(4) morning kiss

23.8K 355 7
                                    

Aidil tidak senang duduk di sofa kerana tangisan Aidan masih lagi kedengaran setelah beberapa ketika isterinya hilang ke bilik tidur. Tergopoh gapah dia berlari memanjat anak tangga dan terus ke bilik tidur. Terkejut Hana kerana Aidil tiba-tiba masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

"Kenapa tak susukan Aidan?" Soal Aidil.

"Tolong pujuk Aidan. Saya nak salin baju sekejap, susah nak susukan Aidan dengan baju ni." Hana kalut hendak berlalu ke bilik air. Tetapi Aidil sempat menarik tangan Hana.

"Mari abang tolong". Aidil menawarkan diri untuk menolong.

"Eh takpe la. Saya boleh buat sendiri". Hana segera menolaknya. Masih segan dengan Aidil.

"Jangan degil boleh tak. Zip tu macam tersangkut. Nak buat sendiri macam mana?." Aidan sudah kembali terlena di bahu Aidil. Perlahan-lahan Aidil meletakkan anaknya ke katil. Hana sudah mencicit berlari ke bilik air apabila Aidil leka menidurkan Aidan.

Di bilik air, puas Hana berusaha untuk membuka zip yang tersangkut itu sehingga berpeluh-peluh dibuatnya.

"Adoi kenapa la susah sangat nak buka zip ni." Keluh Hana. Timbul pula sesalan kerana memilih busana ini.

Aidil tersenyum senget memandang si isteri yang masih tidak menyedari kehadirannya. Siapa suruh tidak kunci pintu. Badan yang membelakanginya itu didekati dengan penuh berhati-hati. Lantas memegang bahu milik Hana. Tersentak isterinya itu kerana terkejut dengan kehadiran si suami secara tiba-tiba.

"Abang nak bantu taknak. Tengok masih tak boleh buka dari tadi". Pantas tangan Aidil menarik zip di belakang badan Hana. Sekali tarik terus dapat. Senang sangat. Hana menggigit bibir geram. Malu dan segan hanya dia sahaja yang tahu.

Aidil masih berdiri di belakang Hana. Merapatkan semula badannya. Perlahan-lahan tangannya melepaskan baju yang masih tersangkut di bahu Hana. Hana terkejut dan terkesima dengan tindakan itu sehingga kelu lidahnya untuk berkata-kata. Separuh dari jiwanya merelakan tindakan Aidil. Separuh lagi memberontak tidak mahu diperlakukan sebegitu.

Tubuh Hana kini hanya dibaluti inner wear merah hati kerana dress yang dipakainya sudah melurut ke bawah. Masih lagi kaku membelakangi Aidil dengan tangan melingkari bahagian dada. Malu dengan renungan suaminya itu. Peluh dingin merembas keluar apabila Aidil tiba-tiba mengucup lembut belakang tengkuknya. Tangan pula sudah menjalar di sekitar perut kempis milik Hana. Aidil ketawa kecil melihat figura Hana yang sedikit terkejut di dalam cermin di hadapan mereka.

"Sayang". Bisik Aidil perlahan ke telinga Hana. Hana menjadi semakin gundah. Matanya dipejam rapat-rapat dan hanya merelakan sahaja apa jua tindakan Aidil terhadapnya nanti. Tersenyum puas Aidil kerana dapat mengusik isterinya itu. Dia tahu Hana tidak akan menolak kalau dia bertindak ke fasa seterusnya. Tetapi dia tidak mahu terlampau memaksa kerana masanya akan tiba juga nanti.

"Sayang!!! Kenapa tercegak lagi. Sayang nak abang bukakan semua sekali ke?". Hana yang tersentap dengan sergahan Aidil itu terus terbuka luas matanya dan segera menoleh ke arah belakang. Aidil sudah berganjak dari posisi tadi dan bersandar di tepi pintu bilik air sambil memeluk tubuhnya.

"Cepat la sayang, Aidan dah nak menyusu tu". Aidil ketawa lagi apabila melihat Hana terkulat-kulat seperti baru tersedar dari lamunan.

"Ke sana la. Saya nak mandi ni". Hana sudah semakin malu apabila Aidil masih tercegak di situ.

"Yalah, abang tunggu dengan Aidan ya". Aidil mengalah dan berlalu ke katil. Ikutkan hati dia memang hendak terus mandi dengan Hana sahaja. Badan dia memang sudah betul-betul tidak selesa dan sedikit melekit.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now