Bab 19

8.3K 214 9
                                    

"Kau merayap ke mana Aira sampai tak balik rumah semalam. Kau nak menyundal sekali dengan kakak ipar kesayangan kau tu ke?". Tengking Airina sebaik sahaja Aira sampai di rumah.

"Kau jangan nak suka-suka tuduh la dan jangan nak babitkan kak Hana. Aku tumpang tidur dekat rumah kawan. Takkan aku nak tinggal dekat rumah sorang-sorang. Nanti apa-apa jadi kau nak bertanggungjawab ke?". Aira kembali menengking kakaknya.

"Kau tu yang bengap. Aku call tak berjawab. Buat orang risau je. Aku balik tidur sini dengan kawan aku la. Menyesal tau tak". Airina menunjal kepala Aira yang sedang duduk di muka pintu.

"Kepala jangan main la". Marah Aira.

"Kenapa korang berdua ni. Bertekak sahaja kerjanya. Cakap elok-elok tak boleh ke? Aira ni dah bagitahu mak yang dia tidur rumah kawan sebab takut nak balik sorang-sorang". Puan Hajar muncul selepas membeli sarapan dekat gerai sebelah rumah mereka.

"Airina ni mak. Sikit-sikit cakap benda tak elok pasal Kak Hana. Macam la Kak Hana buat salah besar dengan dia". Adu Aira.

"Arrrghhh malas aku nak layan kau. Tepilah sikit. Aku dah lewat nak pergi kerja ni". Airina menolak sedikit badan Aira yang menghalang laluannya.

"Kejap Airina. Ambil nasi lemak ni buat bekal". Kalut Puan Hajar mengasingkan sebungkus nasi lemak di dalam plastik berasingan.

"Tak payah la mak. Bagi si Aira tu makan sahaja. Penat menyundal semalam mesti lapar budak tu". Sungguh kasar butir bicara Airini dengan orang yang membesarkannya.

"Hey!!! Kenapa kurang ajar sangat dengan mak". Marah Aira.

"Bukan mak aku pun. Mak kau sorang je". Balas Airina dan terus menghempas pintu myvi miliknya sekuat hati. Berdetum bunyinya. Terangkat bahu Puan Hajar kerana terkejut dengan tindakan Airina.

"Ya allah Airina. Sampai hati kamu buat mak macam ni". Puan Hajar mengurut dadanya. Kekasaran Airina makin menjadi-jadi sejak Aidil berkahwin dengan Hana. Bukan dia tidak pernah mencadangkan Aidil supaya mengahwini Airina tetapi anak lelakinya itu menolak mentah-mentah.

"Sabar ya mak. Biarkan dia tu". Aira memeluk erat Puan Hajar bagi mengurangkan rasa sedih dan kecewa akibat tindakan kakaknya Airina sebentar tadi.

"Dah-dah. Mak okay. Semuanya salah mak juga. Jom kita sarapan. Mak nak dengar cerita malam tadi dari awal hingga akhir. Anak dara mak ni dah pandai tidur rumah bakal mertua ya". Usik Puan Hajar.

"Mana adalah mak. Aira tidur rumah kawan sekolah la. Kan dah cakap dengan Kak Hana". Dalih Aira.

"Tak payah nak sorok dari mak la. Awal-awal lagi mak dah tahu". Jawab Puan Hajar sambil membuka bungkusan nasi lemak.

"Kak Hana ke yang bagitahu Mak?". Teka Aira.

"Tak. Bakal suami Aira la yang bagitahu". Tersembur nasi lemak yang baru sesuap masuk ke mulutnya.

"Ya Allah Aira. Makan tu elok-elok la. Dah nak kahwin pun makan gelojoh macam budak-budak lagi. Mak pun pelik kenapalah Doktor kacak macam tu pun boleh angau dengan kamu yang...". Sengaja Puan Hajar tidak menghabiskan ayatnya.

"Bila pula Aira nak kahwin ni. Calon pun tak ada lagi". Jaga kau Doktor perasan. Bebel Aira tanpa suara.

"Hujung minggu ni keluarga Fateh datang merisik dan meminang Aira. Mak dah setuju". Beritahu Puan Hajar. Walaupun hanya pertemuan singkat dengan Doktor Fateh sebentar tadi, dia yakin dengan keikhlasan anak muda itu.

