"Kenapa mak ngah ikat kami macam ni?. Apa salah kami?". Aidan memandang sayu ke arah Airina yang sedang membelek-belek sebilah pisau di tangannya.
"Siapa mak ngah kau. Aku tak ada apa-apa hubungan dengan kau. Kalau kau nak tahu, kau tu anak haram. Aidil tak layak jadi ayah kau. Hanya anak dari perut aku sahaja yang layak". Sergahan Airina membuatkan Aidan menikus seketika. Airina tersenyum mengejek dan kemudiannya dia ketawa terbahak-bahak bagai kerasukan.
"Mak ngah tolong, Aidan nak ke bilik air. Aidan dah tak tahan ni". Aidan kembali bersuara apabila ketawa Airina reda.
"Kencing dan beraklah kau kat situ. Jangan harap aku lepaskan kamu semua". Airina terus melangkah keluar dari bilik yang digunakan untuk mengurung tebusannya. Triple H pula dia tempatkan di sebuah pusat jagaan milik kenalannya untuk buat sementara. Cukup bijak sekali dia mengaburi mata rakan-rakannya.
Tangisan dan raungan Aidan disenyapkan dengan suntikan sejenis cecair jernih yang merupakan ubat tidur. Airis hanya senyap dan berpura-pura tidur sahaja kerana bimbang dia turut di apa-apakan oleh Mak Ngahnya. Melalui hujung mata, Airis mengintai ke segenap ruang di dalam bilik yang menjadi tempat kurungan dia dan adiknya. Kelibat adik kembarnya tidak kelihatan. Begitu juga dengan pengasuh mereka, Mak Som.
"Dum!!!". Pintu bilik dihempas kuat. Terangkat bahu kecil Airis kerana sangat terkejut. Dengan perlahan dia membuka matanya. Mak ngah Airina sudah tidak kelihatan. Aidan yang sudah tidak sedarkan diri dipandang dengan penuh hiba. Adiknya itu sudah kebasahan kerana rayuannya sebentar tadi tidak diendahkan oleh mak ngah Airina.
Airis cuba bergerak sedikit untuk mendekati Aidan yang berada di sudut dinding bilik, namun pergerakannya sangat terbatas kerana kaki dan tangannya berikat.
'Ya Allah, Engkau lindungilah kami semua'. Rintihan kecil terbit dari bibir milik Airis. Kini dia hanya mampu menunggu sahaja sehingga mereka diselamatkan.
Airina tersenyum puas apabila dapat melaksanakan rancangan jahatnya. Nyawa-nyawa Hana kini berada di dalam genggamannya. Apabila tiba masa yang sesuai dia akan tamatkan riwayat semua orang yang Aidil sayangi. Hati dan jiwanya tercalar apabila lelaki itu berkali-kali menolak cintanya seperti segumpal sampah yang sangat jijik dan kotor. Obses Airina terhadap Aidil telah merosakkan nurani dan perikemanusiaan yang dimilikinya. Kerana dendam dia sanggup melakukan apa sahaja, termasuk membunuh sekalipun.
✳✳✳✳✳
"Nelly, akak kena keluar cari anak-anak. Sampai bila kita hendak tunggu macam ni. Akak rasa tak sedap hati sangat-sangat". Mata Nelly bergerak ke kiri dan kanan mengikuti Hana yang mundar mandir di sekitar ruang tamu rumah milik Nadeem.
"Sabarlah kak, biar pihak polis yang cari mereka. Insyaallah anak-anak kita akan selamat". Nelly cuba memujuk Hana yang kelihatan sangat terganggu kerana sudah tiga hari berlalu tetapi masih tidak ada sebarang berita mengenai anak-anaknya dan juga Mak Som.
"Nelly nak akak sabar macam mana lagi?. Mereka adalah segala-galanya bagi akak. Akak risaukan keselamatan mereka". Rintih Hana lagi.
"Ya akak. Saya tahu mereka adalah segala-galanya buat akak. Saya pun begitu juga. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa risaunya saya ni kak". Nelly cuba untuk lebih kuat. Air mata yang bertakung di tubir matanya dia seka sepantas kilat bagi mengelakkan dari pandangan Hana. Seteruk manapun dia, hati Nelly turut dirundung gundah apabila memikirkan keadaan anak-anaknya yang masih tidak dapat dikesan keberadaannya.
YOU ARE READING
Suami Segera
RomantikHana seorang perempuan biasa yang berhijrah ke bandar setelah kematian suami dan anak-anaknya. Bertemu dengan Aidil seorang jurutera petrolium secara tidak sengaja. Aidil seorang duda muda yang mempunyai 2 orang anak. Pelbagai liku yang terpaksa Han...