Aidil menyerahkan kepada takdir dan cuba menerima Airina dengan seikhlas hatinya walaupun keadaan Hana dan TripleH masih belum dia ketahui.
Akad sudah sudah dilafaz. Maka termeterailah ikatan di antara Aidil dan Airina itu. Senyuman bukan kepalang telah terpamer pada wajah si gadis itu. Sebaliknya pula pada riak si jejaka. Garis-garis kerisauan melakari setiap inci raut wajah.
Aidil duduk termenung di sebuah bangku memandang kenderaan yang lalu lalang silih berganti. Airis dan Aidan setia berada di sebelahnya.
"Kenapa Ayah kena kahwin dengan Mak Ngah? Bukan ke adik beradik tak boleh kahwin? Mama macam mana?". Airis, Anak daranya tiba-tiba bertanya.
"Ayah dengan Mak Ngah bukan adik beradik kandung. Ayah seorang sahaja anak atuk dan nenek. Lagipun ayah taknak keruhkan keadaan. Kita sama-sama berdoa mama dengan adik selamat ya". Berkerut dahi Airis mendengar jawapan balas dari ayahnya. Dia langsung tidak mengerti akan kata-kata itu, tetapi sebolehnya cuba untuk faham.
"Mak Ngah jahat ayah. Dia tembak nenek dekat kepala hari tu". Adu Aidan.
"Hah! Mak Som dah meninggal ke?". Aidil memegang bahu Aidan. Ingin tahu lebih lanjut.
"Aidan tak tahu. Tapi nenek dah tak bergerak lagi lepas jatuh ke lantai. Banyak darah keluar dekat kepala nenek". Jawab Aidan.
"Airis pun nampak ke?". Aidil menoleh memandang anak gadisnya pula.
"Tak ayah. Masa tu kami dikurung asing-asing kerana Aidan meragam dan tak ikut arahan Mak Ngah. Airis ada dengar bunyi tembakan". Beritahu Airis.
"Ya Allah. Kenapa kau kejam sangat Airina". Lantas Aidil mengusap lembut kepala Aidan. Kemudian diciumnya lama sebelum tubir mata sendiri kian digenangi cecair jernih.
Beberapa ketika kemudiannya, perbualan tiga beranak itu telah dikejutkan oleh kekecohan dan bunyi tembakan senjata api. Dari jauh Aidil melihat beberapa orang konco Airina sedang berbalas tembakan dengan anggota polis. Airina pula tidak kelihatan di mana-mana.
Aidil mengambil langkah pantas dengan berlari masuk ke dalam bangunan hotel untuk mencari perlindungan yang selamat. Pihak polis sudah bertindak dan dia perlu menjauhkan diri dan anak-anak dari Airina.
"Ayah! Mak Ngah kat sana!?". Tiba-tiba Airis menunjukkan tanganya ke arah pintu lift yang baru sahaja terbuka.
Mata Aidil tunak ke arah lift. Airina bersama dua orang pembantu kelam kabut keluar dari lift. Dengan segara dia mendukung Aidan manakala tangan kanan pula memegang kejap lengan Airis. Bersua dengan Airina adalah bencana yang amat besar buat mereka bertiga.
Agak lama Aidil bersama anaknya bersembunyi di anjung sebelah kanan hotel tersebut. Suasana hinggar binggar tidak lagi kedengaran. Dia tidak mahu munculkan diri sehingga mereka ditemui oleh pihak polis nanti kerana sudah tentu mereka akan mencarinya nanti.
"Ayah..." bisik Airis.
"Kenapa sayang?". Tanya Aidil lembut sambil mengusap kepada anaknya itu.
"Ada orang datang". Beritahu si comel Airis.
Aidil mengintai sedikit dari sebalik dinding tempat persembunyian mereka. Kelihatan dua orang lelaki berpakaian seragam polis sedang memerhati sekeliling. Mencari mereka.
YOU ARE READING
Suami Segera
RomanceHana seorang perempuan biasa yang berhijrah ke bandar setelah kematian suami dan anak-anaknya. Bertemu dengan Aidil seorang jurutera petrolium secara tidak sengaja. Aidil seorang duda muda yang mempunyai 2 orang anak. Pelbagai liku yang terpaksa Han...