Sebulan berlalu, Aidil telah kembali ke pelantar minyak tempat dia mencurah keringat demi sesuap nasi untuk keluarganya. Selepas tiga bulan di sana barulah dia akan pulang semula ke pangkuan keluarga.
"Rumah ni aku yang punya!!!. Apa nak buat ni". Hana kebosanan berada di rumah bersama Aidan. Segala kerja-kerja rumah sudah diselesaikan sehingga tiada sedikit pun habuk-habuk yang melekat pada mana-mana perabot atau lantai. Aidan masih tidur di katilnya manakala Airis pula sudah mula bersekolah di tadika hujung taman perumahan. Sepeninggalan Aidil ke tempat kerja, dia ada tinggalkan keretanya untuk kegunaan Hana.
Hana membelek jam di tangannya. Angka baru menunjukkan pukul 10 pagi. Dia mengambil keputusan untuk ke pasaraya sebelum Airis habis sekolah. Lantas segera mencapai tudung yang di sangkut di belakang pintu dan berlari anak mendaki anak tangga untuk mengambil Aidan di bilik tidur.
Aidan yang masih lena itu diangkat perlahan-lahan supaya tidak terjaga dari lena. Setelah meletakkan Aidan di dalam baby seat dan memastikan pintu dan pagar rumah selamat berkunci barulah Hana memulakan pemanduannya.
Habis pelusuk Aeon Mall Hana Jelajahi, namun 1 barang pun tidak dibelinya walaupun Aidil ada tinggalkan duit sejumlah lima ribu ringgit. Cukup banyak bagi Hana sebenarnya. Tetapi pada fikiran Hana adalah tidak wajar untuk dia gunakan untuk tujuan peribadinya.
Setelah bosan berjalan di pasaraya tanpa tujuan. Hana merasakan dia perlu pulang sahaja kerana waktu persekolahan Airis akan tamat lebih kurang 1 jam lagi. Segera dia ke tempat letak kereta dan langsung memandu kembali ke rumah untuk menjemput Airis di tadika.
Hana tiba di tadika Airis lebih awal daripada waktu sepatutnya. Dia tidak kisah kerana itu yang lebih baik daripada membiarkan anak kecil itu menunggunya.
"Mama!" Laung Airis setelah melihat Hana turun dari kereta. Hana terpaksa menurut kehendak Airis yang berdegil taknak panggil dia acik Hana. Panggilan mama jugak yang dia mahukan.
"Kakak belajar apa hari ni?" Tanya Hana dengan senyum manis terukir di bibir.
"Banyak yang kakak belajar mama. Kakak belajar alif ba ta, mengaji dengan ustazah Aisyah." Becok mulut Airis bercerita. Tidak seperti ayahnya Aidil yang bercakap bila perlu. Itupun sepatah jua sahaja.
"Mama masak lauk apa hari ni? Kakak lapar la." Sambil memegang perutnya.
"Mama tak masak hari ni sayang. Kita makan dekat luar ya. Kakak nak makan apa?". Tiba-tiba mood malas hendak memasak datang.
"Emmmm... KFC boleh tak mama? Kakak teringin la nak makan." Pinta Airis sambil mempamirkan muka comel.
"Boleh sayang, tapi dengan syarat tak bagitahu Ayah tau." Memang Aidil tak suka anaknya makan makanan segera. Hanya Hana secara diam-diam akur dengan permintaan Airis. Dia tidak sampai hati hendak bertegas seperti Aidil.
Hana memandu ke restoren makanan segera pula. Dia tidaklah perlu memandu ke bandar kerana di kawasan perkedaian berhampiran rumah Aidil itu terdapat pelbagai jenis restoren makanan segera.
Hana tersenyum melihat Airis makan dengan mulut penuh berisi, kedua belah tangan memegang ketulan ayam goreng. Melayan karenah Airis dan Aidan sedikit sebanyak telah memadamkan memori dukanya. Dia terlampau sayangkan anak majikannya itu sampai sanggup mengambil pil untuk menghasilkan susu untuk Aidan. Aidan kini sudah menjadi darah dagingnya. Memang tidak menjadi masalah besar bagi Hana untuk menyusukan Aidan kerana arwah kedua anaknya memang diberi susu badan sepenuhnya.
YOU ARE READING
Suami Segera
RomantikHana seorang perempuan biasa yang berhijrah ke bandar setelah kematian suami dan anak-anaknya. Bertemu dengan Aidil seorang jurutera petrolium secara tidak sengaja. Aidil seorang duda muda yang mempunyai 2 orang anak. Pelbagai liku yang terpaksa Han...