Bab 31

16.2K 269 20
                                    

Majlis persandingan di antara Aira dengan Fateh berjalan dengan lancar dengan diserikan oleh pengantin lama Hana dan Aidil. Melalui paksaan Aira, maka terjadilah persandingan untuk abang dan kakak iparnya juga. Sudah beranak pinak bukan menjadi alasan untuk memeriahkan majlis.

"Fuh! Penat betul!". Keluh Aira. Badannya dihempas ke tilam. Fateh yang baru sahaja keluar dari bilik air tersenyum dari jauh memandang isterinya sedang baring dengan pakaian tidak bertukar. Tudung pun masih berbalut elok di kepala.

"Tukarlah baju dahulu, lepas tu mandi. Barulah selesa nak tidur". Tegur Fateh.

"Penat... Nak tidur". Aira memejamkan matanya. Fateh yang semakin mendekat langsung tidak diendahkannya.

Fateh meneliti wajah Aira. Terserlah kecantikan semulajadi yang dimiliki isterinya itu. Jarinya naik membelai pipi mulus Aira.

"Hmmm...". Rengek Aira apabila terasa ada yang merayap di mukanya.

"Bangunlah sayang. Mandi dan solat". Bibir Aira pula menjadi singgahan jari Fateh.

"Lima minit please!". Pinta Aira.

"Cup!". Terbuka luas mata Aira apabila tiba-tiba bibirnya menjadi mangsa pagutan bibir Fateh.

"Kan dah dapat. Abang suruh elok-elok minta extra lima minit ya". Aira hanya mendiamkan diri. Bibir bawahnya digigit perlahan dan kemudiannya terus bangun dan berlari ke bilik air. Ketawa besar Fateh melihat gelagat Aira.

"First kiss aku". Aira menyentuh bibir yang bersalut lip matte dengan hujung jari telunjuknya beserta kuntuman senyum.

"Malunya!". Muka pula ditekup dengan kedua belah tangan.

"Sayang! Okay ke?". Fateh mengetuk pintu bilik air untuk menghulurkan tuala kerana Aira menonong masuk tanpa sempat mengambilnya.

"Hah! Okay. Aira okay". Pantas Aira menyahut.

"Ambil tuala ni". Fateh mengetuk lagi.

"Klik!". Tangan sahaja yang terhulur keluar pintu.

"Eh! Kenapa masuk juga?". Kalut Aira menutup bahagian atas badannya yang sudah tidak berbalut dengan selendang.

"Saja". Jawab Fateh bernada mengusik.

"Ala... Keluarlah. Orang nak mandi ni!". Aira menghentak kakinya. Terasa seram sejuk dengan pandangan tajam Fateh.

"Mandilah. Abang duduk sini diam-diam". Fateh masih lagi mengusik.

"Abang... Tolonglah keluar dahulu. Bagi Aira mandi sekejap ya". Aira berharap Fateh akan cair dengan gaya manjanya.

"Tak berkesanlah pujukan sayang tu". Fateh mendekati Aira sehingga tiada lagi ruang untuk berundur.

"Cantik betul isteri abang ni". Tangannya memegang bahu putih Aira yang terdedah.

"Bibir ni selalu buat abang geram, kalau berbunyi memang tak tahu nak berhenti". Terdiam Aira melihat tindakan Fateh terhadapnya. Menghayati setiap belaian yang menari-nari di sekitar wajah dan lehernya.

Kucupan kedua dari suami tercinta benar-benar membuatkan Aira hanyut. Longlai segala urat saraf dan tulang belulangnya.

"Manis sangat". Fateh menyapu sisa liurnya yang membasahi bibir Aira. Tersenyum Fateh apabila melihat Aira yang malu-malu sehingga pipi merona kemerahan.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now