Small matter
Carly mencuri pandang ke arah gadis yang rancak bersembang dengan Gwen dan Puteri Akasia.
Dia seakan-akan pernah kenal dengan gadis itu, tapi itu memang mustahil. Dia menetap bertahun-tahun di luar negara dan baru sekarang dia kembali. Mustahil gadis itu ialah kenalannya di luar negara. Dia masih muda dan bukan seorang artis.
"Kay, jom kita pergi jumpa cousin I di meja sebelah tu. I tak sempat bersembang dengan dia tadi."
"Meja mana?"
"Tu. Meja Puteri Akasia."
Kayra terlopong. Gwenevere, Puteri Akasia dan Gia sedang berbual rancak seperti sahabat akrab. Manakan mungkin dia mampu menebalkan muka untuk hadir di hadapan mereka.
Kelihatan seorang wanita separuh abad yang bergaya ringkas tapi moden datang menghampiri bersama dengan Baby Lily.
"Jomlah.. tengok tu, ibu saudara I pun dah datang. Mari, I kenalkan you dengan mereka."
"Err... bukan masa yang sesuai kot?"
"Kenapa pula? You bukannya tidak kenal dengan Gwen. Lupakan pasal apa yang dah berlaku. Lambat laun you pasti akan bertemu dengan diaorang juga."
"Carly, kita berbincang pasal ni lain hari, okay. I nak ke washroom. Kalau you nak berjumpa dengan sanak saudara you, pergilah. Bawa sekali hadiah yang I bawakan untuk Baby Lily."
"Kalau macam tu, okaylah."
Kayra bergegas meninggalkan Carly. Terasa sebal mengenangkan persengketaannya dengan Gia. Lebih-lebih lagi apabila dia dipecat dari Gwenz Agencies. Keparat betul!
"Hello ladies. Maaf menganggu." Carly menyapa semesra yang mungkin. Gwen dan girls gangnya itu beralih perhatian.
"Carly, terima kasih kerana sudi datang."
Gwen berdiri dan bersalaman dengan saudara bau-bau bacangnya itu.
"Sama-sama. Ini buah tangan untuk birthday girl."
"Wah... terima kasih. Mana Kayra? Kenapa kau tak bawa dia ke sini?"
"Dia kata dia masih segan dengan kau. Dia ke tandas."
"Oh.. lupa pula. Kenalkan, ini Gia. Teman wanita Roger dan bakal menantu aku. Gia ini Carly."
Gia menyambut huluran salam dari Carly. Dia memberikan senyuman paling terbaiknya untuk Carly.
"Hello."
"Hai, selamat berkenalan."
Gia mengangguk perlahan.
"Bila kau nak kenalkan teman wanita kau tu kepada kami, Carly?"
Puteri Akasia mencelah.
"Nantilah saja, Kash. Kami baru nak kenal hati budi masing-masing. Kalau dah konfirm nanti, tahulah aku bawa dia berjumpa dengan mama dan papa."
"Baguslah. Akhirnya kau terfikir juga nak kahwin."
Carly sekadar tertawa hambar.
"Kau bila lagi nak kahwin? Takkan asyik aku saja yang kena?"
"Aku dah lama kahwin kalau kau dan abang-abang aku tak kahwin lewat, tau? Tak kuasa aku nak langkah bendul."
"Okay. Okay. Janganlah kecoh sangat. Alahai.. comel sangat anak kau Gwen. Boleh aku dukung tak?"
"Dukunglah. Tapi jangan bawa dia pergi jauh tau. Kalau dia menangis, baru kau tahu."
"Yelah. Tak sportinglah kau ni. Aku nak dukung je."
Carly menghampiri Baby Lily sambil tersenyum manis. Entah apa silapnya, Baby Lily menangis bagaikan ternampak hantu.
"Laa... menangis pula. Tak jadilah nak dukung."
"Itulah kau, lambat sangat nak kahwin sampai aura kebapaan kau pun dah lenyap."
Puteri Akasia dan Gia berpandangan. Baby Lily tahu pak cik di hadapannya itu plastik!
* * *
Kayra menyedari perubahan Carly ketika mereka dalam perjalanan balik dari Hotel Akasia. Teman lelakinya itu tiba-tiba menjadi seorang yang pendiam dan banyak termenung.
