Bab 18

8.5K 227 20
                                    

"Nah! bubur ayam akak. Makan sampai habis. Kalau tak Aira mogok tak bercakap seminggu dengan akak". Aira membawa dua mangkuk bubur ayam. Satu untuknya dan satu lagi untuk kakak ipar kesayangannya.

"Untuk akak je?. Mana untuk bakal suami Aira ni?". Tanya Hana dalam usikan

"Hana mana ada bakal suami". Terus dia duduk di hadapan kakak iparnya. Doktor Fateh yang duduk di situ langsung tidak dihiraukan.

"Kami kongsi aje nanti kak". Doktor Fateh terus merampas sudu dari tangan Aira. Sesudu bubur ayam dari mangkuk Aira disuap ke mulutnya.

"Apa ni? Nak pergilah beli sendiri!". Marah Aira.

"Beli sendiri tak sedap. Yang ni sedap sangat-sangat". Sesudu lagi masuk ke mulut Doktor Fateh. Aira tidak puas hati dan terus merampas kembali sudu dari tangan Doktor Fateh. Mangkuk bubur dipegang kemas-kemas dan terus menyuap laju-laju.

Doktor Fateh tergelak kecil melihat gadis pujaannya makan dengan begitu gelojoh kerana bimbang makanannya akan dicuri lagi. Macam budak-budak.

"Apa gelak-gelak. Tak pernah tengok orang makan ke?". Marah Aira.

"Seronok tengok Aira makan bekas sudu abang makan tadi. Indirect kiss". Doktor Fateh tersengih memandang Hana yang juga tersenyum memandang mereka berdua.

"Hisssyy... Potong selera betul". Aira terus meletakkan sudu ke dalam mangkuk yang berbaki separuh lagi. Tisu dicapai dan mulutnya dilap perlahan. Dua botol air mineral yang diletakkan di dalam beg sandangnya dikeluarkan dan meminumnya sehingga tinggal separuh. Satu botol lagi dihulurkan kepada Hana.

"Abang habiskan ya". Terus dengan selambanya Doktor Fateh menarik mangkuk bubur Aira. Extra pedas yang bertepatan dengan seleranya. Aira memang beli untuknya tetapi disebabkan tidak mahu kalah dia paksakan dirinya untuk makan bubur pedas itu sehingga habis setengah botol air mineral diteguk dalam senafas. Pedas sangat agaknya.

"Tak malu. Makan bekas orang". Sindir Aira.

"Bekas orang yang kita sayang ni sedap kan Kak Hana?". Hanya anggukkan sebagai balasan dari Hana. Baru dua sudu sahaja bubur ayam itu melepasi kerongkongnya. Seleranya betul-betul sudah hilang.

"Indirect kiss lagi sekali". Doktor Fateh mengenyitkan matanya kepada Aira. Jeliran lidah dari Aira membuatkannya bertambah geli hati.

"Gedik betul". Luah Aira perlahan.

"Aira lapar lagi tak? Makanlah bubur akak ni. Akak dah kenyang la". Hana menolak mangkuk buburnya kepada Aira.

"Eh! Takkan dah kenyang. Tak luak pun. Makan la lagi kak. Kesian baby nanti. Mereka perlukan susu akak juga. Akak tak makan macam mana nak hasilkan susu nanti". Aira memujuk Hana supaya memakan sedikit lagi.

"Akak tak ada selera Aira". Luah Hana.

"Nah! Buka mulut sekarang". Ketegasan Aira sudah muncul. Nak tak nak Hana terpaksa membuka mulut demi menjaga hati adik iparnya.

"Akak telan sahaja. Tak payah fikir banyak. Kalau rasa tak boleh lepas minum air ni. Tak sedap atau tak ada selera, Aira taknak dengar. Yang Aira tahu akak kena makan juga". Tegas Aira lagi.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now