(7) NELLY KEMBALI

14.4K 292 1
                                    

Sudah 3 bulan Aidil berada di Kuwait. Selama itu juga la perasaan rindu mencengkam jiwanya. Kalau bukan kerana kewajipannya terhadap kerja, Aidil tidak akan sesekali meninggalkan isteri dan anak-anaknya. Tidak cukup baginya melepaskan rindu melalui telefon dan aplikasi whatsapp. Hari ini Aidil mengambil cuti untuk melawat negara orang. Dia ingin melawat Doha Village kerana tempat ini terkenal dengan keindahan matahari terbenam.

'Kalaulah Hana dan anak-anak ada sekali mesti seronok ni'. Aidil melepaskan keluhan dan bernekad suatu hari nanti dia akan membawa keluarganya ke mari.

Aidil merenung sang suria yang semakin tenggelam. Hendak videocall dengan Hana bimbang isterinya itu telah masuk tidur memandangkan waktu Malaysia lebih kurang pukul 12 tengah malam. Aidil hanya menghantar gambar- gambar selfi berlatar belakang matahari terbenam untuk tatapan isterinya.

*********

"Selesanya!!!". Nelly duduk di sofa sambil menepuk perlahan kusyen di sebelahnya. 'Sunyinya. Mana semua orang ni'. Nelly bersuara di dalam hati. Hidungnya terbau masakan yang enak dari dapur. Terus dia bergegas ke sana. Membuka tudung saji. Hana dari ruang memasak terkejut melihat seorang wanita asing sedang makan dengan gelojoh sekali.

"Sedapnya!. Kau pembantu rumah ya. Pandai kau masak. Betul-betuk sedap!!!". Nelly bercakap dengan mulut penuh. Hana masih berdiri kaku. Dia tidak mengenali wanita di hadapannya.

Selesai makan Nelly meneguk air sampai meleleh-leleh di hujung bibirnya.

"Siapa awak?". Soal Hana.

"Oh!. Lupa nak kenalkan diri pulak. Aku Nelly. Majikan kau jugak". Selamba Nelly memperkenalkan dirinya.

"Apa???". Sungguh terkejut Hana mendengarnya.

"Kau ni. Tak kenal aku ke? Aku isteri Aidil la. Sebelum ni aku kat Paris kerja selama setahun. Kontrak dah habis aku balik la". Terang Nelly. Berkaca mata Hana mendengarnya. Hatinya bagai dicincang lumat. Aidil tidak adil atau wanita ini yang menipu. Nelly pula nampak seperti biasa sahaja. Tidak segan silu masuk ke dalam rumah siap dan makan tanpa dijemput.

"Kau ni kenapa tercegat dekat situ?. Anak-anak aku mana?". Sergah Nelly.

"Ada dekat bilik Nelly". "Puan ya". Pintas Nelly.

"Bawa turun anak-anak aku. Aku nak jumpa". Arah Nelly lagi.

"Ba... Baik puan". Hana terus ke atas membawa turun Airis dan Aidan.

"Dah besar anak-anak ibu. Mari dekat ibu Airis sayang". Panggil Nelly. Airis kaku merenung wanita di hadapannya. Berkerut dahinya memandang wanita anggun dan seksi di hadapannya. Maklumlah international model.

Nelly bangun dari sofa untuk mendapatkan anak-anaknya. Laju Airis lari dan menyorok di belakang Hana. Aidan pula merangkul erat leher Hana. Langsung tidak mengenali siapa wanita yang sedang berdiri di hadapannya.

"Airis... Ini ibu la". Pujuk Nelly.

"Bukan!!! acik bukan ibu kakak. Kakak cuma ada mama sahaja!!". Raung Airis.

"Apa kau ajar dekat anak aku ni?" Marah Nelly. Matanya merenung tajam ke arah Hana.

"Jangan marah mama saya acik. Acik datang rumah kami buat apa? Kakak tak kenal siapa acik". Lancar Airis berkata-kata demi mempertahankan Hana.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now