36

32 3 0
                                    

Missing

Tiga hari kemudian...

Marisa dan Doktor Luciano memerhatikan gerak geri Gia dan Roger sejak sejam yang lalu. Pasangan itu nampaknya sedang mencari barang-barang untuk majlis pertunangan mereka.

Marisa mengelap bibirnya dengan sehelai tisu. Jus lobak yang baru menjadi minuman kegemarannya disedut dengan rakus.

"Boleh tahan lawa anak kau. Kenapalah kau buang dia dulu. Kau ni memang bodohlah, Marisa."

Marisa merengus kencang. Doktor Luciano dijeling dengan perasaan geram.

"Kau jangan nak hina aku, boleh tak? Sekarang ni baik kau fikirkan bagaimana kita nak bercakap dengan budak tu tanpa disyaki oleh Roger atau rakan-rakannya."

"Tak usahlah ganggu dia lagi. Dia dah setuju nak bagi kau duit tu, kan? Sekarang ni kita tumpukan perhatian kepada Brawn. Mamat tu betul-betul kurang ajar."

"Kalau aku goda Roger, macam mana?"

Ha ha ha

"Kau? Kau nak goda Roger? Hoi.. perempuan tua! Sedar diri kau sikit, okay? Tak ada maknanya. Muka kau ni bukan asli. Orang boleh tahu dengan sekali pandang saja. Kalau kau masuk ke dalam lingkungan dia orang tu, silap sikit kau mati tidak berkubur tau."

Doktor Luciano menyambung gelaknya. Marisa mengangguk kecil.

"Kau memang suka menghina aku, kan? Tak apa. Kau hinalah aku."

"Marisa, tolonglah jangan buat perkara yang tidak berada di dalam rancangan kita, okay? Kalau kau nak mengurat, boleh. Tapi lepas kita dapat duit dari budak tu."

"Payah betullah. Berapa lama lagi nak tunggu ni?"

"Sabarlah. Budak tu bukannya nak ke mana- mana pun. Lepas ni aku call dia balik. Esok kita minta duit tu. Seperti yang kau dah cakap, lepas dia sah menjadi menantu Ronan, kerja kita akan menjadi lebih susah."

Marisa mengangguk lagi.

"1.5 juta tu sikit sangatlah. Cuba kau bayangkan berapa kayanya budak tu bila dia dah kahwin dengan Roger."

"Habis tu kau nak buat apa? Kau bukannya kenal sangat dengan budak tu. Nak minta lebih-lebih pun tiada guna. Ni dah kira bagus sebab dia nak bagi duit tu tau."

Marisa mengeluh panjang. Menyesal pun sudah tiada gunanya.

"Kalaulah aku dapat culik budak tu kan bagus. 10 juta pun aku boleh minta dengan orang kaya tu."

"Budak mana lagi yang kau cakap ni?"

"Anak perempuan Gwen dan Ronan. Aku nak duit, Luciano. Wang peninggalan bapa aku tak banyak. Aku nak hidup senang."

"Kau nak culik anak perempuan Ronan pula? Kau nak mati ke apa? Jangan fikir nak buat, okay? Aku takkan tolong kau walaupun kau paksa aku. Lebih baik kau lupakan niat kau ni."

Marisa menggeleng kecil. Aku hanya perlukan rancangan.

"Hei.. mari gerak. Mereka dah nak keluar dari butik tu. Kita kena buat kerja."

Marisa tidak membantah. Dia sempat menoleh ke arah Gia.

"Sudahlah tu. Mari."

Doktor Luciano terpaksa menarik lengan Marisa kerana perempuan tua itu nampaknya sudah terpesona dengan gaya hidup Gia.

* * *

Carly mencampakkan kotak rokoknya ke atas lantai. Rasa berangnya bertindih-tindih. Semuanya kacau bilau.

Gia terlepas dari tahanannya.

Kayra dan ibu bapanya menghilang entah ke mana.

Marisa pula sudah punya teman baru.

Dan duit 1.5 juta yang sepatutnya sudah menjadi miliknya kini hanyalah sekadar angan-angan.

Hubungan baiknya dengan Puteri Akasia berubah menjadi buruk disebabkan tindakannya.

Dan yang paling teruk sekali, identitinya sebagai Brawn Hillis sudah terbongkar. Dia kini diburu oleh pihak polis. Bangsat sungguh!

Nasib baik Doktor Trisa sudah mati. Kalau tidak, doktor wanita itu sudah pasti akan membongkarkan jenayahnya yang lain pula.

Carly memandang telefon bimbitnya. Hendak mendapatkan bantuan dari siapa lagi? Kayra sudah meninggalkannya. Puteri Akasia tidak percayakannya lagi.

Haru. Gia? Gia pasti akan membunuhnya jika dia berani tampil di hadapan gadis itu.

Satu- satunya pilihan yang dia ada ialah Marisa. Dia yakin, Marisa pasti akan sudi bertemu dengannya. Gadis itu amat senang ditipu.

Carly bingkas berdiri. Dia perlu mandi dan bersiap rapi.

Dear, GiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang