Jam loceng yang telah ditetapkan pada pukul empat pagi telah mengejutkan Aira dari tidur. Kantuk yang menghantui dilempar jauh-jauh kerana perlu bersiap segera untuk ke airport. Dalam cahaya samar-samar yang terbias dari lampu jalan di luar rumah, Aira cuba mengamati sesuatu yang menghalang pandangannya. Sesuatu yang sedikit keras tetapi ada lembutnya. Tangannya memeluk sesuatu tetapi bukan En. Bunny yang sentiasa menjadi peneman tidurnya. Sesuatu yang cukup selesa dan boleh memanaskan badan yang kedinginan.
"Aaa..". Cepat-cepat Aira menekup mulut setelah menyedari dia tidur berbantalkan lengan Fateh sambil tangan memeluk erat pinggang suaminya itu.
Fateh berkalih ke sebelah dan menyebabkan selimut yang melindungi badan mereka terselak. Kalut Aira mencapai pakaian yang dicampak ke lantai oleh Fateh malam tadi. Pantas dia menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Lima belas minit selepas itu, Fateh mulai terjaga. Tilam yang kosong di sebelahnya diraba dengan mata yang masih terpejam. Kosong.
"Bangun tak kejut abang pun. Kalau tak boleh mandi bersama". Fateh menegur Aira sebaik sahaja isterinya itu keluar dari bilik air.
"Sebab itulah Aira tak kejut. Tahu sangat perangai miang abang tu". Balas Aira sambil meletakkan tuala di ampai.
"Ala... Abang miang pun Aira tetap sayangkan". Fateh menghampiri Aira. Tuala miliknya dicapai.
"Aaaa... Pakailah tuala tu cepat!". Jerit Aira apabila ternampak badan suaminya itu. Fateh ketawa mengekek apabila melihat isterinya kalut memandang ke arah lain.
"Abang pakai boxer la sayang". Kata-kata Fateh di selang seli dengan sisa ketawa.
"Tak kisahlah. Pakai cepat!". Tegas Aira. Jari jemari halusnya masih melekat pada mata.
"Macam-macam la sayang ni. Malam tadi tengok tak malu pun". Tersengih Fateh apabila adegan malam tadi terlintas difikirannya.
"Abang! Pergilah mandi cepat. Nanti terlepas flight pula". Gesa Aira.
"Abang nak peluk isteri abang yang pemalu ni dahulu". Lantas badan Aira dipeluk erat dari belakang. Haruman yang terbit dari mandian dihirup dengan penuh nikmat.
"Hisy! Dia ni kan". Aira menampar lembut tangan yang melingkari pinggangnya.
"Wangi isteri abang ni". Pelukan makin diketatkan sehingga terbongkok badan Aira menahan beban badan Fateh.
"Beratlah abang. Lenguh badan Aira macam ni". Adu Aira.
"Yelah. Sorry sayang. Best sangat dapat peluk sayang". Fateh melepaskan pelukannya. Badan Aira dipalingkan supaya mengadapnya.
"Mengada betul. Aira nak tukar baju dan siap-siap. Tengok dah pukul empat tiga puluh. Abang masih tak mandi, nak bersiap lagi dan....". Jeda seketika.
"Senyap pun. Mulut ni kalau dapat bercakap memang tak reti nak stop". Fateh menyapu bibir Aira yang sedikit basah dengan kesan liurnya.
"Tak gosok gigi lagi dah nak cium orang. Busuk la". Aira menarik muka dan memandang ke arah lain. Di dalam hati hanya dia yang tahu betapa bahagianya apabila mendapat ciuman mengejut seperti itu.
"Busuk-busuk pun tetap sayang peluk cium kan?". Fateh mencari anak mata Aira. Terdapat sinar bahagia yang cukup menenangkan di dalamnya.
YOU ARE READING
Suami Segera
RomanceHana seorang perempuan biasa yang berhijrah ke bandar setelah kematian suami dan anak-anaknya. Bertemu dengan Aidil seorang jurutera petrolium secara tidak sengaja. Aidil seorang duda muda yang mempunyai 2 orang anak. Pelbagai liku yang terpaksa Han...