Bab 50

6K 210 39
                                    

"Akhirnya aku dapat lepaskan diri dari Airina. Ya Allah di mana dia sembunyikan isteri dan anak-anakku". Keluh Aidil sendiri. Pemanduannya dipercepatkan lagi kerana dia perlu segera sampai ke rumah Nadeem.

Segala kekacauan yang berlaku selama ini semuanya berpunca daripada Airina. Sungguh teliti dan licik percaturan yang dia rancang sehingga tidak ada siapa yang dapat menghidunya.

"Ya Allah. Aira tahu!". Aidil bersuara perlahan.

Suatu ketika dahulu Aira pernah bagitahu kepada Aidil perkara yang berlaku kepada Nelly adalah angkara kakaknya. Tetapi tanpa bukti yang kukuh, Aidil telah menganggap ianya syak wasangka Aira semata-mata. Perkara itu dibiarkan berlalu begitu sahaja sehinggalah perkahwinan dia dengan Hana pula. Airina dengan jelas sekali menunjukkan rasa benci dan tidak senang dengan kehadiran Hana.

"Bodohnya aku ketika itu". Keluh Aidil lagi. Perkara sudah berlaku. Kalau dapat undurkan masa sudah tentu dia tidak akan bertemu dengan Hana dan memiliki TripleH. Percaturan Allah SWT itu cukup indah.

Di sebalik kejadian yang menimpa Nelly, Aidil telah dipertemukan dengan Hana dan kemudiannya jatuh cinta lagi. Allah tidak pernah membiarkan dia kesunyian dan sentiasa menunjukkan jalan yang patut dia pilih.

Pada masa yang sama Aidil turut berasa bersalah dengan tindakan Airina yang jelas dengan sengaja mengambil kesempatan di atas keterujaan Nelly mengejar kerjayanya. Nelly pula langsung tidak menceritakan kejadian yang berlaku terhadapnya kepada Aidil. Malah terus mengambil tindakan meninggalkan rumah begitu sahaja.

Perkahwinan Aidil dengan Nelly telah berjaya Airina rosakkan. Perkahwinan dengan Hana pula, Aidil bernekad akan terus mempertahannya walaupun nyawa menjadi galang ganti.

✳✳✳✳✳

Hampir pukul empat pagi barulah Aidil tiba di rumah Nadeem dan Nelly. Sebuah pancuan empat roda berwarna hitam dan bercermin gelap berada di luar pagar rumah pasangan itu.

"Lewat macam ni pun mereka masih dikunjungi tetamu". Omel Aidil perlahan.

"Assalamualaikum". Salam di beri sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

"Aidil! Abang! Aidil dah balik". Jerit Nelly yang sedang duduk di Sofa bersebelahan dengan seorang perempuan berbadan agak tegap. Manakala di sofa berhadapan pula, dua orang lelaki sedang meneliti sesuatu pada sebuah laptop.

"Nelly? Siapa mereka ni?". Aidil kaget dengan situasi itu.

"Mereka polis yang menyiasat kes penculikkan Kak Hana dan anak-anak. Ini Inspektor Shaliza. Mereka berdua itu rakan sekerja beliau". Nelly memperkenalkan tetamunya.

"Sila duduk En. Aidil". Inspektor Shaliza menjemput Aidil duduk.

"Ya Allah Aidil. Akhirnya kau balik. Risau betul aku sebentar tadi. Ingat kau juga turut diculik". Nadeem muncul dari belakang secara tiba-tiba.

"Hampir kena culik tetapi aku dilepaskan dengan syarat yang tidak masuk akal". Jawab Aidil lemah.

"Apa!. Siapa penculik tu?. Kenapa tak bagitahu kami". Semua mata terarah kepada Aidil.

"Aku tidak boleh berbuat apa-apa kerana Hana dengan anak-anak masih di dalam genggaman dia. Aku terpaksa menurut sahaja permintaan dia". Jelas Aidil. Lemah.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now