7

43 4 0
                                    

Family matter

Gia p.o.v

"Gia?"

Suara Uncle Tony kedengaran memanggil ku dari ruang makan.

"Dalam sini, Pop."

Aku menyahut. Aku memanggil Uncle Tony dengan gelaran Pop.

"Banyak Gia masak? Ada orang lain nak datang ke?"

"Tak adalah. Kita berdua je."

"Oh, jadi ini kira special lah ni?"

Aku membalasnya dengan senyuman. Padahal dia tahu, hari ini ialah hari terakhir aku di sini. Minggu depan aku akan mula bekerja di tempat baru dan tinggal di rumah baru. Sedih pula rasanya.

"Gia, aku nak cakap sikit dengan kau."

"Oh, okay."

"Ini pasal mak dan bapa kau."

Aku terkaku seketika. Aku mengelap tangan lantas mencapai jag berisi sirap oren dan mendapatkan Pop di meja makan.

Aku menuangkan sirap ke dalam gelas. Tidak dinafikan, perasaan ku berdebar-debar. Ini kerana Pop tidak pernah bercerita pasal ayah dan ibu kandung aku sebelum ini. Aku kira dia tidak mengenali mereka berdua.

"Terlebih dahulu aku minta maaf sebab mengambil masa yang terlalu lama untuk menceritakan perkara ini kepada kau."

"Tak apa, saya faham."

"Kau budak yang baik, Gia. Kau berhak mendapatkan kehidupan yang lebih baik dari apa yang kau miliki sekarang ini."

"Okay, jadi apa dia yang Pop nak ceritakan tu?"

"Beginilah, biar aku berterus terang. Aku mengenali ayah kau sejak zaman remaja lagi. Aku, ayah kau dan Ronan."

"Ronan? Ayah Roger?"

"Iya, Ronan ayah Roger."

"Tapi bagaimana?"

"Kami merupakan ahli dalam sebuah organisasi bukan kerajaan yang aktif melakukan kerja-kerja amal. Hendak dijadikan cerita, pada satu hari, kami secara tidak sengaja telah berkenalan dengan seorang gadis cantik yang kaya raya iaitu ibu kau, Giselle Godry."

"Okay, so, ayah dan ibu saling jatuh cinta dan berkahwin."

Pop tidak menjawab.

"Pop, apa yang berlaku seterusnya?"

"Ayah kau, merancang untuk menculik Giselle dan meminta sejumlah wang tebusan."

"What? Itu tidak mungkin Pop. Ayah tidak mungkin akan melakukan perkara seperti itu."

"Tapi dia lakukan juga, tanpa pengetahuan aku dan Ronan. Dia berjaya menculik Giselle dan mendapatkan wang tebusan yang dia idamkan. Malang bagi Giselle, dia hamilkan anak Brawn dan hampir-hampir membunuh diri."

Aku ternganga.

Patutlah ayah tinggalkan aku. Aku hanya anak luar nikahnya dengan ibu. Mereka langsung tidak pernah menginginkan kehadiran aku.

"Gia!"

"Hah!"

"Janganlah begini. Aku tahu apa yang bermain-main di dalam fikiran kau. Biarlah aku habis bercerita dulu."

Aku tidak menjawab. Tiada bezanya.

"Setelah kau lahir, Giselle menghantar kau kepada ayah kau. Brawn yang tidak pernah tahu tentang kehamilan Giselle merasa terkejut. Ketika kau berusia dua tahun, Brawn pernah mencari Giselle namun Giselle telah hilang entah ke mana."

Dear, GiaWhere stories live. Discover now