10

43 4 0
                                    

Roger p.o.v

Makan malam keluarga.

"To the living room, Roger. Ayah ada benda nak cakap."

"Okay."

Aku mengangkat Lily bersamaku. Dia kelihatan sudah kenyang dengan segala nasi bertaburan di atas meja tidak kurang banyak yang melekat di apronnya.

Lily terkekeh-kekeh ketawa apabila aku membuat aksi zombie ke arahnya.

"Adik kau masih kenyang, Roger. Jangan buat dia ketawa begitu."

Ayah.

"Mari sini sayang." Gwen mendepakan tangan ke arah Lily. Lily tersenyum manis kemudian berlari mendapatkan ibunya. Buat seketika kami terpesona dengan situasi itu.

"Ayah dengar Gia dah pindah ke bandar ni."

"Ya ayah. Dia kerja dengan Gwen."

"Sejak bila?"

"Baru seminggu. Dia mereka fesyen kanak-kanak untuk Gwenz Creations."

"Wah.. jadi dia dah jadi pereka fesyen sekarang?"

"Begitulah gayanya. Gia tu tak banyak berubah. Masih sama macam dulu. Cuma dia bertambah besar dan cantik."

Ayah bertukar pandangan dengan isterinya.

"Hmm.. ayah dengar kau sempat berjumpa dengan dia masa tahun baru yang lalu? Kenapa kau tak bawa dia ke sini?"

"Susahlah Gia tu. Dulu kalau saya bawa dia ke rumah, laju je dia setuju. Sekarang ni nak jumpa di pejabat pun susah. Asyik kerja, kerja dan kerja."

"Itu tandanya dia seorang yang sangat berdedikasi dengan tugasnya, Roger. Ke awak tak berikan dia waktu berehat sayang?"

"Mana ada. Gia yang tak nak selalu berjumpa dengan Roger. Dia kata nanti Roger bergaduh dengan Kayra."

"Siapa Kayra ni?"

"Sayang." Ayah tertawa.

"Ayah tak hairanlah dengan gadis tu. Kenapa kau layankan sangat dia tu?"

"Saya tak tahulah ayah. Kesian dengan ibu bapa dia."

"Nak kesian apa? Kau nak jadi cagaran kepada ibu bapa Kayra? Roger, bertegaslah sikit dengan kehidupan kau. Beginilah, serahkan hal ini pada ayah. Biar ayah uruskan."

Aku mengangguk perlahan.

"Satu lagi, ayah nak makan malam dengan Gia lepas ayah balik dari luar daerah nanti. Pastikan dia datang. Kalau perlu jemput dia lebih selamat."

"Okay ayah."

"Lily, mari dengan ayah."

"Pa.. pa.. pa.."

Lily menepuk pipi ayah sambil tersenyum.

"Alalala.... comelnya dia."

"Darling, ada barang-barang Lily yang dah nak habis. Jom kita pergi beli."

"Sekarang?"

"Ya, sekarang. Esok you nak keluar daerah, kan? Nak keluar malam ni, please?"

"Okay. Roger, nak ikut?"

"Tak apalah. Err.. Gwen, aku nak ke rumah Gia, boleh tak?"

Ayah dan Gwen berpandangan.

"Jangan buat benda tak senonoh pada Gia, Roger."

"Iya ayah. Saya tahu ayah dan Gwen sayangkan dia."

"Baguslah kau tahu. Err.. ni, kau ikut ayah esok tau."

"Ikut ayah?"

"Tak lama pun. Dua hari je."

"Okay."

"Jom sayang. Kirim salam pada Gia."

Aku mengangguk perlahan. Aku perlu berjumpa dengan Gia, kalau tidak aku tidak akan dapat tidur malam ni.

* * *

"Hello?"

"Cik Gia, Encik Roger Alford hendak masuk berjumpa dengan cik. Perlu ke kami benarkan dia masuk?" panggilan dari sekuriti di pintu masuk ke apartment. Gia diam seketika.

"Roger? Apa dia nak?"

"Kami tak tahu cik."

"Baiklah, benarkan dia masuk. Terima kasih."

Gia berdiri membuka pintu apabila loceng pintunya dibunyikan.

Roger berdiri di muka pintu sambil mendukung dua beg yang sarat dengan barang dapur.

"Masuklah."

Roger meletakkan buah tangan yang dibawanya ke atas meja.

"Ayah kirim salam."

"Sambut salam. Kau kenapa?"

"Aku nak ke luar daerah esok dengan ayah."

"Oh.. lama ke?"

"Dua hari je. Kau jangan ke mana-mana lepas habis kerja tau. Jangan benarkan sesiapa masuk ke sini walaupun girls gang kau tu."

Gia mengerutkan kening.

"Roger, aku okaylah. Pengawal di bawah tu tahu apa nak buat kalau ada orang nak cari aku. Kau janganlah risau sangat."

"Macam mana dengan orang yang call kau tu? Dia ada kacau kau lagi tak?"

"Belum lagi. Tak tahulah tapi aku rasa aku nak tahu juga pasal bapa aku. Kau rasa macam mana?"

"Kau nak cari bapa kau?"

"Tak juga. Cuma aku nak tahu je, dia hidup lagi ke atau... entahlah. Aku cuma orang tu berhenti ganggu aku.".

"Aku akan tolong kau."

"Err.. aku rasa boleh kot? Sebab hari tu Pop kata, ayah kau kenal dengan bapa aku."

Roger memandang gadis itu.

"Ayah aku kenal bapa kau?"

Gia mengangguk. Kemudian dia menceritakan apa yang diberitahu oleh Tony kepadanya.

"Wow.. aku tak tahu nak cakap apa. Maksud aku, aku tak pernah nampak bapa kau, sebab aku ingatkan Tony tu bapa kau. Okay, nanti aku tanya ayah aku pasal ni."

"Aku tak ada niat lain, bila aku nak cari tahu pasal bapa aku. Aku tak nak duit ke, nak hidup sama-sama semula dengan dia atau apa-apa saja. Aku cuma nak tahu kenapa ada orang ganggu aku pasal bapa aku. Tu aje."

"Aku tahu. Kau sendiri ada kehidupan yang baik sekarang ni. Cuma kerja kita mungkin agak susah, lebih-lebih lagi kalau bapa kau bekerja sebagai seorang artis."

"Pop pun pernah cakap bukan mudah aku nak cari bapa aku."

"Sabarlah. Aku janji aku akan tolong kau pasal benda ni."

Gia mengangguk perlahan.

"Aku boleh minta cuti untuk kau, kalau kau mahu. Gwen mesti faham."

"Tak usahlah. Aku bukan sakit pun. Aku okay."

"Kalau berlaku apa-apa, call aku tak kira masa."

"Melebih-lebihlah kau ni. Kau baliklah, esok nak bangun awal lagi."

"Di rumah tak ada oranglah. Beri aku tidur sekejap di sini, boleh tak? Esok awal pagi, kau kejutkanlah aku."

"Mengada-ngadalah kau ni."

Roger mengukir senyuman. Dia sangat suka bila Gia berpura-pura marah. Cantik sangat!

* * *

Dear, GiaWhere stories live. Discover now