Bab 10

12.3K 304 10
                                    

Bahagia yang diangankan menjadi nyata. Surat Nelly mengubah segalanya. Seteruk manusia seperti Nelly, rupanya masih tersimpan sifat perikemanusiannya. Aidil dan Hana nekad menjaga amanah Nelly sebaik mungkin walaupun ternyata Airis dan Aidan bukan anak Aidil. Mereka akur dengan ketentuan Allah. Nelly yang melakukan kesilapan bukannya anak-anak syurga itu.

"Kakak... Jangan pergi dekat sangat dengan air". Jerit Hana. Aidan pula leka bermain pasir di sisi. Setahun telah berlalu. Bahagia yang dinanti membuahkan hasil. Hana mengusap lembut perutnya.

✳✳✳✳✳

"Abang!!! Tolong...". Hana menjerit nyaring di bilik air. Perutnya yang agak bulat dan besar itu terasa mengeras dan sakit mencucuk di segenap ruang.

"Sayang!!! Kenapa ni? Ya Allah, banyaknya darah. Sayang jatuh ke ni?". Aidil panik apabila melihat darah pekat mengalir dari celah kangkang isterinya yang bersandar di tub mandi mereka.

"Tak abang... Perut tiba-tiba sakit sangat. Tengok-tengok darah keluar banyak sangat". Adu Hana.

Tanpa menunggu lama, Aidil terus mengangkat Hana keluar dari bilik air dan perlahan-lahan meletakkannya di atas katil. Selepas itu dia bergegas mencari baju bersih untuk isterinya.

"Mari abang pakaikan baju. Kita ke hospital sekarang. Darah keluar banyak sangat ni. Takut jadi apa-apa dekat baby. Due lambat lagi kan?". Aidil menyarungkan kemeja baggy ke badan Hana untuk dipadankan dengan skirt kembang berwarna hitam.

"Due lagi dua bulan. Ya Allah...". Memerah muka Hana menahan sakit. Lengan Aidil dicengkam sekuat hatinya.

"Jom ke hospital". Aidil terus mengangkat Hana. Barang-barang kelengkapan bersalin memang telah siap sedia di dalam kereta.

Pemanduan Aidil agak perlahan kerana berlakunya kesesakkan lalu lintas diluar jangkaan.

"Abang!!! Lambat lagi ke? Sakit sangat ni. Ya Allah!!!". Hana mengeliat ke kiri dan kanan. Serba tidak kena dibuatnya. Berbeza sungguh kesakitan kali ini kalau hendak dibandingkan dengan yang sebelumnya.

"Mengucap banyak-banyak sayang. Dah nak sampai ni". Tumpuan Aidil sedikit terganggu dengan kegelisahan isterinya itu.

"Ikut abang sayang. Kita selawat sama-sama. Minta Allah kurangkan kesakitan yang sayang rasa". Pujuk Aidil. Hana kembali bertenang apabila mendengar kalimah-kalimah meniti di bibir suaminya. Dia pun turut bersama berselawat dan berdoa.

Hana terasa penat sangat-sangat. Matanya memberat dan akhirnya tertutup rapat. Panggilan dari Aidil tidak mampu lagi disahutnya.

Sampai sahaja di perkarangan wad bersalin, Aidil terus mengangkat Hana yang sudah tidak sedarkan diri.

"Tolong!!! Nurse!!! Panggilkan doktor cepat. Isteri saya tidak sedarkan diri ni". Aidil betul-betul kalut memandangkan keadaan Hana cukup membimbangkan dengan wajah pucat lesi seperti tidak berdarah langsung.

"En. Tunggu kat luar ya". Aidil mengudur keluar dari bilik bersalin selepas di halang oleh jururawat yang bertugas.

"Ya Allah. Selamatkanlah isteriku". Mohon Aidil. Pakaiannya yang kotor dengan darah Hana dibiarkan dahulu. Keadaan Hana keutamaannya kini.

Beberapa ketika Hana disorong ke wad bersalin barulah pintu itu terkuak kembali. Seorang doktor menghampiri Aidil.

"Encik ni suami Puan Hana?". Seorang doktor wanita menegur Aidil yang tunduk berteleku memandang lantai.

Suami SegeraWhere stories live. Discover now