What should fathers do?
Gia merenung satu persatu gambar Giselle yang diberikan oleh Gwen. Gwen turut memberikan sebuah fail kepadanya, namun dia belum ada kekuatan untuk menyemak kandungan fail tersebut.
"Giselle adalah kakak kandung saya. Tapi kami tidak membesar bersama sebab ayah kami, Landon, tidak mengakui saya sebagai anaknya."
"Saya diambil menjadi anak angkat oleh kawan ibu kami, Malaika dan Marcelus Denilsen sebaik saja saya dilahirkan. Mereka telah memberikan nama mereka kepada saya, selain itu nama saya juga hampir sama dengan nama ibu kami, Ginerva."
"Saya dan Giselle telah berpisah sejak kecil dan hanya mengetahui kebenaran tentang hubungan kami selepas Giselle dikhabarkan mengandung anak luar nikah."
"Mama dan papa tidak membantah keinginan saya untuk membantu Giselle, sebab ketika itu Landon telah pun meninggal dunia. Kalau tidak, entah apa akan jadi kepada Giselle dan kandungannya."
"Landon seorang yang sangat tegas, ego dan sangat pentingkan air mukanya. Sehinggakan dia mencurigai Ginerva hamilkan anak pekerjanya sendiri, sedangkan saya telah terbukti adalah anak kandungnya. Dia masih tetap dengan anggapannya malah menyaman ibubapa saya. Saya bersyukur sebab bukan dia yang membesarkan saya."
"Kamu adalah anak buah saya yang telah lama hilang, Gia. Saya sudah lama mencari kamu tapi oleh sebab kekurangan bahan rujukan usaha saya tidak berhasil. Siapa sangka, Roger telah mempertemukan kita."
"Ibu kamu, Giselle, berada di rumah sakit jiwa sejak kamu dilahirkan. Dia tidak dapat menerima kenyataan ditinggalkan oleh lelaki yang dicintainya demi sejumlah wang."
"Sebab itu dia telah memberikan kamu kepada Brawn, dengan harapan rasa sakit hatinya dapat terbalas. Tapi siapa sangka, perbuatannya itu memakan dirinya sendiri."
"Sekiranya kamu tidak mahu menerima dia sebagai ibu kamu, saya faham. Sebab saya juga mengalami nasib yang sama seperti kamu. Kita sama-sama dibuang oleh ibu dan bapa kandung kita sebaik saja kita dilahirkan."
"Fail ini mengandungi laporan doktor tentang keadaannya sepanjang dia berada di dalam rumah sakit jiwa itu. Siapa tahu kamu hendak mengetahui keadaannya, bacalah fail itu."
"Saya tahu, kamu mungkin tidak mahu melawatnya, tapi sekiranya kamu berubah fikiran, saya akan membawa kamu ke sana. Pada bila-bila masa sahaja."
Gia merengus kencang.
Aku tidak perlukan sesiapa pun yang bergelar ibu pada masa sekarang ini. Lebih-lebih lagi, dia adalah orang yang telah menyingkirkan aku sebaik saja aku dilahirkan. Sudah jelas, dia tidak mahukan aku. Dia jadikan aku sebagai alat untuk membalas dendam terhadap ayah ku, lelaki yang dicintainya, tapi telah meninggalkannya. Aku tidak mahu mengetahui apa-apa lagi apatah lagi mahu berjumpa dengannya. Apa lagi yang mampu saya katakan? Dia menjadi gila kerana meroyan dan tekanan akibat putus cinta. Aku simpati, tapi itu tidak akan mengubah apa-apa. Mungkin lebih baik kalau aku tidak perlu tahu dan berjumpa dengan dia. Sebelum ini, kehidupan aku jauh lebih tenang tanpa memikirkan pasal dia ataupun ayah. Tapi sekarang? semuanya kalut dan memeningkan kepala. Aku harap, semua ini akan berakhir dengan secepat mungkin. Aku mahu kehidupanku yang asal. Tenang tanpa masalah.
* * *
Tony termundar mandir di ruang tamu rumahnya. Sekejap lagi Gia akan sampai.
Ronan dan Roger hanya mendiamkan diri.
