Sudah tiba masa untuk Aidil kembali bekerja. Selama tiga bulan dia terpaksa meninggalkan keluarganya untuk tuntutan tugasnya. Kali ini khidmatnya diperlukan di Bumi Kenyalang pula. Kalau ikutkan hati, ingin sahaja dia membawa Hana bersama. Perasaan cinta yang membuak-buak menyebabkan Aidil berat hati untuk meninggalkan isterinya itu.
"Hana dah siapkan beg abang. Apa lagi abang nak bawa?". Tanya Hana setelah mengambil tempat di sisi suaminya yang sedang merenung ke langit yang kelam di balkoni rumah mereka.
"Abang nak bawa sayang sekali boleh?". Aidil melingkarkan tangannya ke pinggang Hana. Memeluknya erat dari sisi.
"Abang ni... ayang tanya betul-betul ni". Dada Aidil dipukul lembut.
"Abang pun jawab betul-betul juga. Abang rasa tak boleh nak tinggalkan sayang". Aidil memalingkan badan Hana supaya dia boleh memandang wajah isterinya.
"Ayang mana boleh ikut abang. Airis dengan Aidan macam mana?. Lagi dua minggu dah nak cuti sekolah, jadi minggu depan start exam akhir tahun". Pendidikan anak-anak juga perlu diutamakan.
"Hurmmm...". Aidil mengeluh panjang.
"Tak baik tau mengeluh macam ni. Sayang sentiasa ada dekat sini. Abang pun sentiasa di sini". Hana meletakkan tangannya ke dada sebelah kiri Aidil. Tangan Aidil juga di bawa ke sebelah kiri dadanya.
"Kalau kita tinggalkan Airis dengan Aidan dekat mak abah boleh tak?". Tanya Aidil.
"Sampai hati abang hendak tinggalkan mereka. Diaorang perlukan sokongan kita untuk exam walaupun hanya peringkat sekolah rendah dan tadika". Hana berjauh hati dengan permintaan Aidil dan menjarakkan diri dari suaminya itu.
"Maafkan abang sayang. Abang cuma rasa tidak sedap hati untuk tinggalkan sayang di sini. Entahlah... Abang tak tahu nak cakap macam mana". Memang Aidil merasa tidak senang hati untuk tinggalkan Hana. Hatinya kuat mengatakan suatu yang buruk akan berlaku.
"Kenapa pulak macam tu. Tak ada apa-apalah abang. Kalau ikutkan hati sayang ni kan. Sayang nak ikut je abang kemana-mana supaya mana-mana perempuan dekat luar sana tu takut nak pandang abang". Kata-kata Hana yang berbaur sedikit cemburu itu membuahkan tawa Aidil.
"Kenapa ketawa pulak?". Hana memandang ke arah lain. Malu dengan kata-kata sendiri.
"Biarlah orang nak pandang abang, asalkan abang tak pandang mereka. Sekarang abang nak tengok sayang puas-puas. Esok pagi-pagi abang dah nak terbang ke Sarawak". Aidil mengangkat sedikit dagu Hana supaya memandangnya.
"Janji jangan pandang orang lain ya?". Pinta Hana.
"Tak... Abang pandang sayang sorang sahaja, cuma orang lain tu abang jeling-jeling la sedikit". Aidil tersengih menayangkan sebaris gigi yang tersusun rapi.
"Abang...". Hana mengetap gigi menahan geram. Perut Aidil yang tak berapa nak slim sangat tu dicubit.
"Aduh! Sayang ni. Abang gurau je la. Sakit tau". Adu Aidil.
"Sakit sangat ke? Mari sayang tengok". Hana menggosok perlahan perut Aidil dan selepas itu tangannya merayap ke pinggang pula. Digeleteknya tempat sensitif itu.
"Sayang! Nakal betul dia". Selangkah sahaja Hana dapat melarikan diri sebelum badannya diraih kembali oleh Aidil. Badan Hana dipeluk erat dari belakang.
"Abang! Stop! Sayang gelilah". Hana berusaha untuk menolak kepala Aidil yang melekat di lehernya. Makin ditolak makin Aidil galak mengerjakan batang tengkuk isterinya.
"Abang! Ada oranglah dekat bawah sana". Hana menunjuk ke arah pokok ceri yang betul-betul berada di bawah balkoni.
"Mana?". Melilau Aidil melihat ke bawah. Namun tidak ada sebarang pergerakkan di kawasan yang dimaksudkan oleh isterinya.
