Bab 46

5.3K 211 24
                                    

"Tak apa ke saya tinggalkan akak dekat sini". Pemandu grab merasa agak gusar kerana kawasan yang dia turunkan Hana itu agak lengang dan sunyi dari pandangan umum.

"Okay dik. Kawan akak dah ada dekat sini. Sekejap lagi sampai la tu". Jawab Hana perlahan.

"Baiklah kalau macam tu".

Sejurus kereta grab itu berlalu pergi, sebuah kereta meluncur dengan laju dan berhenti betul-betul di hadapan Hana. Seorang lelaki berbadan tegap turun dan dengan pantas dia mengheret Hana ke kereta.

"Apa ni? Tolong! Tolong! Tolong". Jerit Hana sekuat hati.

"Diamlah betina!. Kau nak budak-budak tu mati ke?". Sergah seseorang yang duduk di sebelah penumpang bahagian hadapan.

Lantas Hana mengunci mulutnya. Ugutan sebegitu memang kelemahannya yang paling utama.

"Tahu pun diam. Jalan sekarang". Arah penumpang di hadapan itu lagi. Pada pandangan Hana, orang itu adalah ketua kepada dua orang konconya.

"Suntik dekat lengan dia". Jarum suntikkan dihulurkan kepada lelaki yang duduk di belakang bersama Hana.

"Ubat apa? Saya tak sakit dan tak perlukan apa-apa suntikkan". Hana menjadi kalut dan bergerak sedikit ke sebelah apabila lelaki itu merentap kasar lengannya.

Hana tidak mampu menghalang daripada benda asing disuntik ke badannnya. Beberapa ketika matanya semakin memberat dan akhirnya terkatup jua.

Dalam lena, Hana telah di bawa ke suatu tempat yang sangat jauh dari hiruk pikuk kota. Suatu tempat di luar jangkaan semua orang. Hana masih tidak sedarkan diri semasa konco Airina membawanya ke dalam bangunan lama yang berupa sebuah rumah tradisional melayu. Kedudukannya pula agak jauh dari jalan utama yang berturap.

✴✴✴✴✴

"Allah!!!". Hana terjerit kuat apabila Air berais di simbah ke muka dan badannya. Serta merta matanya terbuka luas kerana kesejukkan.

"Dah puas tidur!". Sergah Airina.

Terkebih-kebil Hana memandang wajah penculik anak-anak dan dirinya kini. Wanita itu memandang bengis sambil memutarkan sepucuk pistol di tangannya.

"Airina?"....

"Ya. Aku. Kenapa? Terkejut?". Lantas ketawa terbahak-bahak meletus. Serentak dengan itu Triple H tersedar dari Lena dan menangis.

"Ya Allah Airina. Kenapa Airina buat macam ni. Apa salah budak-budak ni?". Tanya Hana dengan penuh hiba apabila melihat kelima-lima anaknya berada di dalam sangkar besi yang sempit. Tangisan TripleH langsung tidak menyedarkan Airis dan Aidan yang telah diberi ubat tidur.

"Budak ni adalah punca segala-galanya. Termasuk juga kau. Rancangan aku hampir berjaya sebelum kemunculan kau betina!. Bersusah payah aku singkirkan pelacur tu, kau pulak yang muncul. Kau rampas Aidil dari aku". Menitip air mata Hana mendengarnya. Dia betul-betul tidak sangka orang di hadapannya adalah Airina.

"Sekarang! Kamu semua perlu mati!". Pekik Airina.

"Tolong Airina!. Kesiankanlah budak-budak ni. Mereka semua anak saudara Airina kan". Pujuk Hana.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now