"Akak ni dah kenapa. Tersengih-sengih. Dah ehem ehem dengan abang Aidil ke?". Selamba punya adik ipar. Tak menjaga air muka kakak ipar langsung.
"Hisy Aira ni. Agak-agaklah bertanya tu. Malu kakak ipar kamu tu". Tegur Puan Hajar. Giliran Aira pulak tersengih. Hana tergelak kecil memandang Aira.
"Memandangkan semua perempuan kat dapur ni mak nak cakap sikitlah. Hana jangan ambil hati ya. Seeloknya kamu tunggulah sampai genap seratus hari baru kamu bersama dengan Aidil. Kamu bukannya beranak normal. Ini kali ke tiga perut kamu kena bedahkan?. Pantang biar lama sikit tak apa, untuk kenikmatan masa hadapan juga". Nasihat dari orang yang berpengalaman.
"Dengar tu kak. Jangan nak lembut hati sangat dengan abang tu. Jual mahal sikit kalau dia minta". Becok mulat Aira menokok tambah.
"Kamu ni Aira. Tak sempat Kak Hana kamu nak bersuara kamu dah pot pet pot pet. Macam mak nenek". Tegur Puan Hajar. Aira mencebikkan bibirnya.
"Baiklah mak. Hana faham dan akan ikut nasihat mak". Jawab Hana lembut.
"Laaaa... Ingatkan dah mendapat. Habis tu kenapa senyum tersengih-sengih je. Abang pun sama tadi". Dia pulak yang mengeluh kecewa.
"Ya Allah budak ni. Tak senonoh betul. Baik kamu pergi solat magrib sekarang. Lama-lama kat dapur ni boleh ringan sahaja tangan mak nak cilikan mulut tu". Puan Hajar menyuakan cili merah ke mulut Aira.
"Ampun mak. Aira tak cakap lagi". Terus dia berganjak dari sisi Puan Hajar. Hana mengekek ketawa melihat perangai tak senonoh simanja Aira.
"Okaylah Aira naik solat dahulu. Kak! Kalau dah mendapat share dengan Aira tau". Aira sengaja membuat Puan Hajar semakin geram.
"Subhanallah budak Aira ni. Macam manalah Fateh nak melayan perangai dia yang tak berapa nak senonoh tu". Keluh Puan Hajar.
"Pandai la dia uruskan nanti mak. Aira bukannya budak kecil lagi". Hana menyurakan pendapatnya.
"Kamu jangan ambil hati dengan si Aira tu. Mulut dia tu tak boleh nak kawal sikit. Cakap ikut suka dia sahaja". Puan Hajar terasa segan dengan perangai anak bongsunya.
"Tak apa mak. Hana tak ambil hati pun". Jawab Hana. Tangannya lincah memotong timun untuk dibuat acar. Selepas Triple H lena terus dia ke dapur. Rupanya nak buat jamuan makan untuk solat hajat dan doa selamat. Tetamunya terdiri daripada warga masjid di taman perumahan mereka sahaja.
"Bagi saya siapkan sahaja. Hajar pergilah solat pula". Mak Som pembantu rumah yang baru sahaja bertugas itu mengambil tempat di sebelah Puan Hajar.
"Saya dah solat Som. Tadi tinggalkan Aira kat dapur ni". Balas puan Hajar.
"Inilah isterinya Aidil?". Tanya Mak Som.
"Ya Som. Inilah menantu aku. Hana ini Mak Som. Kamu anggaplah dia macam mak kamu sendiri juga. Dia ni pengasuh Aidil masa kecil dahulu. Jiran lama mak sebelum mak pindah". Jelas Puan Hajar. Patutlah nampak mesra sahaja. Rupanya dah lama kenal.
"Baiklah mak. Carrot ni kalau terus sagat boleh kan?". Tanya Hana.
"Boleh Hana. Biar Mak som yang buat. Kamu pergilah makan sementara anak-anak tidur. Terjaga nanti tak menang tangan kamu nanti". Arah Puan Hajar.
YOU ARE READING
Suami Segera
RomanceHana seorang perempuan biasa yang berhijrah ke bandar setelah kematian suami dan anak-anaknya. Bertemu dengan Aidil seorang jurutera petrolium secara tidak sengaja. Aidil seorang duda muda yang mempunyai 2 orang anak. Pelbagai liku yang terpaksa Han...