Bab 15

9.5K 216 11
                                    

"Kau akan menjadi milik aku Fateh!!!". Sara mengenggam erat stereng Honda Jazz miliknya. Buat masa sekarang dia hanya mampu memandang Fateh dari jauh. Sara bernekad untuk gunakan apa cara sekalipun asalkan dia boleh memiliki Fateh. Halus atau kasar sudah tidak dia pedulikan.

Fateh mengurut nafas lega apabila kereta sepupunya tidak ada di hadapan rumah.

"Assalamualaikum. Mak ooo mak". Fateh masih berdiri di luar pagar bersebelahan keretanya kerana terlampau teruja hingga terlupa hendak mengambil kunci pagar dan rumah maknya.

"Ya Allah adik. Kenapa tak masuk. Kamu kan ada kunci". Bebel Puan Aminah kepada anak bujangnya.

"Rindu sangat dengan Mak sampai lupa nak bawa sekali kunci". Tersengih-sengih Fateh memandang maknya.

"Bawa masuk kereta kamu ke dalam. Bahaya letak dekat luar. Kereta anak jiran sebelah baru sahaja kena pecah minggu lepas". Alasan yang mampu Puan Aminah berikan kerana kereta Sara masih ada berdekatan dengan rumahnya.

"Ala... Mak dah siapkan. Jomlah gerak sekarang". Dalih Fateh.

"Hisy kamu ni. Kenapa tergesa-gesa sangat. Kamu tu penat. Lepas balik kerja terus memandu ke sini. Malam ni tidur dahulu dekat rumah mak. Adik tak payah risau. Sara dah pergi". Ujar Puan Aminah.

"Yelah...". Akhirnya Fateh akur dengan kehendak Puan Aminah. Segera dia masuk ke dalam kereta dan terus memandu masuk ke dalam garaj rumah Puan Aminah.

"Mak!!!. Rindu mak sangat-sangat". Fateh terus memeluk Puan Aminah yang sedang berdiri di hadapan pintu.

"Hisy kamu ni. Rindu tapi sombong taknak balik jumpa mak". Puan Aminah mengusap lembut belakang anak bongsunya itu. Manja tapi tegas.

"Mak... Tak payahlah perli adik macam tu. Mak pun tahu kan kenapa adik tak balik jumpa mak". Fateh melepaskan pelukan dan segera meloloskan diri ke dalam rumah. Sofa menjadi singgahannya.

"Merajuk pulak.... Dah besar macam ni pun masih nak ambil hati dengan mak. Pagi tadi mak dengar ada orang tu dah jumpa calon isteri, mungkin mak salah dengar agaknya". Pancing Puan Aminah.

"Betullah mak. Jom adik tunjukkan gambar orangnya". Fateh terus bangun dan mencapai tangan Puan Aminah, lalu membawanya duduk di sofa bersama-sama. Rajuk sebentar tadi sudah dibuang jauh-jauh. Kini dia teruja hendak memperkenalkan Aira kepada maknya.

"Nah. Mak tengoklah". Fateh menghulurkan telefon pintarnya. Beberapa keping gambar Aira yang dia curi-curi ambil semasa gadis itu bersiar-siar di taman bersama kakak iparnya.

"Yang mana satu ni adik. Kalau yang berkerusi roda ni, mak tak izinkan. Nampak jauh lebih tua dari kamu. Yang ni pula nampak budak-budak sangat. Macam budak sekolah pun ya. Kamu ni biar betul adik". Berkerut dahi Puan Aminah membelek gambar Aira bersama Hana.

"Betullah mak. Mari saya tunjukkan bakal isteri dan ibu kepada cucu-cucu mak nanti". Fateh tersenyum manis. Jiwanya cukup bahagia kerana dipertemukan semula dengan Aira.

"Yang ni orangnya. Comel kan mak?". Puan Aminah memandang pelik.

"Kamu ni biar betul Fateh. Budak sangat ni". Fateh hanya tersengih mendengarnya. Sememangnya Aira memiliki wajah keanak-anakan. Begitu juga dengan perangai yang sangat manja sehingga membuatkan Fateh bertekad untuk mendapatkan Aira dan jadikan gadis itu sebagai miliknya yang sah. Dia sanggup menerima segala kata-kata pedih yang Aira lemparkan nanti. Comel, manja dan bermulut lancang. Itulah tarikan yang ada pada. Semasa mendengar bebelan dari mulut comel Aira pagi tadi, terasa ringan sahaja untuk bertindak melumatkan bibir nipis itu. Namun sebolehnya dia menahan segala gelora kerana tidak mahu memberikan pandangan buruk pada mata Aira.

