8

47 4 0
                                    

Reason to stay alive

Gwen merenung wanita itu sejak tadi lagi. Wanita itu sedikit pun tidak bergerak dari kerusinya.

Hanya kelopak matanya saja yang terkedip-kedip.

Sudah dua puluh tahun wanita itu menghuni pusat rawatan ini. Selama itu jugalah wanita itu tidak berbicara dengan sesiapapun termasuk dirinya.

"Silakan masuk, puan. Masa melawat sudah tiba."

"Terima kasih nurse."

Gwen melangkah perlahan-lahan mendekati wanita itu.

"Kak, saya datang ni."

Gwen bersuara.

Senyap.

"Saya dah jumpa anak kakak."

Kali ini wanita itu menoleh perlahan-lahan ke arah Gwen.

"Anak aku?"

"Ya kak. Anak kakak."

Wanita itu cuba untuk tersenyum tapi kemudiannya merengus kasar.

"Aku tidak ada anak. Aku belum kahwin. Kau ini siapa?"

Gwen mengesat air matanya.

"Saya Gwen, kak. Saya adik kakak."

"Aku tiada adik. Kau lihat tempat ni, ada rupa macam aku tinggal dengan adik-adik aku ke? Kau ni pun orang gila agaknya."

"Kak.."

"Kau pergi baliklah. Datang pun tak bawa makanan. Buang masa aku je."

"Kakak nak makan apa? Esok saya bawakan."

"Tak payahlah. Kau datang ni nak ambil duit aku je, kan? Sebelum aku repot pada polis, lebih baik kau berambus dari sini."

"Tapi kak..."

"Kau pergi balik aku kata. Nurse! Halau orang gila ni! Dia nak ambil duit aku! Nurse tolong!"

Gwen mengesat air matanya lantas cepat-cepat beredar dari situ.

"Puan janganlah ambil hati. Pesakit biasanya akan mengatakan apa saja yang terlintas di fikiran mereka bila mereka rasa tertekan."

"Saya tahu nurse. Hmm.. tak apalah. Sekurang-kurangnya dia dah mahu bercakap dengan saya."

"Haa.. betullah tu. Kakak puan tu jarang sangat bercakap. Dia macam tidak berminat dengan apa yang berlaku di sekeliling dia."

"Bagaimana keadaan kesihatan dia sekarang ini?"

"Kakak puan tu tiada masalah kesihatan yang lain. Cuma tekanan yang dialaminya itu masih kuat menguasai mentalnya. Dia masih tidak dapat mengatasi fikirannya itu."

"Dia tidak ada harapan untuk sembuh ke, nurse?"

"Saya tidak boleh menjanjikan apa-apa, puan."

"Tak apalah, saya faham. Terima kasih nurse."

"Sama-sama."

Maafkan aku Gwen. Aku tahu aku sudah salah kerana menyusahkan kau, tapi ini saja yang boleh aku lakukan untuk menghukum diri aku sendiri. Aku sudah berdosa terhadap anak aku. Biarlah aku kekal di sini, aku tidak sanggup hidup di luar sana. Terlalu berat untuk aku hadapi semuanya.

                             * * *

Roger  p.o.v

Aku kurang mengerti dengan apa yang dikatakan oleh Gwen.

Takkan dia nak menyalahkan aku sebab aku tidak tahu Gia akan bekerja dengan dia?

Atau?

She saw you with Kayra.

Dear, GiaWhere stories live. Discover now