34

27 3 0
                                    

Who are you?

Kayra masih menggigil ketakutan. Selepas melepaskan kemarahannya kepada Gia, Carly mengunci Gia di bilik bawah tanah rumahnya.

"Jangan sampai dia terlepas. Kalau tidak aku akan bunuh kau dan mak bapa kau. Kau faham tak?!"

Kayra mengesat air matanya. Dia memandang Carly hingga lelaki itu beredar dari rumahnya. Deruman enjin kereta meninggalkan halaman rumah, bermakna Carly keluar lagi.

Kayra bergegas ke biliknya. Dia perlu menghubungi pihak polis untuk menyelamtkannya dan Gia. Carly sudah melampau, sampai anaknya sendiri pun sanggup didera.

Kayra menyambar telefonnya lantas mendail nombor kecemasan.

Cepatlah datang!

* * *

Puteri Akasia tidak berganjak dari tempat dia menunggu. Keadaan Tony dan kelakuan Carly cukup memeningkan kepalanya.

"Mana dia?" suara abangnya, Aidan kedengaran. Puteri Akasia mengangkat kepalanya.

"Kash, apa yang dah jadi ni? Kau tak apa-apa ke?"

"Aku okay. Aku nak minta tolong sikit, boleh tak?"

"Apa dia? Cakaplah."

"Aku nak kau dapatkan apa-apa saja yang boleh digunakan untuk membuat ujian DNA dari ibu bapa Carly."

"Kau nak buat ujian DNA siapa ni?"

"Carly. Aku sangsilah pasal dia tu. Dulu dia taklah kurang ajar sangat macam ni."

"Apa yang dia dah buat?"

"Dia culik anak dia lepas tu minta tebusan 1.5 juta. Tak gila ke namanya tu."

"Bagi jelah. Nanti dia apa-apakan anak tu payah."

"Itu bukan persoalannya, Aidan. Aku tak yakin yang dia tu Carly. Kau masih ingat Carly yang dulu tu macam mana orangnya kan? Tapi Carly yang sekarang ni berbeza, kau tahu tak. Dia buat kesalahan lepas tu sembunyikan diri bertahun-tahun hanya disebabkan gadis tu ialah anak perempuan Landon Godry."

"Carly ada anak dengan Giselle Godry?"

"Ya. Tak cukup dengan tu, dia rompak Giselle dan tinggalkan anak tu. Memang bodoh betul. Aku tak percaya Carly sanggup lakukan perkara tu, Aidan. Aku kena pastikan hal ni."

"Dengan membuat ujian DNA?"

"Ya. Kau nak tahu, dia ada nama lain tau. Brawn Hillis. Perkara ini yang buat aku keliru. Setahu aku Carly tidak pernah ada alias macam tu. Aku betul-betul nak tahu."

"Okay. Aku boleh tolong. Cuma kau nak pastikan dia ni Brawn Hillis atau Carly Dibson?"

"Dua- dua sekali."

Aidan mengangguk laju.

"Siapa pula yang masuk kecemasan ni?"

"Antonio, orang yang menjaga anak tu. Kita kena pindahkan dia, Aidan. Aku takut kalau-kalau Carly datang ke sini dan lakukan sesuatu yang tidak diingini kepada Tony."

"Baiklah. Kita bawa dia ke rumah aku."

"Boleh ke?"

"Kash, demi keselamatan kawan kau tu, setuju sajalah. Kau pun tinggal dengan aku buat sementara waktu ni."

"Tapi..."

"Kau nak balik ke istana? Atau kau nak aku beritahu Arnold perkara ni?"

Puteri Akasia menggeleng laju.

"Kalau macam tu tunggu di sini. Biar aku uruskan semuanya."

Puteri Akasia mengangguk perlahan. Gwen mengusap perlahan bahunya.

"Sabarlah. Esok kita cari Carly sampai dapat. Kita buat dia mengaku semua kesalahan dia. Lepas tu, terserahlah kita nak buat apa dengan dia."

"Sampai hati dia buat begitu dengan kawan baik dia, Gwen."

"Dan sampai hati dia buat anak dia macam tu. Aku tak percaya betul, Carly sanggup buat macam tu. Tapi nanti, mana satu dia ni? Carly atau Brawn?"

