Happy anniversary
Mila p.o.v
Aku tidak kisah dan aku tidak peduli. Sudah semalaman aku dan Chris memikirkan cara bagaimana untuk mempertemukan the beauty and the beast kami itu.
Alia, Jeny, Teddy dan Hans juga tahu pasal rancangan aku ini.
Sebagai kawan, aku tidak mahu Gia bersedih. Dia banyak membantu aku dan Chris. Ketika perusahaan Chris dilanda masalah kewangan, Gia dengan lapang hati meminjamkan wang. Ketika aku dibuang keluarga kerana hamil anak luar nikah, Gia tampil berdepan dengan keluargaku. Walaupun anak yang aku kandung tidak sempat lahir ke dunia, hubungan ku dengan keluargaku pulih atas bantuan Gia.
Malah hubungan aku dan Chris pernah putus akibat sikap pentingkan diri, Gia juga yang bertindak menyatukan kami semula. Sehinggalah kami berkahwin dan akan menyambut anniversary pertama pada hari esok.
Gia terlalu banyak berkorban untuk aku, walaupun kami tidak punya pertalian saudara.
Aku mengesat air mataku.
"Sayang, kenapa ni?"
Chris memeluk ku dari belakang.
"Saya teringatkan Gia."
"Kenapa dengan dia?"
"Sampai bila dia nak menyeksa diri dia begitu? Roger tu pun bodoh. Kenapa dia tidak perasan tentang perasan Gia terhadapnya selama ini?"
"Jangan kata Roger, sayang. Kita pun tidak nampak perasaan Gia tu. Janganlah salahkan Roger, okay?"
"Saya kesiankan Gia, Chris. Saya nak tolong dia."
"Kita nak tolong dia macam mana, sayang? Dia dah terlebih dulu buat kita berjanji, supaya rahsiakan perasaannya tu dari pengetahuan Roger."
"Kan? Gia tu pun satu hal jugalah. "
"Jangan risau sangatlah. Kita kan dah jemput Roger ke majlis kita esok? Gia macam mana? Korang dah bawa dia ke spa? Salon?"
"Petang nanti."
"Elok sangatlah tu. Ubah tanggapan dia terhadap dirinya sendiri tu. Beauty and the beast konon. Dia tu boleh tahan lawa, cuma tiada keyakinan diri je. Sayang pandai-pandailah cucuk dia tu."
"Memang itu yang kami nak buat ni. Jeny dan Alia pun dah standby skrip masing-masing."
"Hmm.. baguslah tu. Saya nak workout kejap. Sayang nak ikut ke?"
"Saya baru siap workout. Bengang punya pasallah."
"Oh okay. See you leter."
Mila melambai. Chris menghilang dari pandangan.
* * *
Gia p.o.v
Aku memang sudah agak. Mila, Jeny dan Alia sudah berpakat hendak melepak di salon sepanjang hari.
"Kenapa dengan kau ni, Gia?"
"Aku memang sudah agak. Kau orang hendak membuang masa di sini, sepanjang hari, kan?"
"Well my dear Gia, suami aku dah berikan duit yang cukup untuk kita bermanja-manja di sini hari ini. So, kau relax sajalah ya? Lagipun aku nak kau kelihatan cantik esok. Lebih cantik dari hari-hari biasanya."
"Iyalah kau. Aku banyak kerjalah nak buat."
"Heii.. hari ini kan hari sabtu? Kau nak kerja apa lagi? Beralasan sajalah kau ni."
"Hmm... sudahlah korang ni. Asyik bertekak je. Cubalah bawa bertaubat sikit. Ni.. Mila, tetamu jemputan kau ramai tak?"
"Hmm.. entahlah. Aku dan Chris tak edar kad jemputan pun. Dia cuma umumkan kat pejabat dia je. Aku pun sama."
YOU ARE READING
Dear, Gia
General FictionTidak mahu terluka oleh perasaan, Giorgia Forest rela melupakan ibu dan ayahnya yang dalam diam, dia impikan untuk hidup bersama. Perasaan cinta terhadap Roger Alford disemai dari kejauhan. Dia rela bertepuk sebelah tangan asalkan persahabatan merek...