"Kesian Aira...". Tiba-tiba Hana bersuara selepas meletakkan Haraz dan Hariz ke atas katil mereka.
"Kenapa pula nak kesian?". Tanya Aidil.
"Yalah. Ini kali pertama dia bercuti ke luar negara. Sepatutnya kita pergi airport tadi". Luah Hana.
"Ingat kenapalah tiba-tiba kesiankan budak Aira tu. Memang niat kita nak pergi kan. Dah Mak Som tak berapa sihat. Anak-anak kita ni manja betul. Nak orang berkepit sahaja dengan dia". Aidil memandang Hana sedang baring mengiring berhadapan dengannya.
"Yalah. Memang manja pun. Macam Ayah mereka la". Hana tersenyum sumbing.
"Amboi... Cakap saya manja ya". Aidil menarik badan Hana ke dalam pelukkannya.
"Betul kan?".
"Taklah. Mana ada".
"Ada...".
"Suka hatilah".
"Abang...". Melerek manja campur miang sedikit suara Hana.
"Hurmmm".
"I love you". Ucap Hana perlahan. Hujung jarinya menari-nari di dada Aidil.
"I love you too". Balas Aidil. Hana tersenyum bahagia mendengar jawapan balas dari suaminya.
"Abang... Betul ke abang langsung tak ingat tentang kita?". Tanya Hana.
"Hurm... Lantaklah. Tak ingat pun tak apa, Saya tetap cintakan awak juga". Jawab Aidil. Tangannya menangkap tangan Hana yang sedang leka mengerjakan dadanya yang terdedah itu.
"Terima kasih abang. Dua kali abang luahkah cinta dekat Hana. Bahagia sangat-sangat". Hana mendongakkan wajahnya. Pipi Aidil dicium lama. Kemudiannnya sekilas di bibir suaminya.
"Kenapa goda saya ni?". Aidil mengetatkan lagi pelukkannya sehingga terasa lekuk badan Hana.
"Tak salah kan?". Jawab Hana.
"Memang tak. Tapi saya yang tak tahan". Hana tersengih dengan sebaris gigi yang tersusun rapi.
"Memang tak penting dah sekarang sama ada saya ingat ataupun tidak. Hati saya memang sudah dimiliki oleh seseorang yang cukup istimewa. Walaupun awak bukan yang pertama, tetapi awaklah yang terakhir untuk saya". Aidil merenung ke dalam mata Hana yang sedikit demi sedikit merembaskan cecair jernih. Terharu dengan kata-katanya.
"Air mata ni kalau hendak keluar tak apa asalkan untuk sesuatu yang gembira dan bahagia sahaja". Lantas Aidil menyeka pengaliran cecair itu. Dahi Hana dikucup lembut. Lama.
"Mari baring sini". Aidil menghulurkan lengannya untuk dijadikan bantal buat isteri yang dicintai. Hana memgesotkan badannya, kepala diletakkan perlahan-lahan. Mukanya disembamkan ke dada sasa Aidil.
"Selamat malam abang. Hana cintakan abang hari ini, esok dan selama-lamanya". Ucap Hana perlahan. Aidil hanya menguntum senyum dan mengeratkan lagi pelukannya.
Lena mereka terganggu taktala jarum jam hampir mencecah pukul dua pagi. Raungan Hayla cukup membingitkan telinga. Nyaring betul suara anak dara itu.
YOU ARE READING
Suami Segera
RomantizmHana seorang perempuan biasa yang berhijrah ke bandar setelah kematian suami dan anak-anaknya. Bertemu dengan Aidil seorang jurutera petrolium secara tidak sengaja. Aidil seorang duda muda yang mempunyai 2 orang anak. Pelbagai liku yang terpaksa Han...