"Entahlah. Aku kenal dia dengan nama Carly Dibson. Sepupu aku yang lemah lembut dan penuh kasih sayang. Carly yang aku kenal tidak akan tergamak melakukan semua ini, Gwen. Aku masih tidak percaya dengan apa yang telah berlaku."

"Aku pula kenal dia dengan nama Brawn Hillis. Aku taklah kenal sangat dengan dia tu. Tapi menurut cerita Gia, bapa dia tu memang tidak berhati perut. Kalau difikirkan balik, Brawn dan Carly ni banyak perbezaannya, betul tak? Dari segi sikap dan kelakuan, mereka seolah-olah dua orang yang berbeza. Carly seorang yang baik manakala Brawn seorang yang pentingkan diri sendiri. Apa yang membuatkan kita percaya bahawa mereka ini orang yang sama?"

Pertanyaan Gwen membuatkan Puteri Akasia berfikir panjang.

"Sebab pembedahan plastik. Kita percaya Brawn dan Carly ialah orang yang sama sebab dia melakukan pembedahan plastik. Bagaimana kalau hanya salah seorang dari mereka itu yang telah melakukan pembedahan plastik dan seorang lagi tidak?"

Puteri Akasia menggeleng lagi. Kali ini air matanya berlinangan.

"Aku tak sanggup nak bayangkan kalau benda itu yang terjadi, Gwen. Kalau dia itu Carly, bermakna dia bukan bapa Gia. Dan dia tetap Carly yang aku kenal walaupun muka dia dah berubah."

Puteri Akasia terisak. Gwen memaut bahu sepupunya itu.

"Dan kalau dia itu Brawn, bermakna dia bukan sepupu kau. Dia adalah bapa Gia yang patut dihukum. Ini juga bermakna dia telah menyamar menjadi Carly demi kepentingan dirinya sendiri."

"Oh... aku dah pening. Siapa dia tu? Mana Carly dah pergi, Gwen?"

Gwen tidak menjawab. Soalan itu tidak ada jawabannya.

* * *

Brawn merengus kencang. Gara-gara Puteri Akasia semuanya jadi kelam-kabut. Bukankan senang kalau dia tidak masuk campur?

Dia tidak menyangka sama sekali puteri itu mengesyakinya pula. Tony dan Puteri Akasia tidak boleh dibiarkan hidup. Kalau tidak, dia akan musnah.

Aku perlu mengatur semula rancangan aku. Selagi Gia berada di dalam tangan aku, duit itu akan menjadi milik aku pada bila-bila masa saja. Aku perlu uruskan Tony dan Puteri Akasia terlebih dahulu.

Brawn melambai ke arah bartender untuk menambah minumannya. Ketika itulah pandangannya menangkap satu sosok yang sudah lama dia tinggalkan.

"Marisa?"

* * *

Doktor Luciano tahu Brawn menyedari kehadirannya dengan Marisa a.k.a Giselle ke bar tersebut. Lelaki bermuka cantik seperti perempuan itu mengintai mereka berdua dengan ekor matanya.

"Brawn ada di sini. Dia duduk seorang diri di bar."

Marisa menguntum senyuman.

"Biarkan dia. Hari ini kita tidak perlu berjumpa dengan dia. Kita hanya mahu dia nampak kita, kan?"

"Betul tu. Marilah kita keluar dari sini. Rasanya semuanya sudah cukup. Dia akan kejar kau sampai dapat, percayalah."

"Kejarlah. Aku mahukan duit aku, kau faham kan?"

Doktor Luciano meleretkan senyuman. Bekerja dengan Giselle yang bermuka baru ini lebih senang. Mukanya yang muda ini tidak menjijikkan seperti muka Giselle yang asal. Berkedut dan tua.

Marisa memaut lengan Doktor Luciano sambil mereka berbual mesra ketika keluar dari bar itu.

Brawn meletakkan bilnya di atas meja. Dia bergegas mengejar Marisa dan Doktor Luciano hingga ke luar bar. Dia melepaskan keluhan panjang. Pasangan itu sudah beredar dengan menaiki sebuah kereta mewah.

"Marisa."

Brawn menyebut nama itu dengan penuh sesalan.

Dear, GiaWhere stories live. Discover now