"Adik! Tersengih-sengih pula dia ni". Puan Aminah mencubit perut kekar anak terunanya". Menyeringai Fateh menahan pedih.

"Sakit la mak". Fateh menarik muncung.

"Dah tu buat tak endah sangat. Tingkatan berapa budak ni?". Tanya Puan Aminah.

"Satu". Sepatah dijawabnya. Senyuman dan gelak tawa Aira terbayang lagi di matanya.

"Hah! Baru tingkatan satu. Kamu jangan main-main adik". Terjerit Puan Aminah mendengar jawapan dari Fateh.

"Apa la mak ni. Maksud adik, kami kenal semasa dia di tingkatan satu lagi. Masa tu adik tingkatan lima. Beza umur kami empat tahun la mak. Dia sekarang sudah berumur dua puluh empat tahun. Sesuai sangat dah dibuat isteri". Terang Fateh cepat-cepat sebelum Puan Aminah mengamuk.

"Oooo... Mak ingat masih bersekolah lagi. Sebab nampak muda sangat dari usianya". Puan aminah membelek-belek lagi gambar Aira.

"Comel kan?". Tanya Fateh lagi sambil menahan senyum.

"Ya comel. Patutlah taknak dekat mana-mana calon yang mak perkenalkan. Rupanya tunggu yang ni". Puan Aminah menggosok kepala anaknya.

"Mak... Rosak la rambut adik". Fateh membetulkan kembali rambutnya. Hujung rambut yang berjuntai di dahi dia tiup berkali-kali.

"Pentingkan sangat la rambut tu. Kamu nak makan sekarang ke? Mak dah masak makanan kegemaran kamu ni". Puan Aminah bangun dan terus menuju ke dapur.

"Adik naik atas mandi dan solat dahulu ya. Kejap lagi adik turun makan. Mak jangan makan dulu tau. Tunggu adik". Laung Fateh sambil mendaki tangga menuju ke bilik lamanya yang berada di tingkat atas.

"Arrrgghhh... Penat betul. Ermmmm... Tak sabarnya nak peluk Aira". Fateh tersenyum simpul memandang wajah miangnya terbias di cermin.

"Apa ni?". Mata Fateh tertumpu kepada sebuah kotak berwarna hitam di atas meja.

"Teristimewa untuk Fateh".
"Yang mencintaimu, Sara".
Kad kecil itu dikoyak sehingga menjadi cebisan kecil. Kotak pula dicapainya. Sebuah jam berwarna silver yang mempunyai ukiran SARA ❤ FATEH.

"Sewel betul perempuan ni". Fateh terus menuju ke beranda. Sliding door dibuka dengan kasar. Jam bersama kotaknya sekali dilemparkan sekuat hati sehingga tercampak sehingga ke luar pagar rumah.

Fateh merenung hasil lemparannya tadi yang selamat mendarat di kaki lima. Timbul pula rasa bersalah kerana tidak menghargai pemberian orang. Malah dari sepupu sendiri pula. Tetapi kalau menerimanya pula seperti memberi harapan kepada Sara. Itu yang Fateh tidak mahu. Dia sudah penat untuk menerangkan bahawa hatinya tidak boleh menerima Sara sebagai teman istimewanya.

"La... Tak mandi lagi budak ni". Tegur Puan Aminah.

"Maaf mak. Adik rindu dengan semua ni". Dalih Fateh.

"Dah pergi mandi cepat. Lepas tu solat. Mak tunggu kat bawah". Tegur Puan Aminah.

"Yes madam". Seloroh Fateh. Segera Fateh menutup kembali sliding door. Dari jauh kelihatan seseorang tengah mengutip jam yang dia buang sebentar tadi. Bukan rezeki aku untuk memakainya. Gumamnya di dalam hati.

"Kurang ajar kau Fateh. Hadiah aku kau campak macam ni sahaja". Sara menggenggam erat jam yang dia kutip kembali. Fateh yang memandang ke arahnya melalui cermin sliding door hanya dipandang dengan hujung mata.

"Fateh... Maklong... Sara akan kembali. Tengoklah nanti. Korang akan melutut merayu dengan Sara nanti. Sara akan buat maklong bencikan perempuan itu sampai Fateh tinggalkan dia nanti". Sara melepaskan amarahnya sendiri. Segera dia menapak ke keretanya. Dia perlu segera uruskan proses pertukaran tempat kerjanya. Agenda dan misi yang perlu dilaksanakan sudah dia rancang rapi.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now