(9) MENCARI KEPASTIAN

14.7K 308 3
                                    


Awal pagi lagi Aidil sudah keluar dari rumah dengan berbekalkan sampel rambut anak-anaknya. Dia perlu mencari kepastian kerana ianya sangat penting untuk masa hadapan anak perempuannya. Sebelum keluar lagi Aidil telah menghubungi kawan sekolahnya untuk mendapatkan bantuan. Ujian DNA perlu dilakukan dengan segera.

Aidil mengeluh kasar apabila mengenangkan perjalanan hidupnya. Belum sampai setahun mengecap bahagia bersama Hana badai pula datang melanda. Bahagia bersama Nelly dahulu hanya beberapa bulan pertama sahaja iaitu sebelum wanita itu kembali dengan dunia modeling sehingga rumah tangga yang terbina berlandaskan cinta terabai. Aidil seorang sahaja yang berusaha mempertahankannya sehingga Nelly mendapat tawaran ke Paris untuk mengembangkan kerjayanya di sana. Maka bermulalah statusnya sebagai single father.

Aidil sebenarnya bingung kenapa Nelly pura-pura terlupa tentang talak yang telah jatuh semasa dia melangkah keluar dari rumah. 'Apakah agenda Nelly yang sebenarnya'. Getus Aidil di dalam hatinya.

Aidil memperlahankan keretanya kerana sudah tiba ke destinasi yang dituju. Segera dia meletakkan kereta dan keluar untuk mendapatkan kawannya.

"Assalamualaikum. Maaf ya. Awak ni Adam ke? Adam Syafiq Zahari?". Tegur Aidil.

"Ya saya. Aidil!!!. Duduk la. Lamanya kita tak jumpa". Ramah Adam.

"Wow makin macho kau sekarang. Mana cermin mata tebal yang biasa kau pakai dahulu?". Adam membangkitkan pernampilan Aidil di masa lalu.

"Kau ni tak habis-habis menyakat aku". Tergelak Adam.

"Apa masalah kau nak jumpa aku ni Aidil?". Soal Adam.

"Besar jugak permintaan aku ni Adam. Aku nak minta tolong kau check DNA sample rambut ni?. Tolong ya. Penting sangat bagi aku ni". Aidil seakan merayu.

"Boleh sahaja. Tapi rambut siapa ni?". Adam pelik kerana tiba-tiba Aidil menghubunginya.

"Biarlah menjadi rahsia boleh tak?. Aku cuma nak check sama ada ketiga-tiga sampel ni match atau tak. Itu sahaja yang aku mahukan". Mohon Aidil.

"Okaylah. Dah dapat nanti aku hubungi kau segera ya". Jawab Adam.

"Terima kasih banyak-banyak ya Adam. Aku terpaksa minta diri dahulu. Maaf tak boleh sembang lama dan maaf juga kalau menyusahkan kau". Mohon Aidil. Adam hanya mengangguk perlahan.

Seperkara lagi yang perlu diselesaikan dengan segera. Aidil meneruskan pemanduan menuju ke firma guaman yang dicadangkan oleh kawan tempat kerjanya.

Kalut Aidil menutup pintu kereta sehingga jatuh berterabur dokumen yang dikilitnya. Dia sudah terlambat kerana kawasan itu agak susah untuk mendapatkan tempat letak kereta. Semasa mengutip fail-fail yang bertaburan di atas jalan, telinga Aidil terdengar seseorang menjerit nama orang yang dia cukup kenali.

'Nelly stop!!!. Aidil mengintai di sebelah kereta. Nelly sedang berdiri membelakanginya bersama seorang lelaki yang berbadan tegap.

"Mana janji kau Nelly. Kau janji dengan aku akan bawa anak perempuan kau ke mari. Mr. David dah tunggu lama. Memang taste dia budak bawah 10 tahun". Ujar lelaki itu separuh berbisik. Tetapi masih jelas di telinga Aidil.

"Sabar boleh tak?". Tengking Nelly.

"Banyak tau Mr. David tawarkan untuk memiliki budak secomel anak kau tu. Kau taknak hidup senang ke?. Kau muda lagi dan masih boleh beranak ramai-ramai. Lepas tu bolehlah kita jual lagi". Lelaki itu ketawa terbahak-bahak.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now