Akhirnya hari yang ditunggu telah tiba. Aira sudah tidak senang duduk kerana majlis akad nikah akan berlangsung bila-bila masa sahaja lagi. Suasana rumah En. Hamid dengan Puan Hajar cukup meriah dengan kunjungan sanak saudara dan kawan-kawan.
"Aira dah siap ke? Rombongan pengantin lelaki sudah sampai". Puan Hajar menjengah ke bilik anak daranya yang bakal menjadi Puan sedikit masa lagi.
"Dah mak". Aira meletakkan telapak tangannya di dada kiri. Bagai hendak meletup isinya. Pelbagai perasaan bercampur baur semuanya.
"Akak... Betul ke tindakan Aira ni?". Lengan Hana yang sedang bersiap-siap dipegangnya lembut. Mencari sedikit kekuatan.
"Betullah Aira. Kenapa tak betul pula. Aira dengan Fateh kan saling mencintai antara satu sama lain". Hana menepuk perlahan tangan Aira yang berpaut pada lengannya.
"Tahu... Tapi Aira takut. Aira tak bersedia lagi sebenarnya". Beritahu Aira jujur.
"Jangan risaukan hal malam pertama sangat Aira. Semua orang melaluinya. Tak pernah pulak akak dengar orang sakit selepas hadapi malam pertama". Pujuk Hana sambil ketawa kecil kerana teringatkan perbualan mereka sebelum ini.
"Bukan itulah maksud Aira". Muka Aira sudah merona kemerahan. Segan.
"Habis tu apa?". Hana memegang bahu Aira yang sedang duduk di birai katil.
"Entah la kak. Hati Aira ni rasa sesuatu yang tak baik sahaja. Macam akan berlaku benda buruk dekat kami nanti". Luah Aira.
"Kenapa fikir sampai macam ni Aira. Tak elok tau. Masa hadapan kita tak tahu lagi macam mana. Tengok akak ni. Siapa sangka seorang janda boleh menjadi isteri abang Aira yang handsome meletop tu". Hana cuba berlawak untuk menceriakan Aira.
"Akak apa kurangnya. Janda tip top lagi masa tu. Kesannya sampai dua kali abang jatuh cinta dengan akak". Tambah Aira pula.
"Pandai-pandai sahaja Aira ni. Jom kita keluar. Sekejap lagi mesti upacara akad nikah akan bermula. Mak Som tengokkan budak bertiga tu ya". Pesan Hana sebelum menarik Aira keluar dari bilik.
Semasa menuruni tangga, semua mata memandang kepada dua orang wanita yang cantik bergaya itu. Ada yang berbisik sesama sendiri, tak kurang juga yang sibuk mengambil foto sebagai kenangan.
"Mana satu pengantin perempuan? Yang ni ke yang ni?". Pertanyaan imam menerbitkan tawa di kalangan yang hadir. Aidil tersenyum memandang Hana yang tersipu malu apabila ditegur begitu.
"Ini pengantinnya Imam". Lembut Hana memperkenalkan Aira.
"Oh... Keduanya sudah ada. Boleh kita mulakan majlis kita la ya". Imam meneliti segala dokumen yang berada di hadapannya.
Fateh kelihatan menunduk sahaja. Sampai sahaja ke rumah bakal mertuanya ini, terus disajikan dengan panorama yang menyesakkan mata dan kepalanya. Sara kelihatan di kalangan keluarga Aira. Kenapa perempuan yang membuatkan Aira lari darinya suatu ketika dahulu harus berada di sini. Fikiran Fateh berkecamuk sekarang. Apa tujuan sebenar Aira menjemput Sara ke sini. Monolog Fateh terhenti apabila iman bertanyakan sesuatu padanya.
✴✴✴✴✴
"Aku kena balik Airina. Kenapa tak cakap Fateh adalah bakal adik ipar kau. Kenapa Aira harus menjadi adik kau sahabatku". Sara menangis teresak-esak di luar rumah. Tidak sanggup untuk dia melihat orang yang dia cintai menikahi orang yang paling dia benci.
YOU ARE READING
Suami Segera
RomansHana seorang perempuan biasa yang berhijrah ke bandar setelah kematian suami dan anak-anaknya. Bertemu dengan Aidil seorang jurutera petrolium secara tidak sengaja. Aidil seorang duda muda yang mempunyai 2 orang anak. Pelbagai liku yang terpaksa Han...