(8) AKU BUKAN AYAH ANAK ITU???

14.9K 303 6
                                    


Aidil berjalan sekitar shopping mall di Kuwait City. Dia ingin mencari cenderahati untuk Hana dan anak-anaknya serta ahli keluarganya yang lain. Hati berbunga riang kerana kurang seminggu lagi dia akan pulang ke Malaysia. Baru sekarang dia betul-betul merasa nikmat berumah tangga. Perasaan rindu yang bercampur baur apabila berjauhan beribu batu.

********

Hampir sebulan jugalah Hana sebumbung dengan Nelly. Cukup buruk perangai Nelly baginya. Setiap hari pulang lewat malam dalam keadaan mabuk. Lelaki yang mengambil dan menghantarnya silih berganti. Rumah sudah seperti hotel bagi Nelly. Balik hanya untuk tidur dan makan. Walaubagaimanapun Hana tidak cukup kuat untuk menegur segala perilaku buruk wanita itu.

Selepas selesai urusan di dalam rumah, Hana membawa Aidan ke laman atau lebih tepat lagi kawasan dia berbakti pada tanah. Tersenyum puas Hana apabila taman herbanya sudah siap sepenuhnya. Nak dibuat ulam nanti boleh petik terus. Hana memang suka makan ulam-ulam. Pernah dia diejek Aidil seperti kambing kerana setiap kali makan, ulam memang wajib kat sebelah. Paling cincai pun ulam timun. Tersenyum Hana apabila teringat memori itu.

Senyum Hana terus mati apabila teksi berhenti di luar pagar rumahnya. 'Siapa pulak yang datang ni'. Tutur Hana di dalam hati. Dari jauh Hana memerhati.

"Abang!!!". Hana betul-betul terkejut kerana Aidil tiba-tiba balik tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Aidil terus mendapatkan Hana dan memeluk isterinya dengan erat sekali. Pipi dan dahi Hana dicium berkali-kali.

"Ba..ba..". Aidan yang diletakkan di dalam stroller menarik-narik seluar Aidil.

"Eh! Anak Ayah ada rupanya. Maafkan ayah ya sayang. Papa rindu sangat dengan mama Aidan sampai tidak sedar hero ayah ada kat sini". Lantas tubuh anak lelakinya itu diangkat dan dilambung-lambung. Mengekek ketawa dibuatnya.

"Sudahlah abang. Pening anak tu". Tegur Hana lembut.

Aidan dikelek manakala Hana dipeluk dari sisi. Beg pakaian dibiarkan sahaja dahulu. Nanti boleh bawanya masuk ke dalam rumah.

"You!!!... Kenapa peluk pembantu rumah kita". Jerit Nelly dari balkoni tingkat atas.

Aidil mendongak ke atas dan kemudiannya berkata. "Bila betina tu datang?".

"Abang..." Tegur Hana kerana baginya perkataan itu tidak sesuai digunakan.

"Jom masuk sayang. Mana Airis. Tak nampak pun dia?". Aidil bertanyakan Airis pula.

"Dalam bilik agaknya". Jawab Hana ringkas.

"Hey betina... Apa kau buat dengan laki aku tadi?. Nelly menjerit kepada Hana setelah Hana dan Aidil menapak masuk ke rumah.

"Kau tu yang betina. Sial!!!. Kau buat apa kat sini hah?!". Marah Aidil.

"Kenapa you cakap macam tu dengan I sayang. I kan isteri you". Terus lengan Aidil dipaut Nelly.

"You dah lupa ke Nelly. Kita dah tak ada apa-apa". Beritahu Aidil keras.

"Apa you ni?. I pergi kejap je you dah macam ni". Nelly berkata lagi.

"I tak kisah la kejap ke lama ke. You tolong ingat balik apa I cakap masa you nak keluar tinggalkan rumah untuk ke paris". Terang Aidil. Berkerut dahi Nelly memikirkannya.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now