Bab 41

6.9K 179 23
                                    

Di sebuah banglo sunyi dan usang, kelihatan seorang wanita berkerusi roda sedang termenung di balkoni.

"Kenapa tak makan lagi?". Seorang lelaki menegurnya setelah pulang daripada melaksanakan misi rahsianya.

"Reen tak ada selesa nak makan. Nanti Reen makan ya". Kemudian dia kembali merenung ke langit yang luas terbentang.

"Tak boleh macam ni. Reen kena makan barulah cepat sembuh". Pujuk lelaki itu lagi.

"Reen tak akan sembuh la abang Nadeem. Ada baiknya abang biarkan sahaja Reen di hospital dan menunggu ajal di sana". Nadeem berang dengan kata-kata orang yang paling dia sayangi lantas mencengkam kuat bahu wanita itu.

"Sakitlah abang Nadeem". Reen berusaha untuk melepaskan diri. Namun apalah dayanya yang sudah kehilangan keseluruhan kudrat itu hendak melawan kekuatan seorang lelaki yang sihat.

"Reen dengar sini. Abang tak akan lepaskan Reen pergi lagi seperti dahulu. Mana cinta yang Reen kejarkan tu?. Reen macam ni ada dia ambil tahu". Nadeem masih tidak dapat melupakan saat dia melepaskan adik angkat yang dicintainya berkahwin dengan lelaki lain.

"Semuanya salah Reen abang Nadeem. Dia langsung tidak ada cacat celanya. Reen yang terlampau turutkan kehendak dan nafsu sendiri". Lantas menyeka air mata yang menuruni pipinya.

"Arrrggghhh!!! Lagi-lagi Reen nak menangkan dia. Dia buang Reen macam sampah tahu tak?". Nadeem bertambah berang.

"Reen yang rela hati tinggalkan mereka. Semuanya untuk keselamatan orang-orang yang Reen sayang. Abang Nadeem tolonglah jangan apa-apakan mereka. Reen sudah nekad untuk pergi tanpa pengetahuan sesiapa kecuali abang seorang sahaja". Masih lagi berusaha menjelaskan situasi sebenar. Nadeem mengeluh berat dan melepaskan tangannya dari bahu Reen.

"Sampai sekarang Reen masih tidak boleh menerima cinta abang?. Abang cuma perlukan satu sahaja peluang". Nadeem melutut di hadapan Reen dan mengenggam erat tangan wanita yang paling dia dambakan.

"Apa guna kalau Reen terima. Reen ni umpama mayat hidup sahaja. Hidup bergantungkan ubat-ubat yang belum tentu dapat memulihkan sakit Reen". Wajah kacak di hadapannya ditenung dengan penuh rasa hiba.

"Abang tak kisah asalkan Reen sudi terima abang. Abang akan jaga Reen sebaik mungkin walaupun peluang untuk Reen pulih sangat tipis sekalipun. Beri abang peluang untuk bergelar suami Reen walaupun hanya seketika sahaja". Pujuk lelaki itu dengan bersungguh-sungguh.

Kemudiannya masing-masing mendiamkan diri buat seketika. Hanya mata mereka sahaja yang masih lagi bertaut di antara satu sama lain.

"Baiklah. Reen terima abang Nadeem tetapi dengan 1 syarat".

"Apa syaratnya. Abang sanggup buat apa sahaja asalkan Reen sudi terima abang". Terus bersinar mata Nadeem apabila orang yang dikasihi bersetuju untuk berkahwin dengannya.

"Abang Nadeem jangan apa-apakan mereka. Kalau boleh anggap mereka tidak pernah wujud pun dalam hidup kita". Biarpun perit namun Reen terpaksa  mengabaikan perasaan rindu yang makin mencengkam demi janjinya.

"Baiklah kalau itu yang Reen mahukan". Walaupun berat, Nadeem terpaksa juga menerima permintaan itu demi memiliki kekasih pujaannya. Dendamnya perlu disimpan buat sementara waktu.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now