Bab 49

5.2K 202 29
                                    

"Siapa sebenarnya Uncle yang Airina sanjung tinggi itu. Sampaikan ahli keluarga sendiri pun sanggup Airina khianati?". Aidil cuba melengahkan masa dan berharap Nadeem menyedari ada yang tidak kena dan keluar mencarinya secepat yang mungkin. Timbul rasa menyesal pula kerana tidak memberitahu lelaki itu ke mana dan dengan siapa dia perlu berjumpa sebelum keluar dari rumah.

"Uncle adalah Ayah angkat Airina yang banyak mengajar tentang kekejaman dunia. Dengan bantuan dialah Airina bangkit dan tinggalkan noda-noda kotor yang terpalit pada badan ini. Ketika Airina sudah berputus harap untuk hidup, dia sentiasa ada dan memberi sokongan supaya teruskan hidup walaupun hakikatnya banyak yang pahit dari manis". Airina cukup bangga bercerita mengenai Uncle itu.

"Sanggup Airina belakangkan mak dan abah yang besarkan kamu dua beradik dengan penuh kasih sayang". Aidil sangat kecewa kerana tidak berharga langsung kasih sayang yang dicurahkan selama ini.

"Penuh kasih sayang atau penuh rasa bersalah kerana telah menyebabkan kematian mama dan papa Airina. Abang ingat Airina tak tahu ke apa yang berlaku sebelum kemalangan itu. Ketika papa merayu untuk secebis bantuan kerana perniagaan papa bermasalah ada abah endahkan, malah menghalau mereka pergi. Cuaca sangat buruk ketika itu. Kereta yang papa pandu mengalami masalah dan akhirnya terbabas. Papa meninggal di pangkuan Airina. Mama pula cedera parah dan doktor cuma dapat selamatkan Aira. Mak, abah, abang dan Aira cuma pandai sakitkan hati Airina sahaja. Hanya Uncle seorang yang faham kesakitan Airina". Luah Airina.

"Kemalangan itu tidak ada kaitan dengan sesiapa. Airina pun tahu kan kenapa abah tak dapat bantu. Dia cuma seorang tentera yang berpangkat rendah sahaja ketika itu. Abah mana ada duit sebanyak yang papa Airina mahukan. Perkara ni mak dan abah sudah berkali-kali jelaskan kepada kita semua. Papa Airina minta abah cagarkan tanah kami dekat kampung, satu-satunya peninggalkan nenek moyang kami. Kalau tanah itu tergadai selama-lamanya kami tak tidak akan mampu untuk menebusnya lagi". Aku cuba perbetulkan keadaan walaupuan Airina langsung tidak mengendahkannya.

"Airina. Orang yang disanjung itu bukanlah orang yang baik kalau sanggup merogol Nelly begitu". Kata-kata Aidil telah menerbitkan tawa kuat dari Airina.

"Uncle tak rogol Nelly. Perempuan tu yang serahkan dirinya demi untuk cita-citanya. Uncle bukan islam dan tidak beristeri, jadi semua perkara tu adalah biasa buatnya. Perempuan tu yang bodoh sebenarnya, kerana sanggup meniduri lelaki lain demi kerjayanya. Airina cuma minta Uncle tolong singkirkan dia dari hidup abang. Tapi tak sangka pula Uncle tertarik dengan Nelly dan bantu dia berjaya menjadi top model tetapi terkandas kerana telah mengandung dan bersalinkan Airis semasa dalam kontrak. Dia datang lagi kepada Uncle. Kali kedua tidak mungkin boleh lepaskan diri. Maka jadilah Nelly tu perempuan pemuas nafsu Uncle sampai lahir Aidan dan tiga tahun selepas itu. Uncle memang nak terus jaga dia sampai bila-bila tetapi perempuan bodoh itu menolaknya". Terkesima Aidil mendengarnya.

"Sebelum Uncle pergi dia telah wasiatkan segala aset dan hartanya kepada Airis, Aidan dan juga Airina. Dia juga minta Airina bagi abang kunci peti simpanan ini dekat abang". Airina menghulurkan sebuah kotak kepada Aidil.

"Untuk apa?". Ucap Aidil geram.

"Bukalah dahulu. Kuncinya cap ibu jari abang. Jangan tanya macam mana Uncle boleh dapat cap jari abang". Tegas Airina.

Aidil memandang kosong ke arah kotak yang terletak di ribanya. Sungguh dia tidak jangka semua yang berlaku adalah perancangan jahat Airina.

"Kalau abang nak Hana dan budak-budak tu selamat baik abang buka sekarang!". Desak Airina yang sebenarnya tertanya-tanya tentang isi kandungan kotak itu.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now