Bab 20

8.7K 219 31
                                    

"Aira nak ke mana ni?". Tanya Puan Hajar apabila melihat Aira seperti hendak keluar. Anak gadisnya itu dipandang dari atas ke bawah kerana nampak cantik apabila mengenakan blouse hijau emereld dengan pallazo berwarna krim.

"Keluar dengan bakal menantu mak yang tak jadi". Jawab Aira selamba. Puan Hajar hanya menggelengkan kepalanya apabila mendengar jawapan balas dari Aira.

Lima belas minit selepas itu loceng pintu rumah mereka kedengaran. Doktor Fateh sudah sampai.

"Mak! Aira keluar ni". Laung Aira.

"Yalah. Kirim salam dekat menantu mak yang pasti akan jadi kenyataan". Puan Hajar membalas balik kata-kata Aira sebentar tadi.

"Mak!". Bentak Aira. Salam dihulurkan juga kepada Puan Hajar. Manja sungguh. Puan Hajar hanya tersenyum manis dan mencium lembut dahi Aira. Walaupun hanya anak angkat. Sayangnya melebihi anak kandung. Airina dan Aira dijaga dengan penuh kasih kerana budi ibu bapa kandung mereka tidak mampu dia balas dengan wang ringggit.

"Hati-hati ya. Malam nanti balik tidur dekat rumah kita ya. Lepas kahwin nanti nak tidur kat sana berhari-hari pun boleh". Perli Puan Hajar lagi.

"Malas layan mak". Aira terus menyarungkan sandal ke kakinya.

"Makcik saya bawa keluar Aira sekejap ya. Maaf ya sebab tak singgah dahulu sebab lepas lunch nanti saya kena sambung kerja". Sapa Doktor Fateh

"Ala apa makciknya. Panggil mak aje Fateh. Malam nanti kalau tak kerja bawa mak kamu kemari ya. Ayahnya Aira balik petang nanti. Nanti boleh jumpa dan bincang pasal kamu berdua". Aira mengeluh berat. Baru sahaja dia berniat hendak menghalang Fateh. Ni maknya pula siap berajak bakal besan. Masak kau kali ni Aira.

"Apa mak ni. Kan Aira cakap taknak". Perlahan Aira bisik dekat telinga Puan Hajar namun masih dapat ditangkap oleh Doktor Fateh. Sebal Fateh dibuatnya.

"Pedulikan Aira ni Fateh. Mak faham sangat perangai dia ni. Mulut sahaja cakap taknak tapi gambar dan barang pemberian kamu dahulu dia masih simpan sampai sekarang". Merah padam muka Aira apabila Puan Hajar membocorkan rahsianya. Tersungging senyuman Doktor Fateh.

"Jomlah". Aira sudah menonong menuju ke kereta Doktor Fateh.

"Kami gerak dahulu ya makcik. Eh! Mak". Kalut Doktor Fateh membetulkan panggilannya. Puan Hajar hanya mengangguk sedikit.

Fateh membawa Aira ke suatu tempat yang cukup istimewa yang dapat mengembalikan nostalgia lama mereka berdua.

"Nak buat kat sini?". Aira memandang sekeliling. Tempat yang nampak agak asing baginya.

"Takkan Aira langsung tak ingat dengan kawasan ni?". Duga Doktor Fateh lagi.

"Tak ingat". Jawab Aira.

"Tak apalah. Jom keluar kita lunch dahulu". Terasa sedikit kecewa kerana Aira langsung tidak ingat dengan tempat mereka selalu lepak bila dapat keluar dari asrama.

"Eh? Bangku tu? Tapi mana pokok rendang tu?. ". Aira sudah dapat mengecam bangku unik yang diletakkan di hadapan kedai makan.

"Sayang dah ingat ya. Pokok tu dah lama tak ada. Aira ingat kan abang bukan asal sini?". Aira hanya mengangguk perlahan setelah mereka mengambil tempat untuk menjamu selera.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now