Little secret
Gwen menyelak surat khabar pagi hari selasa itu dengan penuh perasaan. Aroma kopi o yang digemarinya dibiarkan memenuhi rongga hidungnya.
Bagaimanapun kopi o nya itu hampir tertumpah apabila sampai di mukasurat gosip selebriti.
Teman tapi mesra - Puteri Akasia.
Selepas dilihat keluar dengan seorang temannya, akhirnya Puteri Akasia menjelaskan bahawa hubungannya dan jejaka itu hanyalah sekadar teman tapi mesra.
Antonio Valdes, ketika ditemui turut menafikan punya hubungan istimewa dengan Puteri Akasia.
"Kami hanya berkawan biasa. Walaupun kerap keluar bersama, itu tidak bermakna kami pasangan kekasih. Tapi ya, dia merupakan kawan istimewa saya." - Antonio Valdes.
Gwen mengurut dadanya. Boleh sakit jantung ni! Dalam diam korang bermain cinta ya?! Tak mengaku tapi gambar, macam pasangan yang tengah berbulan madu!
Gwen membaca lagi.
"Memang betul kami hanya berkawan. Teman tapi mesra." - Puteri Akasia.
Gwen terduduk di atas kerusi. Betulkah ini sedang berlaku? Ronan! Dia perlu bertanya kepada Ronan tentang perkara ini. Telefon bimbitnya dicapai dan speedial 1.
Tut.... tut..... tut.....
"Hello sayang, ada apa ni?"
"You.. ada baca surat khabar tak?"
"Ada. Kenapa?"
"You nampak berita pasal Tony dan Kash? Di bahagian gosip selebriti."
"Oh.. ada. Kenapa? Biarlah. Sama-sama bujang terlajak, memang sesuai sangatlah kan?"
"Tapi sayang, kenapa I tak tahu?"
"Laa.. takkan semua benda Kash nak repot dengan sayang? Dia pun nak privacy juga. Kenapa ni, sayang tidak suka Kash bercinta dengan Tony ya?"
"Bukan macam tu. Cuma kenapa I tak tahu? Pandai betul diaorang berahsia kan?"
"Sudahlah tu. Jangan nak kecoh sangat pula. Mak bapa dia senyap je, sayang pula yang melebih-lebih."
Gwen berdehem. Opppsss...??!!
"Sayang, dengar tak?"
"Dengar. Okaylah, tapi I masih tak puas hatilah."
"Nanti-nanti sajalah. Sepatutnya sayang gembira, akhirnya sepupu sayang yang sombong tu dah bertemu jodoh. Tony tu okay apa. Tauke ladang, itik, lembu dan sayur-sayuran."
Ha ha ha
"You ni.. tak baik tau. Hmm.. betul juga kan? Siapa tahu esok lusa pak cik Henry suruh diaorang kahwin, makan besar namanya."
"Ha ha ha... kan? Relakan je."
"Okaylah. Tak habis terkejut lagi ni. Bangang betullah."
"Sayang, relax. Nanti kerja tak jalan. Sayang balik jelah kalau rasa cuak sangat."
"Okay. I okay. Jumpa nanti."
Tit. Gwen meletakkan telefonnya itu di atas meja. Dia perlu bertenang. Dia bukan tidak suka kalau Puteri Akasia akhirnya berjumpa dengan calon kekasih hati, tapi Tony? Biar betul.
Mereka terlalu berbeza. Gwen menggeleng lagi. Memanglah mereka berbeza. Berlainan jantina dan masih bujang. Lainlah kalau mereka itu sama jantina.
![](https://img.wattpad.com/cover/118485346-288-k837302.jpg)
YOU ARE READING
Dear, Gia
General FictionTidak mahu terluka oleh perasaan, Giorgia Forest rela melupakan ibu dan ayahnya yang dalam diam, dia impikan untuk hidup bersama. Perasaan cinta terhadap Roger Alford disemai dari kejauhan. Dia rela bertepuk sebelah tangan asalkan persahabatan merek...