1

142 4 0
                                    

Happy new year

Gia p.o.v

Aku memegang gelas yang berisi air sirap. Suasana party ini semakin meriah apabila Chris memasang muzik rancak kemudian membawa Mila, isterinya menari.

Aku ikut bertepuk tangan sambil bergoyang ke kiri dan kanan di tempat dudukku.

Kalaulah dia berada di sini. Aku pasti tidaklah sebegini teruk aku merasa kesunyian. Aku tidak kisah dihina dengan gelaran syok sendiri, asalkan dia tidak tahu tentang perasaan aku terhadapnya. Dia baik, sentiasa baik pada aku. Tidak pernah pandang serong terhadapku walaupun aku tidak pandai bergaya, tidak popular dalam kalangan rakan-rakan dan aku tidak cantik. Tapi, perasaan aku ini terhadapnya membuatkan aku merasa akulah yang paling bertuah di dalam dunia ini. Ia membuat aku yakin, bahawa aku bisa memiliki semua yang aku inginkan. Hanya dengan menatap senyumannya dari kejauhan. Aku tidak akan menyesal lagi jika aku ditakdirkan mati pada saat itu juga.

"Happy new year!"

Sorakan gembira dari teman-teman rapatku membuatkan khayalanku bertaburan di udara.

Aku mengesat hidungku yang mula berair begitu juga dengan kelopak mataku.

"Guys.."

Mila bersuara. Mungkin dia telah pun perasan dengan keadaan ku yang bersedih seorang diri.

"Gia, kau okay tak ni?"

Chris bertanya. Aku tidak menjawab. Menggeleng tidak mengangguk juga tidak.

"Ow.. Gia, janganlah macam ni. Semangatlah sikit."

"Sorry Mila. Aku tiada niat hendak merosakkan party kau. Tapi aku rindukan bapa aku. Kau tahu kan, krismas lepas pun aku tak dapat balik, cuti hujung tahun ini pun aku tak balik juga. Aku rindukan dia."

Itu betul. Aku rindukan bapa aku dan dia.

"Aku pun hairan dengan kompeni kau tu. Kenapa susah sangat nak bagi kau bercuti."

"Tak apalah, Teddy. Bukan rezeki aku nak bercuti tahun ni. Mungkin tahun depan barulah sampai giliran aku, kan. Sabar jelah."

"Kau janganlah sedih sangat, Gia. Tulah kau, kami hendak kenalkan kau pada James, kau tak nak. Kalau kau ada boyfriend rasanya taklah kau sedih sangat sampai macam ni."

"Aku tak perlukan boyfriend, Alia. Korang semua ni dah cukup buat aku. Persahabatan kita dari zaman sekolah lebih bernilai bagi aku daripada hubungan cinta dengan orang lain."

"Betullah juga. Kan bagus kalau Roger ada sama-sama dengan kita malam ni. Dia selalu berhasil memujuk kita-kita yang bersedih macam dulu-dulu tu."

Buat seketika kami membisu. Kami amat menghormati silent moment. Aku pandangi Chris, Mila, Alia, Teddy, Jeny dan Hans bergiliran.

"Roger baik dengan kita semua. Walaupun dia kaya dan ternama, dia tidak peduli dengan latar belakang kita. Dia hanya mahu bersahabat dengan kita. Kalau diingat semula, dia lebih akrab dengan Gia sebab Cikgu Harris selalu pasangkan diaorang asal ada projek sekolah."

"Yalah kan. Aku masih ingat lagi, dia mati-mati nak tarik perhatian Gia sebab hendak Gia buatkan bekal untuk dia. Roger memang gila."

"Tapi itulah kan, dia tu pewaris perusahaan keluarga dia. Jadi dia kenalah ikut kemana saja family dia pergi."

Kami bersandaran bahu sesama sendiri.

Kau bertabahlah wahai hati. Tapi tidak mampu lagi...

Sob... sob.. sob...

Tangisan ku memecahkan silent moment kami. Mila mengangkat kepalanya dari bahu Chris.

Dear, GiaWhere stories live. Discover now