Bab 29

9.6K 264 29
                                    

'Kenapa hati aku sakit sangat apabila Aira hendak gandingkan Hana dengan pakcik Fateh. Adakah disebabkan aku pernah menyayangi dan mencintai dia sebelum ini?. Ya Allah bantulah aku mengukuhkan perkahwinan kami walaupun aku masih lupa tentang dia. Sebulan lebih aku bersamanya, membuatkan aku bertambah yakin yang dia memang tercipta untukku. Layanan dia tidak dapat aku pertikaikan sedikit pun. Cukup lengkap dan sempurna hidupku sepanjang tempoh ini'. Aidil bermonolog sendiri sambil memerhati mata Hayla yang membulat memandangnya.

"Hayla tak tidur lagi ke?". Hana mengejutkan lamunan Aidil.

"Belum lagi. Terkebil-kebil duk pandang ayahnya dari tadi. Macam tahu-tahu sahaja ayah sudah nak tinggalkan dia". Jawab Aidil tanpa menoleh kepada Hana.

"Bagi Hana tidurkan dia. Abang bolehlah nak mandi dan solat. Sudah masuk waktu zohor. Sekejap lagi kita nak ikut Aira ke butik". Hana duduk di birai katil berhadapan dengan suaminya.

"Awak pernah rasa kecewa tak dengan saya?". Tanya Aidil tiba-tiba.

"Ermmm... Tak payah tahulah. Hana faham abang bukan sengaja pun. Semua yang berlaku adalah ketentuan Allah kan. Hana bersyukur sangat-sangat abang masih lagi bersama kami sehingga sekarang. Tak penting sebenarnya perasaan Hana". Walaupun penting sekalipun Hana tetap tidak mahu Aidil tahu betapa kecewanya dia sejak akhir-akhir ini.

"Awak terlalu baik dan sempurna untuk saya". Aidil mencari tangan Hana dan kemudiannya mengenggamnya erat.

"Abang pun sama". Hana melakar senyuman paling indah. Leka Aidil seketika sebelum jarinya menjelajah wajah Hana. Tertunduk malu Hana dengan tindakan tiba-tiba itu.

"Izinkan saya". Bibir mereka bertaut erat. Masing-masing terbuai dengan keasyikan yang sukar hendak digambarkan dengan kata-kata.

Setelah beberapa ketika mereka berkeadaan begitu, barulah Aidil melepaskan bibir Hana. Senyuman jelas tersungging dibibirnya sambil mengusap bibir Hana dengan ibu jarinya. Hana menundukkan pandangan.

"Saya akan cuba untuk jatuh cinta dengan awak sekali lagi". Dahi Hana pula mendapat singgahan bibir Aidil. Air mata yang laju menuruni pipi Hana disapu lembut oleh Aidil.

"Saya minta maaf kerana bersikap teruk dengan awak sejak saya sedar dari koma. Saya keliru dengan fikiran saya sendiri". Badan Hana diraih erat oleh Aidil. Tangisan makin meruntun.

"Terima isk.. isk.. kasih kerana iskk... iskk.. Bu..buka hati abang untuk Ha.. Hana sekali.. La..lagi... iskkk... iskk". Aidil menolak perlahan badan Hana yang melekat pada tubuhnya. Muka isterinya yang sembab dan merah itu ditatapi dengan teliti. Dahi Hana dikucup lagi dengab lembut. Sisa air mata yang merembas disapu dengan penuh berhati-hati.

"Tengok mama Hayla ni. Menangis lagi teruk dari Hayla". Hana tersipu malu kerana beria betul dia menangis.

"Uwekkkk... Buuu...". Jawab Hayla. Tergelak Aidil dengan Hana mendengarnya.

"Hariz dengan Haraz dengan siapa kat bawah?". Tanya Aidil. Baru sahaja menyedari ketiadaan dua lagi anaknya.

"Mereka dengan Mak Som dan Aira. Bagi Hana tidurkan Hayla, abang boleh la mandi dan solat dahulu". Hana berbaring untuk menyusukan Hayla. Si comel ni sampai sudah taknak menyusu dengan botol. Cap gantung juga pilihannya. Nasib baik dua hero itu dah boleh terima susu formula. Kalau tak, haru biru jadinya kalau hendak susukan ketiga-tiga mereka.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now