"Abang!". Terkejut Hana apabila Aidil sudah berdiri di sebelahnya yang sedang membersihkan Hayla.
"Aku minta maaf sebab buat kau jatuh pagi tadi". Aidil memandang kepala Hana yang berbalut.
"Tak apa sikit sahaja ni. Nanti baiklah". Jawab Hana perlahan. Dia faham kenapa Aidil begitu. Hubungan mereka kini sudah menjadi seperti orang asing walaupun hakikatnya mereka halal.
"Aku ke yang bagi nama mereka?". Tanya Aidil.
"Ya abang. Yang ni Hariz, Haraz dan yang last Hayla". Hana memberitahu dengan gembiranya.
"Macam mana keadaan mereka?". Tanya Aidil lagi. Walaupun pandangannya ke arah lain, ianya tetap menggembirakan Hana.
"Mereka semakin sihat. Berat pun sudah bertambah. Insyaallah dua tiga hari lagi boleh keluar wad. Abang dah makan? Aira ada bawakan makanan untuk abang kan? Hana dah pesan nasi ayam yang abang nak tu". Lengan Aidil dipegang lembut. Perlahan-lahan Aidil mengalihkan tangannya. Sudah tidak berkasar seperti sebelum ini. Hana hanya menghadiahkan senyumam manis. Tidak menarik muka dengan tindakan Aidil itu.
"Dah tidur ke?". Hana hanya mengangguk perlahan.
"Jom teman aku makan dekat kafe. Si Aira tu tak bawa pun makanan yang kau pesan". Ajak Aidil.
"Hah!". Kembang kucup hidung Hana mendengarnya. Terima kasih Aira.
"Cepatlah. Aku dah lapar ni". Aidil berlalu meninggalkan Hana yang tersengih-sengih di sisi baby coat.
"Ya ya". Laju Hana membuka langkah menyaingi suaminya.
"Ikut sini abang". Ajak Hana.
"Tapi papan tanda tunjuk arah sana". Bangkang Aidil.
"Jalan ni cepat sikit sampai. Ikut sana nak kena keliling bangunan ni lagi". Hana terus mencapai tangan Aidil dan menariknya menuju ke kafe. Aidil memandang tangannya yang bertaut dengan tangan wanita di hadapannya. Suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Seolah-olah suatu aura letrik menjalar melalui urat sarafnya. Ya Allah kembalikan memoriku supaya aku ingat siapa wanita cantik di hadapanku kini.
"Maafkan Hana. Mesti abang tak selesa. Saya sudah terbiasa macam ni". Perlahan Hana melepaskan tangan Aidil apabila mereka tiba di kaki lima kafe. Aidil hanya membuat muka selamba. Pandangan Hana membuatkan jantungnya berdegup kencang. Wanita berwajah ayu dan putih mulus ini cukup membuatkan Aidil terpesona.
"Eh! Aira dengan siapa tu?". Aidil merenung ke arah adiknya yang sedang bergelak ketawa dengan seorang yang berpakaian seperti seorang doktor.
"Oh!. Itu bakal suami Aira. Fateh namanya. Dia seorang doktor yang bertugas dekat Wad kanak-kanak di hospital ni". Terang Hana.
"Macam pernah jumpa sebelum ni. Kau belikan je apa-apa untuk aku. Aku nak bertegur sapa dengan diaorang sekejap". Aidil terus meninggalkan Hana.
"Kau?". Aidil memandang Doktor Fateh dari atas ke bawah.
"Abang?". Terus berdiri Aira apabila mendapat teguran mengejut dari abangnya.
"Senior?". Doktor Fateh juga turut terkejut dan berdiri memandang Aidil yang masih memakai baju pesakit.
"Dia ni ke yang kau selalu cerita dahulu?. Cinta hati kau yang berumur tiga belas tahun?". Aidil memandang adiknya pula.
YOU ARE READING
Suami Segera
RomanceHana seorang perempuan biasa yang berhijrah ke bandar setelah kematian suami dan anak-anaknya. Bertemu dengan Aidil seorang jurutera petrolium secara tidak sengaja. Aidil seorang duda muda yang mempunyai 2 orang anak. Pelbagai liku yang terpaksa Han...