"Ronan, betul ke apa yang kita nak buat ni?"
"Betul lah. Kita cuma perlukan rancangan yang rapi dan bekerjasama antara satu sama lain. Yang paling penting, Gia mesti setuju dengan rancangan kita."
"Rancangan apa tu?"
Mereka bertiga beralih pandangan ke arah pintu.
"Gia, kau dah sampai?"
"Iyalah pop pop. Wah.. nampak macam pertemuan penting saja. Tak ada makan-makan ke?"
"Gwen tak tanya kau nak ke mana ke?"
"Ada. Aku cakap jelah aku nak balik, jumpa Pop. Nak menipu pun tak ada gunanya."
"Hmm... baguslah juga. Duduk Gia. Kita nak berbincang tentang sesuatu yang sangat penting."
"Okay. Ini mesti bukan pasal majlis kahwin tu kan?"
Ronan mengangguk.
"Ini lebih penting dari majlis kahwin kamu, Gia. Ini adalah soal keselamatan kamu pada masa akan datang."
"Oh. Jadi ini pasal Brawn."
"Ya, pasal Brawn."
Gia mengangguk perlahan.
* * *
Kau kena cari sesuatu, apa-apa saja benda milik Brawn dan bawa benda itu bersama dengan kau ke rumah kau sekarang ini.
Gia mengeluh halus. Selepas menyelongkar semua pelusuk rumah lamanya, akhirnya dia menemui beberapa benda yang sesuai untuk dijadikan bahan penyamaran.
Aku tahu tentang kunci lama ini. Nampaknya Brawn ada sebuah peti simpanan di pejabat pos. Esok, kau pergi periksa peti itu.
Satu kerja lagi. Nasib baik Roger sedia membantu dan sudi menemaninya ke mana saja.
"Maafkan kami cik. Peti surat tu sudah di beli oleh pemilik baru. Sebelum peti surat itu berpindah milik, tidak ada apa-apa surat ataupun benda lain yang tersimpan di dalamnya."
Gia merengus panjang. Wajah manis kerani yang menyambut kedatangannya dan Roger bagaikan sudah terpahat di biji matanya. Kalau bukan kerana Brawn dan pemanggil misteri itu, Gia langsung tidak mahu ke pejabat pos itu.
Dia tahu, Brawn tidak akan meninggalkan apa-apa pun di dalam peti surat itu. Apatah lagi seguni wang tunai. Memang tidaklah.
"Kau okay tak ni? Mari kita balik, lebih baik kau berehat di rumah. Apa kata kau berhenti kerja? Kita akan berkahwin tidak lama lagi. Aku tidak mahu apa-apa berlaku pada kau."
Gia menggeleng perlahan. Bukan itu yang dia mahu.
"Fikirkan pasal ini Gia. Atau kau boleh bekerja dari rumah. Tak usahlah kau ke sana ke sini dengan situasi yang bahaya seperti sekarang ini."
"Roger, aku okay. Kalau kau mahu aku berhenti kerja, aku akan balik ke rumah Tony."
"Tapi.. Gia.. please, jangan pergi jauh dari aku."
"Iya Roger. Kita semua risaukan keselamatan aku. Tapi janganlah sampai mengurung aku di rumah. Aku boleh mempertahankan diri dan aku tidak akan biarkan orang itu dapat apa yang dia mahu. Okay."
"Okay. Okay. Aku minta maaf. Kau nak singgah ke mana-mana tak?"
"Barang dapur dah habis."
"Okay. Kita pergi beli sama-sama."
Gia mengangguk perlahan. Dia memejamkan matanya dan bersandar ke kusyen. Perasaan inilah yang aku tidak suka. Seseorang merasa dia lebih berkuasa ke atas diri aku. Aku mahu ini berakhir dengan segera.
![](https://img.wattpad.com/cover/118485346-288-k837302.jpg)
YOU ARE READING
Dear, Gia
General FictionTidak mahu terluka oleh perasaan, Giorgia Forest rela melupakan ibu dan ayahnya yang dalam diam, dia impikan untuk hidup bersama. Perasaan cinta terhadap Roger Alford disemai dari kejauhan. Dia rela bertepuk sebelah tangan asalkan persahabatan merek...