"Morning semua". Aira menyapa semua anggota keluarganya yang sedang duduk di ruang tamu.
"Morning apanya. Sudah hampir pukul dua belas tengah hari ni". Jawab Puan. Hajar.
"Hampir tu maknanya belum kan? Jadi kira morning la lagi". Aira melilau mencari seseorang.
"Laki kau dah tinggalkan kau. Kesian Fateh dapat isteri macam kau ni Aira". Aidil sengaja mencetuskan amarah adiknya.
"Mak... Tengok abang tu. Fateh mana mak? Tak nampak pun dia". Lengan Pn. Hajar digoyang perlahan.
"Katanya ada hal dekat hospital". Jawab Pn. Hajar acuh tak acuh.
"Hospital?". Berkerut dahi Aira memikirkannya. Setahu dia Fateh sudah mengambil cuti selama dua minggu iaitu sehingga mereka kembali dari bulan madu nanti. Esok pula pagi-pagi lagi mereka akan berlepas ke Tokyo.
"Kan... Aku dah kata suami kau lari. Dia mana ada kerja pun dekat hospital tu. Kalau tak percaya cuba kau call dia". Kata-kata Aidil menyebabkan Aira tidak senang duduk.
"Hisy kamu ni Aidil. Kenapa usik adik macam tu. Tengok terus naik ke bilik semula. Makan pun tak lagi dia tu". Tegur En. Hamid.
"Biar dia rasa abah. Semua nak ikut kepala dia sahaja. Aidil rasa macam ada sesuatu yang tak kena sahaja. Fateh nampak tidak bermaya sahaja pagi tadi. Asyik mengelamun pulak tu". Beritahu Aidil.
Di tingkat atas Aira tidak senang duduk. Sekejap-sekejap di bangun kemudiannya duduk kembali.
"Mana telefon aku ni". Aira menyelongkar barang-barang di atas meja soleknya.
"Ni pun kau". Hampa kerana tiada mesej atau panggilan tidak berjawab dari Fateh.
"Mana abang pergi ni?". Keluh Aira.
Nombor Fateh ditekan dan menunggu dalam debar. Tidak berjawab. Aira mencuba sekali lagi. Masih juga sama.
"Hospital! Ya. Aku kena ke sana". Aira melompat turun dari katil menuju ke almari baju. Hanya cardigan yang dicapai beserta sehelai tudung sarung.
Tergopoh gapah Aira menuruni tangga. Mata-mata yang memandang tidak dihiraukannya.
"Aira nak ke mana?". Tegur En. Hamid.
"Keluar". Sepatah sahaja jawabnya.
"Cari suami ke dik?". Perli Aidil pula. Aira buat tidak endah dan terus menyarungkan kasut ke kakinya. Grab yang dia tempah sebentar tadi sudah sedia di luar pagar rumah.
Di dalam perjalanan Aira cuba menelefon lagi dan lagi. Masih tidak berjawab. Aira menggesa pemandu grab supaya meningkatkan sedikit kelajuan memandangkan keadaan jalan agak lancar.
Tiga puluh minit kemudian Aira tiba di perkarangan hospital daerah. Setelah membayar duit tambang dia terus berlari menuju ke pejabat suaminya. Nasib baik dia sudah diberikan kunci sebelum ini.
Kosong. Fateh tidak ada di dalam pejabat.
"Mungkin tengah memeriksa pesakit dekat wad. Bukan ke sudah cuti. Kenapa nak kena buat rondaan dekat wad lagi". Bebel Aira sendiri. Nombor Fateh didail lagi.
YOU ARE READING
Suami Segera
RomanceHana seorang perempuan biasa yang berhijrah ke bandar setelah kematian suami dan anak-anaknya. Bertemu dengan Aidil seorang jurutera petrolium secara tidak sengaja. Aidil seorang duda muda yang mempunyai 2 orang anak. Pelbagai liku yang terpaksa Han...