"Apa mak ni. Tak tanya Aira pun. Aira tak setuju. Lagipun Aira tak sukakan dia". Ya ke tak suka Cik Aira sayang oii...

"Kalau tak suka kenapa ikut sampai ke rumah dia. Siap tidur sana lagi". Terdiam Aira sekejap.

"Mak.... Aira tumpang tidur aje la. Lagipun dia sorokkan kunci cik vavavom Aira. Macam mana Aira nak balik. Aira tidur dengan mak dia la, bukan tidur dengan dia pun. Takkan sampai kena kahwin kot". Masih tidak mahu kalah.

"Tak kiralah Aira nak bagi alasan apapun. Aira tetap mak akan kahwinkan dengan Fateh. Lagipun dialah orang dalam gambar yang Aira letak dekat belakang buku dekat rak buku tu kan? Kalau tak suka kenapa simpan gambar lama tu sampai sekarang". Puan Hajar membongkarkan rahsia yang dia ketahui lama dahulu.

"Hah! Ma..mana adalah mak". Kantoi jugak kali ni.

"Nak mak pergi ambilkan ke?". Puan Hajar mengangkat kedua keningnya.

"Mak! Aira tak sedia lagi. Kalau kahwin dengan dia mesti sampai sudah dia tak bagi Aira kejar cita-cita Aira nanti. Dia tu suka paksa orang ikut arahan dia". Alasan lain pula yang dicipta.

"Mak tak rasa begitu pun. Keputusan mak muktamad. Minggu depan merisik dan tunang terus. Lagi tiga bulan nikah dan kenduri. Boleh sekalikan dengan kenduri aqiqah anak abang kamu nanti". Rancangan sudah terbit dari mulut Puan Hajar. Maknanya Aira terpaksa akur.

"Suka hati maklah". Aira sudah menarik muka dan terus berlalu ke tingkat atas setelah membasuh tangannya.

"Apalah yang ada di dalam fikiran kamu nak. Kamu tunggu dia sejak dahulu lagi tetapi bila orang tu ajak kahwin mengelak pula". Puan Hajar tersenyum sendiri.

Di dalam bilik, Aira mundar-mandir sekeliling bilik tidurnya. Sekejap-kejap mengambil telefon. Nombor Doktor Fateh ditenung sahaja.

"Ring... Ring... Ring". Fateh calling....

"Kenapa suka-suka nak meminang orang ni???". Setelah skrin diseret ke kiri terus Aira menghamburkan amarahnya.

"Abang bukannya nak pinang orang. Abang nak pinang Aira. Jom keluar makan tengah hari dengan abang. Lepas solat zohor abang ambil Aira ya". Jawab Doktor Fateh.

"Hah! Elok juga. Hal kita perlu diselesaikan segera". Balas Aira.

"Tak sabar nak jadi isteri abang ya". Usik Doktor Fateh.

"Eeee... Tak inginlah kita. Orang nak bincang untuk tamatkan semua inilah. Aira tak bersedia lagi". Luah Aira.

"Okay sayang. Nanti kita bincang ya. I love you Aira?". Terus Doktor Fateh menamatkan panggilan sebelum bebelan Aira bermula.

"Hisy!!! Dia matikan pulak". Aira mendail kembali no telefon Doktor Fateh.

"I hate you!!!!". Jerit Aira sekuat hati setelah panggilannya berjawab.

"Benci tapi sayang". Doktor Fateh ketawa kecil dan kemudiannya terus bergerak kembali ke wad untuk meneruskan tugasnya.

"Hai Doktor. Senyum melerek nampak. Teringatkan siapa tu?". Tegur seorang jururawat senior.

"Eh! Tak adalah. Teringatkan mak saya dekat rumah. Boleh ke dia sorang-sorang kat rumah". Memang dia terfikirkan maknya. Mesti sunyi sebab tidak sesiapa dekat rumah. Kakak-kakaknya malam baru dapat pergi. Masing-masing sudah berkeluarga, banyak tugas dan tanggungjawab yang terpaksa mereka selesaikan terlebih dahulu.

"Takkan teringatkan mak senyum macam ni?". Doktor Fateh hanya buat tidak tahu sahaja. Dalam hati sudah berbunga dan seharum bunga durian.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now