Bab 52

6.4K 207 36
                                    

*bayangkan mereka berdua ni Aidil dan Hana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*bayangkan mereka berdua ni Aidil dan Hana. 😱😱😱

Konco 1

"Aku dah taknak ikut cakap Cik Airina. Dia macam tak betul dan banyak buat benda jahat semenjak dia mengetuai geng kita. Aku tak tahu kenapa Uncle boleh jadikan dia sebagai waris dan juga ketua kumpulan".

Konco 2

"Tapi, macam mana dengan wasiat Uncle. Lagipun Cik Airina dilantik menjadi pemangku sebelum Uncle kemalangan lagi".

Konco 1

"Pemangku sahaja. Bagi aku tidak membuktikan apa-apa. Lagipun wasiat belum tentu betul. Kemalangan Uncle mungkin adalah perancangan Cik Airina".

Konco 2

"Kau jangan cakap sebarangan. Cik Airina ketua kita sekarang. Semua arahan dia adalah tanggungjawab kita untuk laksanakannya".

Konco 1

"Walaupun kita kena bunuh budak kembar tiga itu?. Aku tak sanggup nak buat. Lawan aku bukan budak kecil atau perempuan yang lemah seperti Pn. Hana. Kau tak rasa pelik ke? Kenapa hanya budak kembar sahaja yang perlu kita hapuskan?. Dua orang lagi akan dibebaskan. Pn. Hana pula kita kena hantar ke luar negara untuk dilacurkan".

Konco 2

"Aku tak dapat arahan macam tu pun. Kau biar betul?".

Konco 1

"Ini tugasan terbaru yang perlu kita laksanakan. Kau tunggu di sini bersama dua budak yang besar tu. Aku kena bawa Pn. Hana ke sempadan negara dan dalam perjalanan aku kena hapuskan budak kembar".

Konco 2

"Baiklah. Aku tunggu di sini bersama budak berdua itu. Kau jalankan tugas kau. Pandai-pandailah kau uruskan nanti. Jangan bagitahu apa-apa dekat aku. Apa yang aku tahu, kau sudah laksanakannya".

Hana terkedu seketika apabila terdengar perbualan dari dua orang suruhan Airina itu. Siapa sangka Airina sanggup memberi arahan yang sangat kejam terhadap anak kembarnya. Hapuskan! Maksud yang lebih tepat adalah bunuh!. Dia pula akan dibawa ke negara luar untuk dijadikan pelacur. Allah! Hanya menyebutnya di dalam hati sahaja.

"Puan dengan kembar ni kena ikut saya. Tolong jangan bantah atau bersuara apa-apa. Mereka berdua pula akan sertai majlis". Ujar konco 1 sambil menunding jari ke arah Airis dan Aidan yang di pegang kejap oleh konco 2.

"Baiklah. Saya tahu hati awak tidak sekejam adik ipar saya". Jawab Hana tenang.

Hana memandang sayu ke arah Airis dan Aidan yang meronta-ronta serta menjerit memanggilnya. Kereta yang dipandu oleh konco 1 bergerak meninggalkan perkarangan hotel mewah di mana akan berlangsungnya majlis nikah di antara Aidil dan Airina.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now