Bab 43

6.6K 214 39
                                    

"Assalamualaikum Hana". Salam dari seseorang membuatkan Hana tersentak dari lamunannya.

"Waalaikumussalam...". Berkerut dahi Hana memandang seorang wanita berkerusi roda dengan seorang lelaki. Keduanya langsung tidak Hana kenali.

"Maafkan kami kerana mengganggu, akak tak kenal saya ke? uhukk.. uhukkk". Batuk yang panjang kedengaran cukup menyakitkan. Wajah wanita yang kelihatan pucat itu diamati dengan seribu kerutan.

"Nelly? Awak ni Nelly ke?". Hanya anggukan sebagai balasan. Berkaca matanya menahan sebak.

"Ya Allah Nelly. Kenapa tiba-tiba menghilangkan diri sebelum ini?". Tanya Hana sambil memegang bahu Nelly.

"Maafkan saya kak. Ada hal yang terpaksa saya lakukan ketika itu. Oh ya.. ini suami saya Nadeem". Nelly memperkenalkan suaminya kepada Hana.

"Kami berdua jumpa akak ni kerana ada hajat besar...".

"Nelly nak jumpa dengan anak-anak ke?". Terus Hana menekanya.

"Boleh ke kak?. Terus tangan Hana digenggam erat oleh Nelly.

"Kenapa tak boleh pulak. Nelly kan ibu kandung mereka. Sekejap lagi waktu sekolah mereka akan tamat, nanti bolehlah terus jumpa". Hana cukup gembira kerana Nelly datang untuk menemui anak-anaknya setelah beberapa tahun dia menghilangkan diri tanpa sebarang khabar dan berita.

"Reen dah cakap kan. Kak Hana ni baik orangnya. Tak mungkin dia tak benarkan kita berjumpa dengan Airis dan Aidan. Abang, cepatlah minta maaf dengan kak Hana". Nelly cukup gembira dengan penerimaan Hana itu.

"Reen? Maaf?. Ada apa ni Nelly? Akak tak fahamlah". Tanya Hana.

"Oh! Reen tu sayalah kak. Nama panggilan saya selain Nelly". Beritahu Nelly.

"Hurmmm... Hana, saya minta maaf kerana menceroboh rumah kamu tempoh hari...

"Allah! Awaklah orangnya, kenapa awak tergamak buat begitu. Cuba awak bayangkan kalau saya dengan anak-anak naik kereta tu". Terduduk Hana mendengar pengakuan dari suami Nelly itu.

"Hana tolong dengar penjelasan saya dahulu ya. Saya cuma menyelinap masuk ke dalam kawasan rumah tetapi tak berbuat apa-apa terhadap kereta keluarga Hana kerana alatan untuk sabotaj kereta itu telah tercicir". Jelas Nadeem.

"Awak ingat saya akan percaya semua kata-kata awak itu...

"Ya. Hana kena percaya sebab pada malam itu bukan saya sahaja yang berada di situ". Beritahu Nadeem lagi.

"Apa! Biar betul awak ni". Hana sungguh terkejut dengan pengakuan terbuka itu.

"Ya Hana. Pada malam itu saya tertangkap oleh seseorang di lorong berhampiran dengan dengan kawasan rumah awak dan dia telah mengambil nombor telefon saya. Saya berani bersumpah Hana, pada ketika itu saya hanya mampu memerhatikan Hana dengan Aidil dari bawah pokok ceri itu sahaja". Hana merenung Nelly dan Nadeem silih berganti.

"Siapa orang yang awak maksudkan itu?". Tanya Hana.

"Kami tidak pernah bersua muka kerana pada malam tersebut masing-masing memakai topeng untuk menutup muka. Baru-baru ini dia pernah hubungi saya untuk mengajak sertai agendanya. Selepas itu dia tidak hubungi saya lagi selepas hajatnya ditolak. Saya rasa dia seorang perempuan kerana melalui bentuk badannya kelihatan kurus dan rendah sedikit berbanding saya". Bersungguh-sungguh Nadeem menjelaskan situasi sebenar kepada Hana.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now