Sedang Aidil leka bersiap di dalam salah satu bilik di rumah Nadeem. Tiba-tiba bilik itu diterjah sehingga terbuka luas pintunya. Aira muncul sambil bercekak pinggang yang sudah hilang kelangsingannya.
"Abang jangan nak buat gila boleh tak? Kenapa perlu nikah dengan orang macam tu. Dah berjangkit gila dia tu ke?". Marah Aira apabila mengetahui abangnya tengah bersiap sedia untuk bertemu kakaknya Airina dan mereka akan nikah sekejap lagi.
"Abang tak ada pilihan lain Aira. Abang terpaksa mengikut sahaja supaya anak dan isteri abang tidak diapa-apakan". Aidil memegang bahu adiknya bagi menghilangkan ketegangan.
"Pihak polis kan dah tahu lokasi kak Hana dengan anak-anak. Biarlah mereka uruskan". Aira bimbang Aidil pula yang diapa-apakan nanti.
"Polis pun belum dapat bagi jaminan isteri dan anak-anak abang ada di tempat persembunyian itu. Mereka mungkin berada di tempat berasingan. Banyak lagi kemungkinan yang bermain di dalam kepala abang ni. Nikah sahaja Aira. Bukan masalah besar bagi abang kalau hendak dibandingkan dengan keselamatan orang yang abang sayangi". Aidil memang nekad untuk mengikut rentak Airina.
"Tapi Aira risau la. Abang macam masuk ke dalam sangkar buaya pula. Mempertaruhkan diri sendiri". Sempat pula Aira berkias.
"Kerana itu sahaja caranya". Jawab Aidil.
"Kalau cara ni tak berjaya selamatkan kak Hana dan anak-anak macam mana?". Tanya Aidil.
"Sekurang-kurangnya abang cuba. Lebih baik daripada abang duduk menunggu sahaja". Kata Aidil lagi sambil membetulkan alat perhubungan pada butang baju kemeja yang dipakainya. Alat itu untuk membantu Aidil berhubung dengan pihak polis jika sesuatu yang berbahaya berlaku.
"Aira tetap rasa semua yang abang buat ni tak selamat. Hati Aira rasa semacam sahaja". Aidil tersenyum mendengar kata-kata adiknya itu. Perwatakkan cukup berbeza dengan kakaknya Airina.
"Aira patut risaukan diri Aira ni sebelum risaukan abang. Nyawa baru sedang menanti untuk mengenal dunia tu kena jaga baik-baik. Jangan banyak fikir dan lasak-lasak sangat". Aira menjulingkan mata apabila pasal dirinya disentuh.
"Aira tahulah nak jaga diri macam mana". Kata Aira sambil mencebikkan bibirnya.
"Cantik sangat buat muka macam tu. Menurun dekat baby baru tahu". Membulat mata Aira mendengarnya.
"Abang ni... Aira serius la. Hurmmm... Apa kata Aira ikut abang pergi jumpa Airina tu?. Mana tahu dia nak dengar cakap Aira. Kami kan adik beradik kandung". Cadang Aira. Masih tidak berputus asa dan berharap Aidil akan membawanya bersama.
"Aira. Dengar apa abang nak cakap ni. Airina tu tak akan apa-apakan abang. Dia mahukan abang sahaja. Yang abang risaukan adalah kamu Aira, mak, abah, Fateh dan juga Nelly dengan Nadeem. Kawan-kawan rapat kita yang lain juga mungkin menjadi target Airina. Airina sekarang bukan yang kita kenal lagi. Dia banyak terlibat dengan kumpulan tak baik peninggalan bapa angkatnya". Lantas Aidil menggenggam erat tangan Aira dan menariknya sama-sama duduk di birai katil.
"Aira malu ada kakak macam tu. Kenapalah dia tak mati sekali semasa kemalangan dahulu". Sumpah Aira sambil mengetap giginya. Bengang dengan sikap jahat kakak kandungnya.
"Ya Allah Aira. Kenapa cakap macam tu dekat kakak. Buruk macam mana pun dia tetap satu-satunya saudara kandung yang Aira ada. Dia telah lalui macam-macam perkara yang kita tidak pernah tahu. Salahnya cuma terlampau cintakan orang yang tidak tepat sehingga menimbulkan iri hati dan dendam. Abang pun tak pernah nak cuba buka hati abang untuk menerima dia. Kalau abang cuba perkara ni tak akan berlaku". Keluh Aidil berat.
YOU ARE READING
Suami Segera
RomanceHana seorang perempuan biasa yang berhijrah ke bandar setelah kematian suami dan anak-anaknya. Bertemu dengan Aidil seorang jurutera petrolium secara tidak sengaja. Aidil seorang duda muda yang mempunyai 2 orang anak. Pelbagai liku yang terpaksa Han...