"Tak ada pun sayang. Sayang sengaja ya". Aidil memandang ke arah isterinya yang juga sedang melihat-lihat ke arah kawasan yang dimaksudkannya.
"Tadi adalah abang. Mari kita turun bawah tengok". Hana yakin yang dia ternampak bayangan seperti orang sebentar tadi.
"Sayang salah tengok rasanya. Marilah kita masuk ke dalam, buat apa yang patut selepas itu kita tidur". Aidil menarik pinggang isterinya dan berjalan meninggalkan balkoni.
"Apa benda yang patut tu. Ayang mengantuk la". Sengaja Hana bertanya walaupun sudah memahaminya.
"Marilah abang tunjukkan". Selepas pintu sliding yang memisahkan biliknya dengan balkoni ditutup Aidil terus ke katil dan tersenyum penuh makna. Hana membuat tidak endah dan meneruskan sapuan losyen ke tangan dan lengannya.
"Nak abang tolong ke?". Pelawa Aidil.
"Tak payah. Nanti tolong lain". Jawab Hana.
"Itulah yang abang mahukan". Terus Aidil bangkit semula dari baring dan merampas botol losyen yang berada di tangan Hana.
"Abang nak bantu juga". Aidil tersenyum nakal dan terus memicit losyen ke telapak tangannya.
"Hulurkan kaki". Selamba Aidil melumurkan losyen itu dari kaki, betis dan kemudiannya paha sehingga ke pangkalnya. Siap sebelah kanan, sebelah kiri pula dicapainya.
"Losyen ni ke yang membuatkan kulit sayang cantik dan gebu macam ni". Lengan Hana yang terdedah itu dilurut sehingga ke kepala bahu. Hana hanya mengangkat bahunya dan memandang sahaja perbuatan Aidil.
Aidil menarik Hana dari kerusi dan membawanya ke katil dan mendudukkan isterinya itu ke birai katil.
"Mula sahaja cuti sekolah sayang dengan anak-anak ikut abang ke sarawak ya. Nanti abang book tiket. Nanti sayang tanya Mak, abah dan Mak Som ya. Boleh bawa mereka sekali". Ujar Aidil tanpa memandang wajah Hana kerana tangannya leka membelek tangan isterinya itu.
"Ye ke ni? Seronoknya dapat ke sana juga. Seumur hidup ini, belum pernah lagi sayang ke sana. Terima kasih abang". Lantas secara spontan Hana mencium pipi Aidil.
"Abang ingat sayang taknak ikut tadi". Usik Aidil.
"Mestilah nak kalau cuti sekolah nanti. Sekarang je sayang taknak". Jawab Hana.
"Yelah. Sayang betul dekat budak berdua tu ya?". Duga Aidil.
"Mestilah sayang. Sayang sangat-sangat kerana merekalah kita dapat bersama. Walaupun mereka bukan anak kandung ayang, kasih sayang yang ayang berikan sama sahaja". Balas Hana lembut. Kepalanya direbahkan ke bahu Aidil. Mata pula memang ke arah katil anak-anaknya yang disusun sebaris dihujung katil.
"Jom tidur sebelum tiga budak tu bangun". Ajak Aidil. Hana hanya mengikut tanpa membantah sedikit pun. Sebelum itu, lampu tidur dihidupkan supaya tidak terlalu gelap.
Di bawah pula, kelibat bayangan yang dilihat oleh Hana sebentar tadi masih kekal di bawah pokok ceri. Berpakaian serba hitam dan merenung tajam ke arah bilik tidur Aidil dan Hana. Renungan yang penuh dengan amarah dan dendam.
Bayangan hitam itu mempunyai ketinggian yang sederhana meneruskan misinya. Kali ini dia akan bertindak lebih agresif. Sepucuk surat diselitkan pada ranting pokok bunga milik Hana setelah pokok itu dijirus dengan cecair yang memusnahkan keseluruhan pokok itu.
Selepas melaksanakan misi jahatnya, bayangan hitam itu terus memanjat pagar dan berlalu pergi dengan perasaan yang cukup puas. Agenda hari ini selesai.
1020words
YOU ARE READING
Suami Segera
RomanceHana seorang perempuan biasa yang berhijrah ke bandar setelah kematian suami dan anak-anaknya. Bertemu dengan Aidil seorang jurutera petrolium secara tidak sengaja. Aidil seorang duda muda yang mempunyai 2 orang anak. Pelbagai liku yang terpaksa Han...