"Akhirnya tak payah hidu bau hospital yang meloyakan!". Jerit Aira setelah memasuki rumah abangnya.
"Sssshh.. Baby tidurlah". Tegur Hana lembut.
"Alamak... Sorry". Tersengih-sengih Aira memandang kakak iparnya.
Aidil memandang sekeliling rumah. Susun aturnya sudah tidak seperti dahulu lagi. Banyak benda dan perabot sudah bertambah dan beralih tempat. Gambar Nelly yang menghiasi dinding sebelah kiri ruang menonton sudah bertukar kepada gambar matahari terbenam.
Aidil bergerak lagi ke arah almari yang diletakkan bersebelahan tangga untuk ke tingkat atas. Masih di tempat yang sama cuma frame gambar yang tersusun rapi diatasnya sudah berubah rupa. Frame yang berisi gambar budak lelaki sedang meniup lilin di atas kek dipandang penuh makna. 'Seiras dengan Aidan. Tak mungkin. Aidan belum pun berumur setahun'. Aidil berbicara sendiri.
"Ini Aidan masa harijadi dia awal tahun baru ni. Umurnya sudah tiga tahun lebih". Jelas Hana setelah meletakkan dua orang anaknya ke dalam baby coat. Yang lelaki ni senang sangat tidur. Si Hayla sahaja yang masih galak tersenyum apabila memandang memek muka ucu Airanya.
"Seingat aku Aidan belum lagi setahun". Hana senyum sahaja apabila mendengarnya.
"Jom Hana teman abang ke bilik. Abang kena banyak rehat lagi ni". Hana menarik tangan Aidil.
"Tak payah. Aku naik sendiri. Kau tu yang kena banyak rehat. Mulai hari ni kau dengan anak-anak tidur dekat bilik bawah dahulu". Terkesima Hana mendengarnya. Suami sendiri menghalaunya keluar.
"Apa abang ni. Kenapa Kak Hana kena tidur bilik asing-asing pulak". Aira turut mencelah.
"Hisy! Semak betul aku. Perihatin pun salah. Kakak kau kan nak kena betul-betul sembuh. Bukan ke dia operate masa bersalin hari tu. Takkan nak kena turun naik tangga ni pulak. Dekat tingkat atas mana ada dapur". Balas Aidil.
"Tak payah cari alasan la abang. Kak Hana dah habis pantang pun. Sudah dua bulan lebih kan". Bengang betul Aira dengan perangai abangnya.
"Tak apa Aira. Akak rasa memang patut akak duduk kat bilik bawah sahaja. Dengan Triple H tu jenuh akak nak ulang alik kalau nak turun masak ke apa nanti". Hana cuba menjernihkan keadaan walau hatinya terasa perit.
"Tak payah turun naik pun akak. Aira sudah carikan pembantu rumah untuk bantu akak nanti. Akak fokus kepada diri sendiri dan anak-anak sahaja". Jawab Aira.
"Kau ni kan memang suka masuk campur betul la. Semak tau tak". Tengking Aidil.
"Abah yang suruh Aira carikan pembantu rumah untuk kamu. Isteri kamu ni nak kena jaga anak kecil. Mana sempat dia nak uruskan rumah termasuk Airis dan Aidan lagi". En. Hamid muncul bersama isteri dan dua lagi cucunya.
"Ayah!". Jerit Airis dan Aidan serentak. Segera keduanya menerpa ke arah Aidil yang masih berdiri di tangga. Aidil memandang sepi. Airis sudah semakin tinggi. Hampir menyamai ketinggian Aira. Aidan pula sudah hampir paras pinggangnya.
"Mesti abang terkejut kan tengok mereka. Makin comel dan kacak kan?". Aidil meneliti kedua-duanya, wajah seiras dengan Nelly.
"Ayah... Mama cakap ayah akan bawak Aidan pergi taman. Betul ke?". Aidan menggoyangkan lengan Aidil.
"Okay. Jom kita pergi sekarang". Aidil mengangkat Aidan dan berjalan menuju ke pintu tanpa menghiraukan pandangan mata-mata yang ada di situ. Dia perlu lari buat seketika.
YOU ARE READING
Suami Segera
RomanceHana seorang perempuan biasa yang berhijrah ke bandar setelah kematian suami dan anak-anaknya. Bertemu dengan Aidil seorang jurutera petrolium secara tidak sengaja. Aidil seorang duda muda yang mempunyai 2 orang anak. Pelbagai liku yang terpaksa Han...