31

37 3 0
                                    

Giselle Godry

Giselle membelek buat kali terakhir penampilannya di hadapan cermin. Hari ini dia hendak menemui Gia.

Dia tidak boleh menunggu lagi. Dia perlu bertemu dengan Gia secepat yang mungkin. Dia yakin Brawn ada meninggalkan wang yang banyak untuk Gia. Kalau tidak, masakan anak itu mampu hidup senang.

"Kau nak ke mana ni?"

Giselle menoleh. Doktor Luciano berpeluk tubuh sambil merenung ke arahnya.

"Aku hendak berjumpa dengan Gia. Aku tidak boleh tunggu lagi, Luciano. Tidak lama lagi Gia akan berkahwin dengan anak lelaki Ronan. Aku kena dapatkan wang aku balik sebelum Ronan masuk campur tangan dalam kehidupan anak aku."

"Kau nak aku temankan kau?"

"Tak apalah. Kalau dia tahu aku datang dengan kau, doktor sakit jiwa, nanti dia ingat aku gila."

"Suka hati kaulah. Jangan lupa beritahu aku kalau ada apa-apa berita. Kau jangan lari pula."

"Aku tahulah. Aku pergi dulu."

* * *

Gia memandang Puteri Akasia dan Tony dengan pandangan yang betul-ke-korang-berdua-keluar-bersama?

"Gia, janganlah diam macam ni. Kau marahkan aku?" Tony mengaku kalah. Dia menoleh sekilas ke arah Puteri Akasia.

"Gia, janganlah marah. Please, kami boleh jelaskan."

Gia menggeleng. Dia tidak marah cuma tidak menyangka bahawa bapa angkatnya itu akan bertemu jodoh dengan seorang puteri raja. Tidak boleh dipercayai. Macam kisah dongeng.

"Gia.. cakaplah sesuatu."

Tony mengusap bahu anak gadis itu. Gia akhirnya mengangguk.

"Okay. Saya.. aku.. tidak marah. Okay. Pop. Kash. Cuma korang ni, betul ke? Pop, dia ni bukan orang sembarangan, sanggup ke berdepan dengan cabaran? Dan kau, baru je kau jadi kawan aku, alih-alih kau dah jadi calon mak angkat aku. Aku pun tak tahu macam mana aku nak sambut berita ni."

Tony dan Puteri Akasia berpandangan.

"Gia.. kami.." Puteri Akasia menggeleng, membuatkan Tony tidak jadi meneruskan kata-katanya.

"Kau tak sukakan aku ke? Maksud aku, kau tak suka kalau Tony berkahwin?"

Glup! Gia merasakan kepalanya berpinar-pinar hendak pengsan.

"Janganlah kahwin dulu korang. Aku masih terkejut ni. Oh Tuhan.. dewa langit.. dewa laut.. betul ke benda ni akan terjadi?"

Tony menggeleng kecil. Hampir putus asa dengan kelakuan Gia.

"Kau betul-betul marahkan kami ke?" Puteri Akasia bertanya. Gia menggeleng.

"Aku tak marahlah, cuma terkejut. Rasa kelakar pun ada juga. God! Aku tak pun tak tahu nak buat macam mana."

"Gia, aku dengan Kash masih lagi dalam peringkat berkawan. Kenal pun baru berapa hari. Bertenanglah, okay. Kita tumpukan perhatian kepada masalah asal kita. Tak lama lagi hujung minggu. Kita ada pekerjaan yang menanti."

Gia terangguk-angguk mendengar hujah bela diri oleh Tony.

"Betullah tu. Anggap saja tiada apa yang berlaku. Kau ni kalut sangatlah."

Puteri Akasia menepuk lengan Gia.

Ha ha ha

Gia tertawa hambar. Berapa punya janggallah. Macam ni ke perasaan bila kau tahu ayah kau bercinta dengan kawan baik kau? Macam sumbang sangat bunyinya!

Dear, GiaWhere stories live. Discover now