingat lagi". Tambah En. Hamid lagi.

"Baiklah abah". Akur Aidil malas bercakap lebih-lebih. Bukan sesiapa akan menangkan dia pun.

"Abang nak tambah lagi?". Tanya Hana apabila melihat pinggan Aidil sudah kosong.

"Taknak dah. Saya ke atas sekejap. Tengok anak-anak. Takut diaorang terjaga". Aidil bangun dan membawa pinggan kotor ke sinki. Pandangan tajam En. Hamid dia abaikan sahaja.

Setelah Aidil berlalu ke tingkat atas. En. Hamid dan Pn. Hajar bertubi-tubi bertanyakan keadaan dan penerimaan Aidil. Terkulat-kulat Hana memberitahu mereka satu persatu. Tidaklah diberitahu secara terperinci, hanya yang baik-baik sahaja.

"Aira tak percaya abang layan akan baik macam tu. Mesti tidur asing kan?". Bisik Aira perlahan ke telinga Hana. Senyuman kelat yang mampu Hana lakarkan.

"Goda sahaja abang tu kak. Mesti dia lemah macam dulu. Nampak terdesak sungguh nak dekat akak". Bisik Aira lagi.

"Aira! Apa bisik-bisik tu. Cepat habiskan baki makanan dalam pinggan kamu tu. Kejap lagi Fateh sampai barulah kelam kabut semua". Tegur Puan Hajar. Wajah menantunya dipandang sayu. Segala butir bicara Aira ada benarnya. Bukan senang untuk Aidil menerima segalanya bulat-bulat.

"Yelah... Orang nak manja-manja dengan akak sekejap pun tak boleh. Ada kakak sendiri pun asyik naik hantu sahaja. Nasib baik ada kakak ipar". Memang benar, dia tidak pernah sebulu dengan Airina kakaknya sendiri. Sejak zaman sekolah lagi dan berlarutan sehingga kakaknya itu berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti awam yang terkemuka di dalam negara dalam bidang farmasi. Sekarang sudah bekerja di hospital daerah, lagi besar jurang antara dia dengan kakaknya. Aira hanya mampu menjejakkan kaki ke kolej kemahiran sahaja dalam bidang fesyen. Nak buat macam mana, sudah nasibnya hendak demam teruk semasa exam SPM. Aira sedikit tidak berkecil hati dengan kakaknya itu walaupun kadang-kadang agak menjengkelkan kerana suka mengecilkan bidang yang dia ceburi itu. Namun Aira nekad akan mencipta nama setara dengan Rizman Ruzaini dalam rekaan busana muslimah.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now