Bab 17

8.5K 231 12
                                    

"Betul ke kau isteri aku? Apa yang jadi dengan Nelly?. Kenapa kau boleh jadi isteri aku?". Bertubi-tubi soalan diajukan kepada Hana.

"Ya sayalah isteri abang sekarang. Nelly dengan abang sudah berpisah". Jawab Hana perlahan.

"Apa kau buat sampai aku berpisah dengan Nelly dan kahwin dengan kau pula?". Bahu Hana dicengkam kuat.

"Sa..sa.. Saya tak buat apa-apa. Kita kahwin selepas abang berpisah dengan Nelly. Saya juga ibu susuan kepada Aidan". Jawab Hana. Gerun dengan renungan tajam Aidil.

"Kau mesti tipu kan". Dalih Aidil.

"Sumpah saya tak tipu abang. Abang dah tengok kan kad nikah kita". Mata Hana memandang ke arah kad nikah yang berada di sisi Aidil. Mata Aidil turut terarah ke tempat yang sama.

"Entah la. Sekarang semua benda boleh berlaku". Aidil mengeluh perlahan.

"Tak apalah. Mungkin hari ni abang tak ingat saya. Insyaallah esok lusa abang akan ingat juga. Sekarang ni yang paling penting abang kembali pulih ya. Cantik nama yang abang pilih untuk anak-anak kita". Hana menunjukkan kertas yang dia temui di dalam wallet Aidil tadi.

"Anak-anak?". Tanya Aidil pelik.

"Ya abang. Kita dapat kembar tiga. Dua lelaki dan seorang perempuan. Nanti saya bawa abang jumpa mereka ya". Ramah Hana bercerita walaupun Aidil hanya beriak biasa.

"Maaf. Aku tak ingat". Dingin sangat bicara Aidil.

"Nanti abang ingatlah. Abang nak makan apa-apa tak?". Tanya Hana. Tangannya lincah menyelongkar setiap laci almari yang diletakkan di sisi katil.

"Aku tak lapar. Kau boleh pergi. Aku nak tidur". Aidil menghalau Hana pergi. Rimas dengan ditemani wanita yang langsung dia tidak kenal.

"Tapi...". Hana mengeluh berat. Berair matanya memandang Aidil.

"Kau tak faham ke???". Tempik Aidil. Terangkat bahu Hana apabila disergah sedemikian rupa oleh orang yang dia sayang.

"Hana... Aidil... Kenapa ni?". Puan Hajar tiba dengan ditemani Aira.

"Halau perempuan tak tahu malu ni mak. Aidil tak suka dia asyik menempel dekat sini". Ujar Aidil.

"Apa abang ni. Kak Hana ni isteri abang la. Sudah menjadi tanggungjawab isteri untuk berada di sisi suaminya". Giliran Aira pula bersuara. Hana dipeluk erat bagi menyalurkan kekuatan.

"Masalahnya aku tak ingat pun dia. Yang aku ingat Nelly sahaja isteri aku". Tegas Aidil.

"Lagi-lagi Kak Nelly yang muncul. Kak Nelly dah lama tinggalkan abang dengan anak-anak dia. Kalau abang nak tahu, Airis dengan Aidan bukannya anak kandung abang pun. Kak Hana yang jaga mereka seperti anak dia sendiri. Aidan dia susukan dengan susunya sendiri. Aira tahu, abang mungkin tak ingat sekarang ni. Tapi Aira minta sangat-sangat, jangan berkasar dengan Kak Hana". Aira menghamburkan amarahnya.

"Apa kamu cakap ni Aira?. Betul ke Airis dengan Aidan bukan anak kandung abang kamu". Puan Hajar terpingga-pingga mendengarnya.

"Mak jangan nak percaya cakap Aira. Airis dengan Aidan anak saya la. Kau jangan nak memburukkan kakak ipar kau Aira. Kau ingat aku nak percaya". Marah Aidil lagi.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now