Semenjak pulang ke rumah. Hana banyak mendiamkan diri sahaja. Usai mengemas meja makan dan dapur, Hana membancuh 2 mug coklat lalu membawanya ke anjung rumah kerana selesai menjamu selera suaminya terus duduk di situ.
"Coklat panas". Hulur Hana.
"Letak dahulu". Dingin sahaja suara Aidil. Hana bangun dan duduk di sebelah suaminya. Lengan Aidil di pegang dan mengelusnya lembut. Hana sedar bahawa Aidil bermuram disebabkan insiden dengan Haziq tadi.
"Abang marahkan Hana ke ni?". Tanya Hana. Aidil hanya menggelengkan kepalanya.
Hana menarik nafas dalam-dalam, mencari kekuatan untuk memulakan bicara. Dia perlu terangkan sejelas-jelasnya siapa Haziq dan kenapa dia berkelakuan sedemikian.
"Haziq tu dulu adik ipar saya. Dia selalu buat onar dengan saya walaupun semasa abangnya masih ada. Perangainya semakin menjadi-jadi setelah kematian abangnya Haris. Dialah penyebab saya membawa diri ke sini dan ditakdir bertemu dengan suami yang baik hati ini". Jujur Hana memberi penjelasan. Hana mengangkat tangan Aidil dan dibawanya ke bibir. Kucupan ikhlas terbenam disitu. Aidil masih lagi menyimpan senyum supaya tidak terkoyak dibibirnya. Hatinya terusik dengan penerangan dan belaian manja dari Hana.
"Lupakan sahaja pasal bekas adik ipar sayang tu. Esok abang akan kembali bekerja. Sayang jaga diri dan anak-anak ya. Kalau sayang takut tinggal sendirian dengan anak-anak telefon sahaja mak dan abah minta mereka datang ke sini. Sayang hendak ke sana mereka lagi suka rasanya". Panjang lebar Aidil berpesan kepada isterinya. Hana hanya tersenyum.
"Insyaallah saya tak apa-apa. Taknak la menyusahkan mak dengan abah". Jawab Hana lembut. Dia bersyukur kerana Aidil tidak salah faham langsung tentang Haziq.
"Betul ni sayang?" Tanya Aidil lagi. Hana sekadar mengangguk. Bukan dia tidak mahu bertandang ke rumah orang tua Aidil kalau bukan disebabkan tidak tahan dengan kata-kata kesat adik iparnya Airina. Ada sahaja perkara yang tidak kena di mata adik iparnya itu. Apa sahaja kebaikan yang dia lakukan hanya dibalas dengam cacian dan penghinaan.
"Betul abang taknak saya hantar ke airport?". Tanya Hana.
"Tak mengapa sayang. Abang dah panggil teksi. Kesian anak-anak nanti". Hakikatnya dia yang tak nak dihantar oleh Hana. Risau dia tidak mampu menahan sedih nanti.
Masa yang tidak ditunggu tiba jua. Hana hanya menghantar suaminya di pagar rumah mereka sahaja. Setelah kelibat teksi menghilang dari pandangan barulah Hana melangkah kembali ke dalam rumah.
Keluhan berat dilepaskan kerana memori dukanya kembali lagi. Hana bersandar longlai di sofa. Memikirkan tentang Haziq yang psiko dan terlampau taksub dengan dirinya. Beberapa kali dia hampir dinodai Haziq kerana lelaki itu terlampau obses mengejar cintanya. Tindakan Haziq melamar Hana setelah kematian Haris menyebabkan Hana melarikan diri dari kampung halaman.
Pandangan kosong dihalakan ke arah Aidan yang masih lena di sebelahnya. Sedari tadi lagi Aidan tidur. Waktu pula menunjukkan angka 11.30 pagi menandakan sekejap lagi Airis perlu di jemput dari tadika.
Hana kembali merenung dinding ruang tamu yang dicat dengan warna biru muda. Sejuk mata memandang. Hatinya memuji ketelitian Aidil untuk perhiasan di dalam rumah. Lamunannya terhenti kerana dikejutkan oleh door bell. Hana mengintai dari sebalik langsir. Seorang lelaki berdiri membelakangi pagar rumah. 'Siapa pula ni' getus Hana di dalam hati. Setahu dia Aidil tidak ada adik beradik lelaki. Tak mungkin kawan Aidil tidak tahu Aidil baru sahaja bertolak ke airport. Hana memberanikan diri untuk keluar dari rumah menuju ke pagar.
YOU ARE READING
Suami Segera
RomanceHana seorang perempuan biasa yang berhijrah ke bandar setelah kematian suami dan anak-anaknya. Bertemu dengan Aidil seorang jurutera petrolium secara tidak sengaja. Aidil seorang duda muda yang mempunyai 2 orang anak. Pelbagai liku yang terpaksa Han...