3

54 3 0
                                    

I know where is your daddy

"Siapa kau ni hah? Kenapa kau masih nak ganggu aku? Apa kau nak dari aku hah?"

"Ha ha ha... bawa bertenang Cik Forest. Saya tidak berniat hendak menakutkan awak. Cuma saya ada maklumat yang mungkin awak berminat dengannya, Cik Forest."

"Apa dia?"

"Tidak semudah itu, Cik Forest. Kalau Cik Forest nak tahu maklumat itu, Cik Forest boleh periksa peti surat Cik Forest dan lakukanlah apa yang sepatutnya."

"Kau memang sengaja hendak menakut-nakutkan aku. Aku akan membuat laporan polis. Lebih baik kau jangan ganggu aku lagi. Kau faham tak?"

Tit! Gia memutuskan talian. Sepantas itu juga dia menerima panggilan.

"Apa lagi? Apa lagi yang kau nak dari aku?!"

Gia berteriak sekuat hati.

"Gia..? Gia, ini aku, Roger. Kau okay tak? Kenapa kau terjerit-jerit ni?"

"Roo.. Roger? Roger?"

"Iya. Aku, Roger. Kau ada di mana ni?"

"Aku.. aku dekat... erhh.. taman."

"Taman? Taman mana satu?"

"Taman dekat dengan stesen minyak. Maafkan aku Roger, aku ingatkan..."

"Tak apa. Nantilah kau ceritakan pada aku. Okay. Kau jangan kemana-mana tau. Tunggu aku datang di sana."

"Okay."

Gia berlinangan air mata. Belum pernah dalam seumur hidupnya dia menerima panggilan sedemikian rupa.

Suara pemanggil itu diubah seperti suara kartun chipmunk.

Jangan lupa untuk memeriksa peti surat awak, Cik Forest.

"Gia!"

Gia hampir-hampir terjerit akibat terkejut dengan panggilan Roger.

"Roger.." Gia berseru perlahan. Air matanya berlinangan lagi.

"Kau okay tak?"

Gia mengangguk walaupun keadaannya jelas menyangkal jawabannya.

Rambutnya yang terdandan rapi kini berserabut serta dia tidak lagi berkasut tinggi. Sejak bila dia berkaki ayam, Gia sendiri tidak perasankannya.

"Apa yang dah berlaku Gia?"

Gia tidak segera menjawab.

Perlukah aku mengaku? Perlukah aku ceritakan masalah aku pada dia? Tapi aku tidak mahu dia menganggap aku lemah.

Gia menggeleng kecil.

Bip! Bip! Telefonnya menerima sms.

I know where is your daddy, miss forest.

Gia menelan liur. Roger pula memandangnya dengan seribu satu persoalan.

* * *

"Ketika kita memasuki tingkatan tiga, ayah mula berkelakuan pelik. Dia selalu tidak balik ke rumah. Kadang-kadang sampai berhari-hari lamanya. Dan pada satu hari, ayah langsung tidak kembali lagi. Dia hanya meninggalkan sepucuk surat dan kad bank untuk aku. Sampailah ke hari ini, aku tidak tahu dia berada di mana. Masih hidup ataupun sudah mati. Aku pernah terfikir hendak mencarinya tapi di mana? Hidup aku tidaklah sebaik yang kau sangka, Roger."

Roger memeluk bahu Gia sambil mengusapnya lembut.

"Kenapa kau tidak pernah memberitahu pada kami tentang ayah kau?"

"Sebab keadaan tidak mengizinkan dan aku fikir tidak perlu untuk korang tahu pasal ayah aku. Yang aku fikir, masa tu, aku perlu tamatkan persekolahan dan bekerja. Kalau tidak aku akan mati kebuluran. Tiada duit dan tiada keluarga."

Dear, GiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang