"Betul abang taknak ayang hantarkan?". Tanya Hana lembut. Tangannya disangkutkan pada leher Aidil. Rasa bersalah pun ada kalau membiarkan sahaja suaminya pergi sendiri ke airport. Segala kemudahan telah Aidil sediakan untuk dia. Boleh dikatakan serba serbi lengkap.
"Tak apalah sayang. Abang sudah booking teksi malam tadi lagi. Kalau batalkan, kesian pula dekat pakcik tu. Lagipun kesian dekat isteri abang ni. Nampak macam tak cukup tidur sahaja". Aidil melingkarkan lengannya ke pinggang Hana. Lalu merapatkan tubuh mereka sehingga tidak ada lagi ruang yang wujud di antaranya.
"Ayang tak cukup tidur siapa punya kerja". Cebik Hana.
"Abang punya kerja, tapi ayang juga yang melayan kan". Telinga Hana digigit dan menerbitkan tawa manja dari Hana.
"Abang! Gelilah". Hana berusaha untuk melepaskan diri. Makin Aidil mengetatkan pelukkannya.
Puas mengerjakan telinga isterinya, beralih pula ke arah leher Hana yang terdedah itu. Anggota itu dicium sepuasnya sehingga Hana sesak nafas menahan geli yang tidak terhingga.
"Abang! Stop! Ayang tak tahan dah. Gelilah". Adu Hana, lalu terbatuk-batuk kecil.
"Geli atau best?". Aidil melakar senyum penuh makna. Hana hanya menjeling manja dengan kata-kata suaminya.
"Sayang... Abang tunggu sayang dengan anak-anak dekat sana ya". Kedua belah pipi Hana dipegang lembut. Mata milik isterinya diselami lama-lama. Berat hati sungguh hendak meninggalkan rumah kali ini. Kalau bukan kerana tuntutan tugas memang Aidil tidak akan tinggal keluarga besarnya itu.
"Ya abang. Nanti ayang ke sana dengan anak-anak". Hana menjongketkan kakinya sedikit supaya bibirnya dapat singgah ke pipi Aidil. Bermula dengan sebelah kanan, kemudiannya beralih ke sebelah kiri pula.
"Kat sini". Aidil meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Hana menjulingkan matanya. Tahu sangat dah perangai miang suaminya itu. Sekilas kucupan singgah di bibir Aidil.
"Ala... Sikitnya..". Rengek Aidil.
"Amboi-amboi, dia ni kan". Lantas perut kekar Aidil dicubit manja.
"Aduh! Sakit la sayang". Segera tangan Hana yang melekat pada perut itu ditangkap oleh Aidil. Melihat Hana yang tersengih mengejek itu, membuatkan Aidil bertambah geram dan bertindak menangkap bibir Hana dengan bibirnya. Lama mereka berkeadaan begitu, masing-masing menghayatinya.
✳✳✳✳✳
"Abang pergi dahulu ya". Aidil tunduk sedikit untuk mencium dahi Hana yang sedang berdiri di sebalik pintu rumah mereka. Teksi sudah bersiap sedia di luar pagar rumah.
"Baiklah abang. Hati-hati dekat tempat orang ya. Jangan lupakan kami dekat sini". Hana menyalami tangan Aidil. Sehabis boleh dia berlagak biasa. Tidak mahu menitiskan air mata di hadapan suaminya.
"Tak akan lupa dan tak pernah terfikir sedikit pun sayang. Jaga diri dan anak-anak. Kalau tak larat nanti minta tolong Aira carikan seorang lagi pembantu rumah". Pesan Aidil.
"Ya abang. Abang jangan risau ya". Hana menghantar Aidil dengan senyuman manis. Moga-moga boleh menjadi pengubat rindu nanti.
Aidil menunggu sehingga pagar automatik tertutup baru dia meloloskan diri ke dalam teksi. Dia perlu pastikan semuanya dalam keadaan selamat sebelum meninggalkan rumah.
YOU ARE READING
Suami Segera
RomantizmHana seorang perempuan biasa yang berhijrah ke bandar setelah kematian suami dan anak-anaknya. Bertemu dengan Aidil seorang jurutera petrolium secara tidak sengaja. Aidil seorang duda muda yang mempunyai 2 orang anak. Pelbagai liku yang terpaksa Han...