Seminggu berlalu, Hana masih lagi begitu. Lena dengan wayar berselirat di badannya. Aidil tetap setia di sisi dengan penampilan yang makin tidak terurus. Aira dan Aidan pula mak dengan abah dia yang jaga. Triplet tidak menjadi masalah besar baginya kerana mereka masih berada di dalam wad dan akan dipantau sehingga keadaan betul-betul stabil atau sekurang-kurangnya berat mereka bertambah.
"Aidil balik rumah rehat ya nak. Biar mak pula yang tengokkan Hana". Ujar puan Hajar sambil mengusap bahu anaknya.
"Tak apa mak. Aidil nak tunggu Hana dekat sini. Kalau dia tersedar tetapi Aidil tak ada macam mana. Mak pergilah balik. Tolong tengokkan Airis dan Aidan. Aidil okay sahaja kat sini". Tutur Aidil tanpa memadang wajah maknya. Tangannya leka memicit kaki Hana. Menurut doktor, perlu selalu diberi ransangan agar darah mengalir dengan lancar.
Pn. Hajar hanya mampu mengeluh dengan perangai anak lelakinya itu. Sayangnya dekat Hana melebihi diri sendiri. Sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan semata-mata untuk menjaga Hana di hospital.
"Abang tak boleh macam ni. Kalau abang jatuh sakit nanti mesti Kak Hana bertambah sedih. Abang balik rehat ya. Biar Aira yang jaga Kak Hana malam ni". Adik perempuan kedua Aidil pula yang memujuk.
"Yelah... Abang balik rehat kat rumah malam ni. Kau janji dengan abang. Kalau Kak Hana sedar terus telefon abang". Akhirnya Aidil bersetuju untuk pulang berehat di rumah.
"Ya. Kalau ada apa-apa Aira terus telefon Abang. Abang baliklah dengan mak dan abah. Kereta abang tinggal dekat sini. Bahaya abang memandu dalam keadaan tak cukup rehat macam ni". Aira cuba menghalang Aidil dari memandu pulang ke rumah sendirian.
"Abang tak apa-apalah. Kalau ada apa-apa nanti payah kalau abang tinggalkan kereta dekat sini. Jaga kak Hana Elok-elok". Sempat lagi Aidil berpesan kepada adiknya sebelum berlalu pergi. Aira tidak berani lagi hendak bertikam lidah dengan abangnya itu.
✴✴✴✴✴
"Sayang buat apa kat sini. Jomlah kita balik". Aidil cuba mengejutkan Hana yang sedang tidur di dalam buaian. Lenanya bersama hembusan nafas halus dapat dilihat melalui dada yang turun naik.
"Encik!!!.. Tolong baring ya. Kepala encik luka teruk ni". Aidil meronta-ronta apabila sekumpulan manusia berbaju putih mengheretnya meninggalkan Hana yang masih lena di buaian.
"Lepaskan akulah. Aku nak ambil isteri aku dekat sana. Hana!!!". Aidil menunding jari ke arah pokok besar yang dirempuhnya sebentar tadi. Dia meronta-ronta sekuat hati untuk melepaskan diri dari pegangan tangan sasa manusia berbaju biru itu. Kepalanya kian berdenyut dan berpusing. Lama kelamaan penglihatannya semakin kabur dan kelam. Akhirnya Aidil jatuh menyembah bumi.
Selepas dua puluh minit Aidil meninggalkan hospital, dia terlibat dengan kemalangan kerana cuba mengelak daripada melanggar kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Keretanya hilang kawalan dan merepuh sebatang pokok besar di tepi jalan. Aidil mengalami kecederaan yang agak serius di bahagian hadapan kepalanya dan dikejarkan ke hospital dengan segera.
Sementara Aidil dirawat di wad kecemasan, Hana sudah mulai sedarkan diri. Aira yang sedang tidur dengan kepala menunduk ke katil dikejutkan perlahan.
"Kak Hana!!! Ya allah akhirnya akak sedar jugak. Kejap ya kak, Aira pergi panggil doktor". Aira melonjak gembira kerana kakak iparnya sudah sedar dari koma. Dia sebenarnya belum mengetahui keadaan abangnya.
YOU ARE READING
Suami Segera
عاطفيةHana seorang perempuan biasa yang berhijrah ke bandar setelah kematian suami dan anak-anaknya. Bertemu dengan Aidil seorang jurutera petrolium secara tidak sengaja. Aidil seorang duda muda yang mempunyai 2 orang anak. Pelbagai liku yang terpaksa Han...