Kayra merengus panjang apabila panggilannya tidak disahut oleh Carly.
"Burn, berhenti."
"Berhenti? Disini ke cik?"
"Ya. Berhenti sekarang juga."
Kayra meluru keluar sebaik saja Burn menghentikan kereta. Carly jadi terkejut dengan kelakuan Kayra. Dia turut keluar untuk mengejar gadis itu.
"Kay.. kenapa ni? Sayang, nanti dulu."
"I panggil you banyak kali tapi you langsung tak dengar pun. Kenapa ni, fikiran you melayang ke mana? Apa yang you fikirkan selain I?"
"Okay sayang, I minta maaf. I mengaku I fikirkan sesuatu. Sorry okay."
"Siapa? Apa yang you fikirkan? Cuba you beritahu dengan I?"
Carly mengeluh halus.
"Perlu ke kita bincang pasal ni? Boleh tak kita lupakan saja?"
"No. You abaikan I bukan satu soal yang boleh I biarkan. You fikirkan pasal orang lain kan? Jangan cuba nak tipu I, okay."
"Kay, bukan perkara penting pun, okay."
"Okay. Kita buat macam ni. Selagi you tak bersedia untuk berterus-terang tentang masalah you kepada I, kita jangan keluar bersama lagi."
"No, sayang please. I salah, okay I mengaku. I cuma terfikirkan sesuatu. I nak cakap tapi I takut you akan marah."
"Sama juga bila you tak mengaku. I akan anggap you menipu, faham?"
Carly mengangguk perlahan kemudian memandang Kayra.
"You kenal dengan bakal menantu Gwen kan? Namanya Gia."
"Kenapa dengan Gia?"
"I rasa I pernah nampak dia sebelum ini. I asyik fikirkan bila masa I berjumpa dengan dia."
"Hmm.. you angau lah ni?"
"Kayra, I bukan angau okay. Kalau betul I pernah berjumpa dengan dia, bermakna dia tu bukan orang lain."
"Apa maksud you 'bukan orang lain'?"
"Maknanya dia tu saudara I lah. Mungkin dia tu sepupu I sebelah mak, tapi tulah, tak pasti. I pun bukan rapat sangat dengan saudara-saudara I."
"Oh.. Gia pernah cakap dia kenal rapat dengan Gwen dan Ronan. Dia cakap masa zaman sekolah dulu, dia selalu berkunjung ke rumah Ronan."
"Hmm.. entahlah. Kalau macam tu, dekat rumah Ronanlah I jumpa dia agaknya. So.. you okay tak? Masih marah lagi?"
"I tak sukakan Gia. I harap you berhenti fikirkan dia."
Carly tersentak dengan pengakuan Kayra. Dia tidak punya pilihan lain lantas dia mengangguk laju.
"Okaylah. Itu je yang bermain di fikiran I. Kita lupakan tentang soal ini."
"Okay."
Carly memimpin tangan Kayra hingga ke kereta. Selesai satu masalah. Kayra bukanlah gadis tercantik atau sempurna untuk dijadikan teman wanita, namun dalam usianya sekarang ini, gadis muda seperti Kayralah yang dia perlukan untuk dijadikan isteri. Muda dan boleh melahirkan anak.
Siapa yang kisah sangat dengan sikap perengus Kayra, hampir semua orang juga perengus. Carly percaya, selepas berkahwin nanti, dia akan mampu mengawal Kayra asalkan dia menyediakan sebuah rumah dan kereta.
Dia tidak boleh putus hubungan dengan Kayra. Bukan senang dia memikat gadis untuk dijadikan teman wanita. Kayra adalah teman wanitanya selepas bertahun-tahun membujang.
Carly mengeluh halus. Selain mukanya yang plastik itu, ada banyak lagi masalah yang sedang menghantuinya.
YOU ARE READING
Dear, Gia
General FictionTidak mahu terluka oleh perasaan, Giorgia Forest rela melupakan ibu dan ayahnya yang dalam diam, dia impikan untuk hidup bersama. Perasaan cinta terhadap Roger Alford disemai dari kejauhan. Dia rela bertepuk sebelah tangan asalkan persahabatan merek...