"Dah jumpa suami kau ke dik?". Tegur Aidil apabila adiknya Aira dan Fateh berjalan sambil berpengangan tangan masuk ke dalam rumah semasa dia tengah menyusun bagasi milik keluarga besarnya untuk pulang ke rumah sendiri.
"Sibuk je". Aira membuat muka menyampah dengan kata-kata abangnya itu. Fateh hanya tersengih melihat keakraban dua adik beradik itu.
"Abang dah nak balik ke?". Tegur Fateh.
"Ya. Lama sangat kami berkampung dekat sini. Haru biru rumah ni dengan suara anak-anak abang". Beritahu Aidil.
"Apa yang haru birunya. Meriah jadinya dengan suara budak-budak ni. Lagipun Airis dengan Aidan bukanlah lasak pun. Baik-baik mereka semua tu". Fateh mengangkat bagasi terakhir ke dalam kereta Aidil.
"Kalau macam tu cepat-cepatlah buat anak. Dapat isteri bukan untuk dipandang sahaja". Tersengih Fateh mendengarnya. Tepat dan jitu.
"Insyaallah kami akan bagi menantu untuk Triple H abang tu". Celah Aira yang muncul kembali dari dalam rumah.
"Tak ingin aku hendak berbesan dengan orang tak berapa nak betul macam kau ni Aira". Aidil ketawa besar kerana dapat mengenakan Aira.
"Abang! Tengok abang Aidil ni. Dia cakap Aira tak betul". Adu Aira. Lengan Fateh digoyangnya.
"Sikit-sikit mengadu. Manja betullah kau ni Aira. Ada hati pula tu nak dapatkan kembar tiga macam kami ni". Aidil mendabik dada dengan bangga.
"Mana ada manja. Suami Aira doktor tau. Tak mustahil kami pun boleh dapat triple macam abang dengan kak Hana". Aira memeluk erat badan Fateh dari sisi. Tindakan spontan sebenarnya.
"Kenapa peluk-peluk dekat luar ni?". Bisik Fateh perlahan namun masih dapat ditangkap oleh Aidil.
"Dah miang tu Fateh. Baik kau bawak masuk bilik dan buat apa yang patut dekat isteri kau tu". Aira terus melepaskan pelukannya. Fateh pula tersenyum simpul memandang Aira yang sudah tidak tentu arah.
"Jom ke bilik sayang. Kita mandi sama-sama". Fateh menarik pinggang Aira supaya mendekati badannya.
"Errr...".
"Hurmm... Jom..". Fateh mendekatkan wajahnya ke telinga Aira yang masih berlapik itu.
"Ehem... Romantiknya..". Hana muncul dengan Hariz. Disusuli dengan Mak Som dengan Haraz. Hayla sudah tentu bersama dengan ayahnya.
"Eh! Kak Hana... Abang lepaslah. Malu....". Aira menepuk lembut tangan Fateh yang masih kekal di sisi pinggang kanannya.
"Kami dah nak balik ni. Nanti jemputlah bertandang ke rumah selepas balik dari berbulan madu. Buah tangan jangan lupa pulak". Ujar Hana.
"Ialah. Nanti kami datang". Aira menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Hana, Mak Som dan juga abangnya Aidil. Badan kakak iparnya dipeluk dengan erat.
Fateh pula bersalaman dengan Aidil dan berpelukan seketika dan kemudiannya masing-masing tergelak besar.
Puan Hajar muncul dengan mangkuk tingkat dan sebuah beg kertas yang agak besar. En. Hamid mengekori dari belakang, ingin bersama-sama menghantar anak menantunya pulang ke rumah.
YOU ARE READING
Suami Segera
RomanceHana seorang perempuan biasa yang berhijrah ke bandar setelah kematian suami dan anak-anaknya. Bertemu dengan Aidil seorang jurutera petrolium secara tidak sengaja. Aidil seorang duda muda yang mempunyai 2 orang anak. Pelbagai liku yang terpaksa Han...